Yang Menarik Kali ini...

Followers

Saturday, August 22, 2015

Pokok Pecah Kaca @ Beling Pecah

dulu saya komen dalam satu blog dan ada Hamba Allah tolong bagi saya daun ini cara pos .
sekarang saya sendiri dah ada pokok ini dan sentiasa petik utk ubati batu karang.

nak kata hilang, ntahlah sebab saya tak pergi buat check up dengan doktor. Doktor ada peralatan untuk scan dengan tepat kehadiran batu karang. Dulu aku pernah buat laser untuk batu karang ni . Jadi aku tahu memang boleh nampak dengan jelas jika scan .

Batu karang aku ni bagi masalah macam ni : - setiap hari aku akan sakit pinggang 24jam sehari . teruk kan . bila minum air ni setiap malam ( aku amal malam jer.. malas kan) .

hari pertama sakit berkurang,
hari ke2 sakit sangat kurang.
hari ke3 sakit pinggang hilang.

jadi , teruskan mengamal air rebusan daun ni .

sekarang siapa nak , boleh lah dapatkan anak benih di rumah aku . ada beberapa pokok dah disemai dalam polibeg. Lokasi Kulim kedah . Jangan minta nak pos pula ye. Datang ambil sendiri. Kalau rasa jauh , demi ubat rasanya tentu sanggup kan . Jika belum berhajat nak pokoknya , boleh cuba minum dulu air rebusan daunnya. Saya boleh pos daun ni . Insya Allah .

Thursday, July 30, 2015

Kami Penyamun dalam Malaysia

kalau siapa tengok pakaian 40 penyamun ketika keluar dari gua nak ke bandar. Ada yang memakai pakaian Tok Hakim, koboi,doktor dan lain2..
P Ramlee nak beritahu bahawa penyamun di negara kita ada bermacam2.
setuju jika filem2 P.Ramlee dijadikan sebagai rujukan ilmiah. Banyak filem2 beliau menyampaikan mesej2 berbentuk masa hadapan......sindiran yg penuh makna , realiti pada pentas malaysia skrg....Penyamun pun ada ustaz/ustazah utk menjustifikasi hak menyamun. Penyamun pon ada persatuan penyamun.

penyamun pon ada doktor. Penyamun doktor kata "kurang vitamin C"

Orang kaya (sarip dol dan Kemat hassan) boleh berpakat dengan penyamun

Chief penyamun: kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham. Bin sarjan bin sarjan gaji kamu 30 dirham sebab byk amik "I O U"......satu jek respek kat penyamun2.....tu walau dia dikelilingi ngan emas dalam gua tuh....tapi tak curi hasil organisasi.....tetapi masih menerima gaji.....dari ketua penyamun.....kalau tak cukup p cari rezki lain kat luar walaupun menipu....tetapi tidak menipu organisasi dan bos.......

berbeza ngan penyamun zaman sekarang.....walau dapat gaji....tapi masih lagi mencuri khazanah negara...

Sekadar utk renungan, mesej yg sangat mendalam dari karya Allahyarham P. Ramlee.

Friday, July 3, 2015

Aduhhh .. TAC CIMBClicks kena Block pula

Hari ni aku key in no TAC untuk transcation sampai 3 kali cuba akhirnya kena block . Pastu nak unblock TAC kena call service centre CIMB .. AKu call 1300880900 . Dalam tangan kena standby Kad ATM , no pendaftaran SSM jika bawah kompeni , ingat semula di mana buka akaun dulu .

operator akan tanya ic , no daftar syarikat SSM ( sebab aku current account kompeni) , dimana buka akaun , no kad ATM , transaction terakhir dibuat.

tak susah tapi berbaloi untuk mencuba.

dan selamat UNBLOCK TAC CIMBCLICK untuk anda.

Thursday, May 21, 2015

1MDB

walaupun aku tinggal di kampung. jauh dari bandar tetapi warga kampung tak lepas daripada perhatian oleh media tentang 1MDB . Di kedai kopi ada warga kampung yang kurang cergas mendapat info melalui internet masih samar2 apa itu 1MDB dan apa isunya . Mereka ini sangat merendahkan diri. Ada masanya hanya diam membisu apabila rakan semeja kedai kopi buka cerita pasal 1MDB ini. Aku rasa bagi mereka diam itu lebih baik jika tidak tahu apa 2.

Ada juga yang gah bercerita . terutamanya pasal politik . Sikit sikit selit pasal najib , pasal umno , pasal BN , pasal PKR , pasal maslan , pasal Tun  .. pong pang pong pang sana sini . Bila jentik sikit parti politik dalam hatinya tuu.. sedikit melatah . aku macam biasalah .. selalunya akan diam seribu bahasa sambil buat buat sibuk baca paper atau touch touch handphone .

AKhirnya apabila aku dah meluat.. aku keluarkan soalan cepu emas aku pada kaki pong pang pong pang sembang tak jatuh tu..

1MDB tu apa , apa fungsinya , buat apa ?”

pastu kalau diam atau tak dapat jawab dengan betul .. aku tambah statement pula .

“Kita bercakap , kenalah ikut setakat ilmu yang kita ada”

Wednesday, May 20, 2015

Khasiat Daun Pecah Beling

Pokok ini dikenali juga dengan nama pecah kaca. Tentu pembaca fikir daunnya akan pecah seperti kaca bila diramas. Setakat pengetahuan saya , daun daripada pokok yang ditanam di sekitar rumah tidak akan mudah pecah atau bunyi seperti kaca pecah . Pun begitu , saya pernah jumpa pokok ini di dalam hutan pada ketinggian 1600 meter paras laut . Daunnya amat rapuh dan ada bunyi seperti kaca pecah bila diramas ramas. Hancurnya seperti tempered glass. Maka memang wajarlah daun ini sesuai dengan namanya.

Saya sendiri mengamalkan minum air rebusan daun ini secara berkala. Saya dapati sakit pinggang akibat batu karang hilang selepas beberapa malam meminum air rebusan ini. Khasiat utama daun ini untuk kes batu karang. ND LIFE ada menjual produk berasaskan batu karang ini. Boleh google ya. Facebook ND Life ada kapsul ini . emm… free marketing untuk mereka.

Untuk di masa akan datang, sesiapa yang berhajat nak tanam pokok ini saya akan cuba bekalkan benih. Lokasi Kulim Kedah. Saya memang ada tanam pokok ini di rumah sendiri.

Saturday, May 2, 2015

Pop Up Blocker untuk Interne Explorer . IE

kekadang bila surf tenet kita nak benarkan pop up window macam dalam website yang secured. Tapi masalahnya nak allow pop up ni guna IE tak semudah macam Mozilla firefox dan google chrome. One click setel’ everything .

berikut cara nak setting pop up blocker ni . Terpulang pada kita nak allow atau tak

Internet Explorer provides advanced configuration options through Pop-up Blocker Settings. To access these settings, open Internet Options, click Privacy and then in the Pop-up Blocker area click Settings to open Pop-up Blocker Settings. You can configure the following options:

  • Address of Web site to allow. Enter a URL and click Add to add sites to the Allowed sites list. Any site on the list can open pop-up windows.
  • Filter Level. There are three different filter levels that you can use with Pop-up Blocker:
    • High: Block All Pop-ups. The default behavior of Pop-up Blocker allows sites to open a pop-up window when the user clicks a link. This setting changes that behavior by blocking windows that are opened from a link. If this setting is enabled, you can allow pop-up windows to open by pressing the CTRL key at the same time that you click the link to launch the pop-up.
    • Medium: Block most automatic pop-ups. This is the default Pop-up Blocker setting. This setting blocks most pop-ups that launch automatically when a Web site is loaded into your browser, but doesn't block pop-ups that are opened when you click a link.
    • Low: Allow pop-ups from secure sites. This setting allows secure Web sites (those that use the https:// protocol) to automatically launch pop-up windows without requiring that you add them to the Allowed sites list.
  • Configure Sound. You can toggle whether or not Pop-up Blocker plays a sound when a pop-up is blocked through Pop-up Blocker Settings. To do this, open Internet Options, click Privacy and then in the Pop-up Blocker area click Settings to open Pop-up Blocker Settings. In the Notification and Filter Level area, select or clear the check box next to Play a sound when a pop-up is blocked as appropriate.
    You can also change the sound that plays. To do this, click Start, click Control Panel, and then double-click the Sounds and Audio Devices icon to open its properties sheet. Then click the Sounds tab, click the Blocked Pop-up Window program event and choose the sound to play in the Sounds drop-down list.

Saturday, April 25, 2015

Kalau dapat camping ramai ramai macam ini

REU CHINA/

Numerous tents are seen during the 2013 International I Camping Festival in Mount Wugongshan of Pingxiang, Jiangxi province. The event which opened on September 14 attracted more than 15,000 campers from all over the world, according to Xinhua News Agency. (Reuters)

Thursday, April 23, 2015

Sila tinggalkan komen

Kami memohon jasa baik agar dapat memberikan komen , pandangan , nasihat , teguran dan cadangan agar dapat memberikan info dan seterusnya menjadikanya sebagai penambahbaik posting akan datang. Kerjasama daripada pembaca sekalian sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih . Oleh itu sila komen di posting ini atau boleh email saja kepada sukahatiadam@gmail.com

 komen

Saturday, March 14, 2015

Pujuk diri sendiri.. tukar pemahaman peri penting kad perubatan

kalau kita nak dapatkan khidmat rawatan di hospital swasta.. Maka kita wajar dapatkan Kad perubatan . Orang ramai bukan tak tahu istimewa kad perubatan dan keperluannya . Apabila kita berada dalam ‘comfort zone’ memang sukar untuk kita beralih atau mencuba sesuatu yang lain pula. Maksud saya kita sihat sokmo dan percaya susah nak jatuh sakit sebab sejarah kesihatan keluarga yang tip top , rajin bersukan atau sentiasa lakukan perkerjaan yang memerah keringat dan peluh. Percayalah ada seribu satu cara untuk kita jatuh sakit. Tak semestinya amalkan gaya hidup sihat kita tak akan sakit. Tak sakit tak perlu ke hospital , tak perlu kad perubatan. Kita boleh sakit dan perlukan doktor dan wad dan ubat-ubatan dan senyum manis doktor dan jururawat. Tak perlu kena penyakit ajer tapi mungkin daripada kemalangan jalanraya ,kemalangan di tempat kerja macam tersepit machine , kena pisau di dapur , parang di kebun , dikejar disengat tebuan-penyengat-lebah-labah-lipan . Mungkin juga sebab binatang kecil lain yang besar kesan buruk ke atas tubuh badan .Macam ular , sekenit , tungau , kutu babi . Ada lagi satu binatang , orang yang ada ilmu kebal sekalipun tak dapat nak kebalkan diri juga. Nyamuk Aedes !

Di sini saya mengajak agar kita fahami keperluan untuk kad perubatan sebab kita tidak mampu sihat sejahtera selalu . Perlindungan daripada kad perubatan boleh melindungi kita dari segi kesihatan tubuh badan dan perlindungan daripada menggunakan wang simpanan. Justeru itu ini boleh memberikan kesejahteran pada seisi keluarga.

Tuesday, December 23, 2014

Daun Pokok Pecah Beling Pecah Kaca

ramai yang menulis bahawa pokok ini bagus untuk rawatan batu karang dan kencing manis. Aku surf internet dapati sudah ada produk akhir iaitu ekstrak daun pecah beling ini sebagai minuman. TEH. 

harga daun kering 100g RM32.
harga sekotak teh RM35.. kuantiti unknown. 

Apa pun aku memang teringin untuk tanam pokok ini sebagai rawatan kepada diri sendiri sebab aku memang ada masalah batu karang. Maka berharap sesangat sesiapa yang ada pokok ini mahupun ada pengetahuan tentang dapat berkongsi macam mana nak tanama , dari mana boleh dapat anak pokok . 
whatsapp aku 013 6061652

Posting kali ini tiada gambar sebab aku sendiri tak pernah tengok pokok ini. mungkin pernah tengok sebab kata orang biasa tumbuh sebagai semak samun . Tak pernah tengok maka tak boleh lah nak upload gambarnya. Nanti silap pula.

Sunday, December 21, 2014

c70 lampu bulat dijual for sale

aku tak minat tapi memandang aku ternampak maka aku tolonglah iklan . Pasti ada yang berkenan cuma sanggup atau tidak dengan harganya.

Apa aku boleh cakap , siapa yang pengumpul tegar honda cub c70 ini pastinya bersyukur sebab boleh dapat 5 unit sekaligus.

Tarikh: 19 Disember 2014 ( Updated)
Lokasi : Jalan Taming Sari , Taiping.
Kedai : Apek , kedai idup idup mati  ajer aku tengok tapi still survive. Kedai pomen .
Harga : katanya RM2800 sebuah. negotiable.





Friday, December 19, 2014

Escapade Batu Kurau . Kurau Stone Stay dan Kolam Memancing

18 Disember tiada ada nak dibuat maka start enjin gerak p Batu Kurau. Sampai Kamunting baru call opis chalet ni kata nak cek in. Ok tiada masalah  makan jam 6 petang aku sampai.

Di bawa berjalan tengok satu satu bilik yang ada. Secara ingat ingat lupa aku rasa chalet ada 4 jenis . Harga berbeza RM69 , RM79 , RM99 dan RM115 kot.

setiap bilik dan jenis chalet berbeza dari segi luaran dan saiz bilik sahaja.

aku cek in yang RM79 . luaran daripada batang pinang. Namanya Bukit Larut. unit lain ada nama Gunung Korbu.

review lebih lebih tak ada tapi yang best. Ada cafe untuk makan malam. Aku makan berat dan pulun . AKu memang bukan jenis suka order makan mahal mahal tapi since dah berjalan , setahun sekali jer. maka aku order siakap steam , udang , kailan , telur . makan untuk berdua tapi perut satu jer.. RM38 sahaja. so no bad kot untuk aku yang setahun sekali makan siakap . nak makan selalu .. mahal OOOoo... Pasal cafe yang best sebab tak payah nak keluar makan . Tak silap aku breakfast pun ada , tak mahal , RM6 sahaja. Aku kata tak mahal sebab , tak payah bazir masa keluar cari makan , tak payah bazir minyak dan makanan datang kepada kita. kalau nak kira room servis sepatunya boleh caj tak kurang RM15 tuu.

selebihnya advantage ialah di chalet ini ada kolam memancing. masa aku sampai lepas check ini sempat la turun ke kolam  . Aku tak memancing. tak reti langsung mancing di kolam . Hatta umpan dan mata kail apa nak pakai pun tak tau. Lagipun ada ikan patin .. aku bukan makan sangat ikan patin ni. Kalau kena paksa baru makan kot.. itu pun tengok la siapa yang paksa. Ok yang syoknya sapa yang suka memancing tu dapat hasil boleh la terus masak di cafe !!!! ya semestinya boleh . aku ada sembang dengan owner cafe sebab masa aku terluang banyak di sana .








Tuesday, November 18, 2014

Beza antara Http & Https

aku tertanya tanya maka aku terus surf cari apa beza dua benda ni. Sangat menarik untuk dibaca apatah lagi diketahui. Ilmu kalau dicari memang lebih menarik berbanding datang sendiri.

Question: HTTP and HTTPS - What is the difference?

Answer

HTTP stands for HyperText Transfer Protocol, which is just a fancy way of saying it's a protocol (a language, in a manner of speaking) for information to be passed back and forth between web servers and clients.

You really don't need to know what it all stands for; the important thing is the letter S which makes the difference between HTTP and HTTPS. The S (big surprise) stands for "Secure". You probably didn't need me to tell you that, because you already knew it had something to do with security.

If you visit a website or webpage, and look at the address in the web browser, it will likely begin with the following: http://. This means that the website is talking to your browser using the regular 'unsecure' language. In other words, it is possible for someone to "eavesdrop" on your computer's conversation with the website. If you fill out a form on the website, someone might see the information you send to that site.

This is why you never ever ever enter your credit card number in an http website!

But if the web address begins with https://, that basically means your computer is talking to the website in a secure code that no one can eavesdrop on.
You understand why this is so important, right? If a website ever asks you to enter your credit card information, you should automatically look to see if the web address begins with https://. If it doesn't, there's no way you're going to enter sensitive information like a credit card number!

It should be pointed out that just because a website has that magic "S" in its address, that does not mean it is wise to do business with them; even scam artists can have https sites! It simply means that no outsiders can eavesdrop on your conversation...doesn't mean you should be having the conversation in the first place. Only do business with reputable firms, or firms you have thoroughly checked out!

Wednesday, August 13, 2014

Resipi Cendawan Tiram Kelabu , Kulat Tiram kelabu

Bahan utama:-

  1. cendawan tiram kelabu ( putih pun boleh) .Belah utara panggil kulat ..semua cendawan ialah kulat.
  2. Bawang putih
  3. Bawang merah @ besar
  4. cabai melaka
  5. cabai besar
  6. Ikan bilis (tak wajib pun) optional kata omputih.

Step berikut :

  1. Jika cendawan besar racik bagi 2 bahagian. Jangan racik kecik. Guna tangan aje. Aku suka cendawan sederhana besar. lagi kecik lagi best. Mudah jer nak tau saiz bagus.. ianya tak perlu racik.
  2. Basuh cendawan ni di ayaq mengalir.  Jaauh lebih baik daripada rendam. Sebab kita tak mau kulat ni serap banyak ayaq dan kedua ,jika ada bendasing terus jatuh.
  3. Tumis minyak dengan bawang putih . AKu suka juga masukkan bawang merah atau bawang besar yang dicincang halus.  Halus macam masak kuah masala.
  4. Bawang putih ikut suka hati lah nak banyak mana.
  5. Bila dah naik bau tu  , masukkanlah cabai melaka yang telah ditumbuk halus. Jaga2 masa ni api kuat dan sapa yang tak tahan akan terbatuk batuk.
  6. Masukkan ikan bilis yang telah direndam dan dicuci bersih . Kalau nak tumbuk lagi bagus. kalau nak tumbuk baik pakai pes ikan bilik jer.
  7. Masukkan cendawan . kacau dengan sebati. cendawan ni tanda dah masak ialah nampak layu di dalam kuali . Lembik sangat maknanya over cooked. Masukkan juga cabai besaq sebagai penyeri di taman.
  8. siap dan sedia dihidangkan.

Masakan ni tak perlu campuq ayaq sebab masa basuh kulat tu dah serap dan simpan ayaq. kalau rendam lagi lah banyak ayaq yang ada.

masakan ini wajar gunakan cabai melaka. Kuantiti cabai memang banyak . Lagi pedas lagi menarik lagi sedap. Dijamin tak akan sakit perut sebab cabai tadi walaupun banyak tetapi telah dimasak hingga masak. Lagipun kita memang pakai cabai yang masak. mana ada orang petik cabai putik.

1sttime aku makan memang susah nak habiskan sepinggan sebab nasi panas, air tea panas dan kulat ni dihidang panas. Dimiasak oleh seorang indonesia. Aku saja lepak rumah depa, time tu depa nak dinner. Menu kami cendawan ini sahaja. sepinggan jer . Pedas sesangat. Cabai melaka jenis kuning tu .Malam kedua aku p lagi dan minta depa masak lagi sekali. Kali ni aku dah bersedia, 3 pinggan aku tibai nasi . Berkuahkan kicap jer..Jalan !!!

enak dimakan bersama ikan sardin goreng. Ikan temenung pun boleh. semua mesti panas. termasuklah dalam rumah yang panas. lagi baguih dok tengah panas.

aku nak p masak menu ni. Chow !!

Sunday, August 10, 2014

Resipi Meggi Ketam

Ntah apa seleranya aku hari ni buat meggi ketam. Mudah rupanya. Masalahnya cuma nak kena siang ketam.Aku pakai ketam nipah. Potong 2 , cuci cuci dalamnya dan buang unwanted parts.

Aku buat untuk 2 paket mee segera.

Aku Namakan Meggi Ketam Bujang . Bukan aku yang bujang, tapi ketam tu !

  1. Bawang putih aku hancurkan .
  2. Bawang merah @ bawang besar pun boleh dicincang halus. Nak mudah blender jer semua bawang serentak.
  3. Panaskan minyak secukupnya. sesuai dengan kuantiti meggi nanti.
  4. Tumis semua bawang + serbuk kari ikan . Masukkan satu paket perencah mee segera perisa kari. Satu lagi simpan dulu, sat g baru nak guna.
  5. Bila dah siap tumis, masukkanlah ayaq secukupnya. Sesuai dengan kuantiti kuah yang diinginkan.
  6. Tunggu ayaq mendidih
  7. Skrang masukkan ketam. APi sederhana kuat. kacau supaya masak sekata. Setahu aku ketam ni mudah masak.Jadi kalau nak sedap ( biarkan mentah skit2) sebab tekak aku suka macam tu. lebih kurang 5 minit gitu jer.
  8. Ok masa dah 3 minit tu masukkan terung. Ya.. terung yang telah dipotong ikut suka hati. Aku memang suka terung . kalau ada sawi la ni juga boh dalam periuk.
  9. 5 minit direbus, perlahankan api .
  10. masukkan telur sebiji . kacau supaya telur pecah sekata.
  11. Skrang masukkan mee segera yang telah dimasak**
  12. *** mee segera disediakan suku masak sahaja. Ada kebaikannya buat lagu ni. yang pertama sebab boleh tos keluar kanji drpd. mee segera a.k.a meggi . keduanya, sebab nak bagi masak selepas step # 11. Aku suka rendam dalam ayaq panas sementar sediakan step #1-11.
  13. Masukkan sebungkus lagi perencah meggi kari + telur sebiji lagi Jikalau perlu masukkan beberapa telur lagi dan biarkan saja tanpa kacau. Ikut sedap kome ler nak berapa telornye.
  14. Siap dan boleh dihidangkan.
  15. Masa aku buat menatang ni tak ada santan mahupun susu . Jika nak sedap berkrim masukan santan/susu krim dalam step # 7 .

secara ringkasnya bahan bahan aku

Bawang putih , merah @ besar , Mee segera x 2 , telur beberapa butir , terung sesuka hati dipotong besar , Ketam 3 ekor. Sawi , jika ada, boleh add on cendawan tiram. Masukkan cendawan ni dalam step # 9. Bercakap cendawan tiram, aku ada resipi memasaknya. Klik Resipi Cendawan ini.

sebenarnya tak perlu pun step aku ni. cara mudah . rebus ketam dalam ayaq panas dalam 4 – 5 mint. Pastu masukkan perencah meggi . masukkan meggi yang dah direndam dan ditos. Siap . Kalau nak jimat masa, tak yah rendam meggi tu . 5minit masak ketam , masukkan meggi . masuk perencah . Siap !!

Thursday, August 7, 2014

A Man Saying..

“Before you lead, you follow,
Before you speak , you listen,
For the who speaks, does not he always know, and..
He who knows, does not always speak”

Monday, June 2, 2014

Eject USB Remove USB

Malam ni serabut nak eject external Harddisk dengan thumbdrive tak boleh nak eject @ safely remove. Tak ada option dalam bila right klik . Cara standard klik di bucu bawah kanan pun tak boleh juga. Maka come out dengan solution “USBsafelyremove”.

Download di sini . http://www.sharebeast.com/n9jz222w8e3l Pada button untuk download jangan lupa buangkan tanda marking pada “Download with sharebest downloader” .

seterusnya follow cara instal dan klik finish .
Copy fail crack dan tempek semula di directory installed.

Run program ni ( klik di bucu bawah kanan ) . key in serial no.
Buka fail readme untuk panduan lanjut

Friday, May 30, 2014

Hak Bukan Perokok

Jika tuan tuan merokok , itu hak tuan tuan untuk terus merokok .

Tetapi tahukan ada hak bukan perokok  yang berada berdekatan .
Hak mereka ialah untuk menyedut udara bukan asap rokok .
Hak mereka untuk tidak mendapat risiko cancer akibat asap rokok .

Selama ini bukan perokok sangat sangat menghormati hak anda untuk merokok .
Kini sudah tiba masanya anda berfikir apakah hak mereka pula selain hak diri sendiri .

Tabiat merokok boleh mendatangkan keburukan pada kesihatan.
Hak bukan perokok adalah untuk tidak mendapat kesakitan yang sama .
Jika anda nak merosakkan diri sendiri , pergi Jahanam seorang diri .

Tuesday, May 27, 2014

Troll Isu cadbury & DNA babi

Kalau kena batang hidung sendiri SINIS sekali bukan .

DNA Babi isu cadbury

Yang baik tauladan , yang jahat sempadan

Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....
Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?
Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."
 
Kisah 2:
 
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?
 
Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."
 
Kisah 3:
 
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .
 
Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."
 
Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?
 
Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….

Sunday, May 25, 2014

Bra hilang , siapa pencurinya








Mencari Haruan Teknik Bubu

Untuk mencari ikan haruan dan ikan ikan lain tanpa perlu susah payah tunggu di lokasi , bubu adalah jawapannya . Kenapa tak guna kail dan tinggal . Sebenarnya kaedah guna kail dan tinggal jer tak sesuai andai kata kawasan terbabit ada memerang. Ikan yang sangkut di kail kita tinggalkan itu habuan mudah untuk sang memerang. AKibatnya bila pi angkat kail , cuma tinggal kepada ikan sahaja . Perkara ni banyak kali berlaku pada aku .

Maka untuk tidak merasa hampa ( aku tau itu rezeki memerang) , maka beralih lah kepada teknik BUBU . Bubu ni improvised @ Bubu moden . Bubu tradisional mahal . diperbuat daripada buluh dan rotan . Harganya paling murah di pasaran RM150 . kalau nak besar macam bubu moden aku ni , RM350 gitu . Alkisahnya bubu aku ni daripada gelung logam , jaring jala dan buluh . Moden . Tak sampai RM100. Panjang jugalah . 1 meter ada lah juga.

Bubu Haruan  (1)Bubu Haruan  (3)Bubu Haruan  (2)Bubu Haruan  (4)

Cara pasang  bubu mudah jer.. letak dalam air dan tinggal . hahaha mudah kan . Awas , pastikan bubu anda tak hanyut dek arus air . Lagi satu , tok sah dok ikut perangai badang . P mengendap bubu dia . bukan ada “pekdah” pun .

Kalau nak tarik ikan masuk bubu , boleh guna umpan macam sawit. lagi baik kalau sawit peram . Perut ayam pun boleh juga. Anak ikan , udang dan lain lain . AKu nak mudah , aku letak sawit biasa jer . Kekadang tak letak umpan apa2 pun . Haruan dalam gambar tu aku dapat tanpa guna apa apa umpan. Letak dan tinggal. Aku pasang lubang masuk arah hilir air . Sebab percaya kalau ikan berenang naik , akan terus masuk . Lagipun air tak laju. Semak dalam air tebal.

continue reading

Related Posts with Thumbnails