Yang Menarik Kali ini...

Followers

Friday, February 2, 2018

Hiking : satu keperluan untuk khidmat Malim Gunung

ya .. hiking di mana-mana sahaja perlukan malim gunung. Tugas malim gunung ini secara umumnya bagi memastikan arah tuju yang betul . seterusnya menjaga keselamatan peserta beliau . Lazimnya khidmat malim gunung sering dipandang “tidak wajib” bagi sesetengah pendaki atas pelbagai alasan . Alasan paling kerap digunakan ialah “sudah tahu jalan (trek) .

Malim gunung berupaya untuk mengendali sesuatu pendakian agar menjadi pendakian yang selamat. Pelbagai faktor risiko musibah diambil berat oleh malim gunung. Ancaman binatang buas, serangga berbisa , lokasi tanah jerlus , tanah runtuh , batuan keras dan peroi , berpasir dan terurai , lubang dalam , lubang tersembunyi , kawasan liputan talian telefon , kawasan sarang binatang , kehadiran binatang  dan paling penting pendaki dapat masuk dan keluar hutan dengan selamat. Tidak kurang juga pengetahuan malim gunung dengan situasi kecemasan akibat kemalangan  , kesihatan mahupun kelaparan .

sering kali juga malim gunung jua yang terpaksa menggalas beg peserta yang terlampau letih atau sakit. Sedikit pun malim gunung tidak berbelah bahagi semangat dan kecekalan beliau demi membantu peserta beliau .

Jadi tugas malim gunung bukan sekadar tunjuk arah tetapi lebih daripada itu . Tanpa disedari oleh kebanyakan pendaki , mereka berjaya mencapai puncak gunung bukanlah kejayaan besar bagi seorang malim gunung sebaliknya dapat menamatkan ekspedisi dan tiba di rumah dengan selamat adalah kejayaan sebenar seorang malim gunung,


ADAM
1feb2018
Persatuan Malim Gunung Malaysia

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails