Di sini memang sekian lama menjadi pintu masuk untuk mendaki Gunung Bintang. Para pendaki perlu meletakkan kenderaan samada di kawasan hutan lipur , tanah persendirian , rumah kenalan mahupun di perkarangan masjid.
Guider
Namun begitu , usah khuatir jika anda sememangnya menggunakan khidmat guider tempatan , maka soal meletakkan kenderaan perkara mudah sahaja. Guider ( adam ) ada sediakan tempat letak kereta di rumahnya sendiri . keistimewaan sampingan ialah , rumah adam ada sungai . Oleh itu para pendaki tiada masalah untuk membersihkan badan sesudah tamat xpdc nanti .
Permit.
memandangkan ini adalah kawasan jajahan pejabat perhutanan , maka ada baiknya kita minta izin terlebih dahulu . Urusan permit boleh berhubung terus dengan jabatan perhutanan . Boleh juga hubungi kami untuk uruskan pada pihak anda ( kadar caj dikenakan ) . Ambil saja guider adam sebab akan pakejnya berserta urusan permit .
laporan polis.
ini bukan report polis . Ia sekadar pemberitahun kepada pihak polis yang terdekat . Makluman akan dibuat di balai polis Sungai Kob . Balai ini yang paling dekat , 15KM .. pergi dan balik dah jadi 30KM . Butiran peribadi pendaki yang penting mesti didedahkan ialah nama penuh , alamat semasa , no pengenalan , no telefon sendiri, no telefon kecemasan .
4x4 transfer
ada pendaki yang mahu berjimat maka jalanlah kaki sejauh 5km `1 jam mendaki dan jalan kaki juga apabila pulang nanti . Sangatlah disarankan untuk ambil saja khidmat teksi 4x4 ini untuk hantar dan jemput anda di garisan mula. Jarak perjalanan untuk ke trail head sudah 5km iaitu kira-kira 1 jam berjalan kaki tanpa henti . Bayangkan berapa banyak tenaga telah dibuang sedangkan pendakian sebenar belum pun bermula.
Kadar Bayaran
Kadar bayaran adalah subjektif. Jika penulis letakkan sekarang , nilai ini mungkin tidak “reasonable ’ 4, 5 tahun lagi . Oleh itu ada baiknya berbincang lanjut dengan para guider. Sebabnya para guider yang biasanya akan aturkan untuk pendaki .
BERMINAT ?
HUBUNGI 0136061652 – adam
No comments:
Post a Comment