Pokok ini dikenali juga dengan nama pecah kaca. Tentu pembaca fikir daunnya akan pecah seperti kaca bila diramas. Setakat pengetahuan saya , daun daripada pokok yang ditanam di sekitar rumah tidak akan mudah pecah atau bunyi seperti kaca pecah . Pun begitu , saya pernah jumpa pokok ini di dalam hutan pada ketinggian 1600 meter paras laut . Daunnya amat rapuh dan ada bunyi seperti kaca pecah bila diramas ramas. Hancurnya seperti tempered glass. Maka memang wajarlah daun ini sesuai dengan namanya.
Saya sendiri mengamalkan minum air rebusan daun ini secara berkala. Saya dapati sakit pinggang akibat batu karang hilang selepas beberapa malam meminum air rebusan ini. Khasiat utama daun ini untuk kes batu karang. ND LIFE ada menjual produk berasaskan batu karang ini. Boleh google ya. Facebook ND Life ada kapsul ini . emm… free marketing untuk mereka.
Untuk di masa akan datang, sesiapa yang berhajat nak tanam pokok ini saya akan cuba bekalkan benih. Lokasi Kulim Kedah. Saya memang ada tanam pokok ini di rumah sendiri.
No comments:
Post a Comment