Ntah apa seleranya aku hari ni buat meggi ketam. Mudah rupanya. Masalahnya cuma nak kena siang ketam.Aku pakai ketam nipah. Potong 2 , cuci cuci dalamnya dan buang unwanted parts.
Aku buat untuk 2 paket mee segera.
Aku Namakan Meggi Ketam Bujang . Bukan aku yang bujang, tapi ketam tu !
- Bawang putih aku hancurkan .
- Bawang merah @ bawang besar pun boleh dicincang halus. Nak mudah blender jer semua bawang serentak.
- Panaskan minyak secukupnya. sesuai dengan kuantiti meggi nanti.
- Tumis semua bawang + serbuk kari ikan . Masukkan satu paket perencah mee segera perisa kari. Satu lagi simpan dulu, sat g baru nak guna.
- Bila dah siap tumis, masukkanlah ayaq secukupnya. Sesuai dengan kuantiti kuah yang diinginkan.
- Tunggu ayaq mendidih
- Skrang masukkan ketam. APi sederhana kuat. kacau supaya masak sekata. Setahu aku ketam ni mudah masak.Jadi kalau nak sedap ( biarkan mentah skit2) sebab tekak aku suka macam tu. lebih kurang 5 minit gitu jer.
- Ok masa dah 3 minit tu masukkan terung. Ya.. terung yang telah dipotong ikut suka hati. Aku memang suka terung . kalau ada sawi la ni juga boh dalam periuk.
- 5 minit direbus, perlahankan api .
- masukkan telur sebiji . kacau supaya telur pecah sekata.
- Skrang masukkan mee segera yang telah dimasak**
- *** mee segera disediakan suku masak sahaja. Ada kebaikannya buat lagu ni. yang pertama sebab boleh tos keluar kanji drpd. mee segera a.k.a meggi . keduanya, sebab nak bagi masak selepas step # 11. Aku suka rendam dalam ayaq panas sementar sediakan step #1-11.
- Masukkan sebungkus lagi perencah meggi kari + telur sebiji lagi Jikalau perlu masukkan beberapa telur lagi dan biarkan saja tanpa kacau. Ikut sedap kome ler nak berapa telornye.
- Siap dan boleh dihidangkan.
- Masa aku buat menatang ni tak ada santan mahupun susu . Jika nak sedap berkrim masukan santan/susu krim dalam step # 7 .
secara ringkasnya bahan bahan aku
Bawang putih , merah @ besar , Mee segera x 2 , telur beberapa butir , terung sesuka hati dipotong besar , Ketam 3 ekor. Sawi , jika ada, boleh add on cendawan tiram. Masukkan cendawan ni dalam step # 9. Bercakap cendawan tiram, aku ada resipi memasaknya. Klik Resipi Cendawan ini.
sebenarnya tak perlu pun step aku ni. cara mudah . rebus ketam dalam ayaq panas dalam 4 – 5 mint. Pastu masukkan perencah meggi . masukkan meggi yang dah direndam dan ditos. Siap . Kalau nak jimat masa, tak yah rendam meggi tu . 5minit masak ketam , masukkan meggi . masuk perencah . Siap !!
No comments:
Post a Comment