Yang Menarik Kali ini...

Followers

Friday, December 19, 2014

Escapade Batu Kurau . Kurau Stone Stay dan Kolam Memancing

18 Disember tidak ada aktiviti nak dibuat maka start enjin gerak pi Batu Kurau. Sampai Kamunting baru call opis chalet ni kata nak cek in. Ok tiada masalah katanya, maka jam 6 petang aku sampai.

Staff bawa aku berjalan tengok satu per satu bilik yang ada. Ingat-ingat lupa aku rasa chalet ada 4 jenis . Harga berbeza RM69 , RM79 , RM99 dan RM115 kot.

setiap bilik dan jenis chalet berbeza dari segi luaran dan saiz bilik.

aku cek in yang RM79 . luaran daripada batang pinang. Namanya Bukit Larut. unit lain ada nama Gunung Korbu.

Untuk aku review banyak tak ada tapi yang best sebab ada cafe untuk makan malam. Aku makan berat dan pulun sungguh. AKu memang bukan jenis suka order makan mahal mahal tapi since dah berjalan , setahun sekali jer. maka aku order siakap steam , udang , kailan , telur . makan untuk berdua tapi perut satu jer.. RM38 sahaja. so no bad kot untuk aku yang setahun sekali makan siakap . nak makan selalu .. mahal OOOoo... bab cafe ni memang best sebab tak payah nak keluar makan . Tak silap aku breakfast pun ada , tak mahal , RM6 sahaja. Aku kata tak mahal sebab , tak payah bazir masa keluar cari makan , tak payah bazir minyak dan makanan datang kepada kita. kalau nak kira room servis sepatunya boleh caj tak kurang RM15 tuu.

selebihnya advantage ialah di chalet ini ada kolam memancing. masa aku sampai lepas check in terus turun ke kolam  . Aku tak memancing. tak reti langsung mancing di kolam . Hatta umpan dan mata kail apa nak pakai pun tak tau. Ada ikan patin .. aku bukan makan sangat ikan patin ni. Kalau kena paksa baru makan kot.. itu pun tengok la siapa yang paksa. Ok yang syoknya sapa yang suka memancing tu dapat hasil boleh la terus masak di cafe !!!! ya semestinya boleh . aku ada sembang dengan chef cafe sebab masa aku terluang banyak di sana .








No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails