Yang Menarik Kali ini...
Followers
Saturday, July 25, 2009
Jin, Hantu, Keranda dan ... ?
Oleh saudara HAMKA
Aku tak rasa pelik sangat bila lihat ramai orang pergi berkunjung ke Pameran hantu di Shah Alam berduyun-duyun sesak beratur panjang mahu berjumpa jin dan syaitan. Tapi, Bila dijemput ke masjid menghadap Tuhan lengang pula…
Ini adalah kerana:
Perkara yang nak kena buat hari-hari adalah sangat mujahadah (susah), di bandingkan dengan perkara yang di buat jarang-jarang sekali!!!
Tengok masjid yang penuh sesak pada hari raya, awal ramadhan, malam nisfu sya’ban atau waktu tsunami… penuh!!!
Sebab perkara tu berlaku jarang-jarang sekali, sebab tu ramai yang pergi tunjuk perasaan atau keluar mengundi…kerana "jarrang-jarrang"… (gaya musang berjanggut)
Oleh yang demikian, amalan yang tertinggi dalam ugama adalah ikhlas, dan tanda amalan iklas adalah istiqamah.. maka beruntunglah mereka2 yang istiqamah solat kat masjid hari-hari!!!
Bercerita mengenai hantu...
Cuba korang bayangkan, jika jiran korang pergi kerja dengan terbang macam superman… tentu korang akan terkejut berok!, tapi jika hari-hari korang lihat jiran korang terbang pergi kerja maka ianya dah jadi perkara biasa.. bila member rapat dari jauh datang ziarah rumah korang pasti dia pulak yang terkejut berok tengok jiran korang terbang, tapi korang akan cakap.. :
Alahai..dah ‘fesyen’ dia begitu..
Begitu jugak dengan hantu..
Jika hantu selalu muncul dalam rumah korang.. mula- mula, tentu korang akan terkejut berok!, tapi jika hari-hari korang lihat tu maka ianya dah jadi perkara biasa.. bila member jauh korang datang ziarah rumah korang pasti terkejut pulak bila lihat hantu terbang dalam rumah korang, dengan selamba korang akan cakap.. :
Alahai..dan 'fesyen' dia begitu..
Dan.. Begitu jugaklah dengan kehebatan Allah..
Hari ni bila hari-hari lihat matahari terbit dari timur dan tenggelam ke arah barat..
Tiada orang yang terpegun pun…sebab dah hari-hari..
Bila turunnya hujan?
Korang tak pedulipun..
Bila berlaku gerhana?
Korang pun masih sibuk menonton TV…
Bila berlaku angin kencang..?
Masih makan keropok macam biasa.. tak ada apa apa yang pelik pun..
Malah korang akan cakap: ..dah 'fesyen' dia begitu..oh..
Tapi jika korang baca cerita Nabi SAW apabila berlaku peristiwa yang aku sebutkan di atas, barulah korang tahu bahawa betapa teruk nya aku!!!
Nabi akan bersolat bila berlaku gerhana, Nabi akan lari ke masjid bila angin kencang atau datangnya awan hitam, kerana nabi takut azab Allah…!!!
Tapi korang semua (aku dah start nak membebel) bila ada benda misteri sikit, maka apa reaksi korang?
"Oh peliknya.. ini misteri nusantara!!! "
"Mari semua di sini ada hantu bla bla bla bla..."
"Saya lihat hantu tu makan karipap"
"jangan, kawasan tu keras!!!"
"bla bla blah"!!
he he he, Cuba korang tengok belakang korang ada apa?.. ha ha ha..
(bayangkan seorang wanita sedang mengosok gigi dengan misai cukur kat belakang korang..darah membasahi dadanya..ha ha ha!!!)
---------
Ok, aku tak nak membebel hari ni,, aku nak cerita pasal hantu, jin dan keranda.. aku percaya dengan kewujudan keranda, aku selalu melihat keranda, pernah menangkat keranda..
Ok, makluk kedua adalah jin,.. jin pun memang aku percaya sebab ada tulis dalam Al-Quran,
Untuk jin, ada larangan dari Nabi SAW yg dah larang dia menjelma suka hati kat depan manusia, dan ada hadith yg benarkan dan halalkan kita bunuh jin kalau dia menjelma ke alam kita, ada antara Jin ni yang suka manusia cerita yg bukan2 pasal dia, suka mintak dan suruh korang buat benda2 pelik, supaya korang percaya dan buat kerja-kerja bodoh, jin memang suka tengok manusia buat perkara yg bodoh2. ingat manusia ni adalah sebaik2 kejadian…maka ada jin yg cemburu, setan lagilah jeles, tu yg tak nak sujud kat Nabi Adam tu…
Ada pulak yang mana bila nak buang air kecil mintak izin kat jin.., tok..tok.. cucu mintak izin.. tak payah. Ikut sajer cara Nabi istinjak… bila masa korang punya nenek kahwin dengan jin yang korang dapat pangkat cucu tu?…!!
Sihir?.. sihir pun aku percaya.. sebab pernah berlaku kat Nabi SAW sendiri.., ok, apa-apapun, aku bukan nak cerita pasal sihir, dan jangan sihir aku yang suka cakap besar ni.. kasihan aku, aku belum pergi haji lagi..isk.isk.... jangan santau aku... aku insan biasa...
OK, Malam ni aku nak cerita pasal hantu.. sebab aku langsung tak percaya dengan hantu!!! dan aku tak suka baca cerita hantu, aku juga tak suka orang cerita hantu depan aku... kat opis aku, mamat suka sangat cerita hantu!!
Aku kata:
Kalau hantu ada, silalah jumpa aku..ha ha ha!
Nampak macam berlagak aku ni, mamat cukup bengang dengan aku jika cakap pasal hantu, sebenarnya aku nak nafikan bahawa hantu tu takde kuasa dan hantu tu memang takde… yang ada hanya jin!!
Jadi jika korang percaya bahawa hantu ni adalah makhluk yang terjadi dari orang yang mati dan hidup balik seperti puntianak misalnya,, aku memang tak nak berdebat dengan korang, jangan email aku dan jangan santau aku!!!, orang yang dah mati atau dah jadi mayat ni pergi dua tempat sajer, iaitu lembah neraka atau taman shurga.. terbang terbang balas dendan sambil ketawa mengilai-ngilai.. he he he...lantak engkauler..
Walaubagaimanapun, aku pernah mengalami beberapa pengalaman misteri di nusantara ini... dan aku nak jadi mat bosan dengan cerita pengalaman hidup yang mungkin akan memboringkan korang... kalau dulu aku pernah cerita pasal 'jejak Rasul' (rujuk: Kiamat sudah dekat), malam ni aku nak cerita pasal 'jejak hantu' pula he he he.. semua adalah kisah benar!!!
HANTU TINDIH
Aku dulu cukup berlagak dan memperli orang yang bercerita di tindih hantu dengan menuduh bahawa mereka mengada-adakan cerita.. hinggalah pada umur aku 19 tahun.. aku telah di tindih hantu ni..sesak nafas aku di buatnya..aku rujuk ustaz.. menurut ustaz itu adalah jin,
ok, aku percaya dengan kewujudan jin, maka la ni jika aku kena tindih, aku akan bukak mata dan cakap dengan susah payah kat jin tu..”tunjukkan muka engkau..aku nak tengok”… lepas tu terus jin tu blah.., !!!!
kepada jin: aku maafkan dosa kau kat aku...
PUNTIANAK
Kejadian ni berlaku waktu aku berumur 20 tahun..aku dah sahabat (sekarang kerja JVC shah Alam..mr, Hanafi) sedang naik motorsikal secara membonceng..baru balik minum ait teh’ tarik dan roti canai..jam masa tu satu pagi, tiba tiba ternamapak satu objek terbang bersaiz manusia dan berwarna putih menuju ke arahku..
Aku tak panic.. Hanafi juga tak panic.. kami tak panic orangnya... tiba-tiba benda tu singgah kat lampu jalan.. nampak macam puntianak jika di rujuk dengan filem puntianak..
Tapi oleh sebab lampu jalan itu terang menyebabkan retina mataku tak dapat menerima beban cahaya yang lebih..maka kami perlu lebih banyak berkelip untuk menyelaraskan cahaya yang masuk kedalam mata..hingga satu tahap anak mata jadi berpinar sebab lama sangat tengok lampu jalan yang terang itu... hingga bila di alih pandangan kat tempat lain masih kabur dan waktu tu lah puntianak itu mengambil peluang untuk blah..bila kami tengok balik dah takde..
Kami mencari-cari dekat belukar berdekatan sambil menjerit: puntianak di mana engkau keluar!! Aku nak cabut paku kat tengkuk engkau!! Keluar..!!! (orang muda memang gila!!!)
Sampai sekarang dan dah hampir 8 tahun peristiwa itu berlalu..puntianak itu tak muncul-muncul..
Aku rasa mungkin itu adalah burung besar warna putih.. kepala hitam, dan bersaiz manusia..bisik hatiku yang mencari logic sains..
Apa apapun jika itu adalah puntianak silalah jumpa aku sebab nak tolong cabut paku kat tengkuk engkau ha ha ha ha!!!! ( lawak seram keh keh keh)
PELESIT
Kejadian ini berlaku waktu aku berumur 22 tahun iaitu ketika aku memandu seorang diri dalam perjalan dari KL ke terengganu, sampai di Paka aku berhenti untuk solat jamak takhir bagi magrib dan isyak.. lepas solat rasa nak berak..jam lebih kurang 3 pagi.. masa aku nak masuk tandas, tiba-tiba dengar suara orang panggil nama aku, cis! Ini bukan kampong aku, mana ada orang kenal aku... agaknya hantu tu tengok IC aku kot.. aku buat tak peduli, dan aku anggap ni ujian dari Allah untuk tingkatkan iman aku.. Kalau betul engkau hantu, tunjuklah diri engkau, tak payahlah nak sembunyi-sembunyi.. bila aku cakap macam tu suara itu hilang dan nafsu berakku makin kuat.. dalam jamban aku pun berak, tiba2 dari luar aku dengar air paip di bukak..
(bayankan bunyi air paip mengalir)
Aku berasa lega kerana mungkin ada orang lain yang singgah solat, tapi ada perkara yang lebih dahsyat lagi berlaku dalam jamban.. ada bunyi pelik dari lubang tandas, aku tengok bawah..oh! banyaknya darah!!! Aku raba punggungku dengan tangan kiri ku.. darah pekat mengalir dari punggungku..yang peliknya aku tak rasa sakit, aku pun cuci punggungku bersih bersih dan keluar..dan kat luar memang takde orang!!
Aku yang masih panic dengan darah di punggungku terus balik drive.. Dalam perjalan pulang takde pulak hantu cantik tumpang kereta aku, sampai di kampong aku berak lagi, tapi tahik normal yang keluar..
Dan sampai sekarang, kejadian berak berdarah tidak pernah berlaku, jadi jika ada antara korang yang kerja doctor boleh tak jelaskan kenapa kejadian berak berdarah itu berlaku?,
Adakah ada kaitan dengan hantu atau jin?yang mana pihak jin itu telah buat kesan khas kat mata aku, Atau itu adalah gejala buasir? Atau itu tandanya aku nak jadi mayat?..tapi itu dah berlaku 6 tahun yang lau, sampai sekarang tahik aku normal..coklat/kuning.. aku malulah nak pergi klinik..nak kena tunjuk punggung, I malu lah,, tolong ye mana-mana doctor silah email aku…he he terima kasih.
TOYOL
Masa aku duduk asrama dalam form 5 dulu- dulu , ada satu lawak khas untuk junior iaitu lawak toyol.. iaitu satu orang senior akan panggil seorang pelajar baru yang nak pergi mandi dengan bertanya:
Pernah tengok toyol tak kat asrama ni? Sebab kat sini ada banyak toyol..lalu menarik tuala junior tu …lawakkah?(zalim aku rasa…)
Lawak toyol ni menjadi lawak bagi aku bila buat kat isteri aku yang baru lepas mandi he he he…
Nota: salah satu tujuan blog ini di tubuhkan adalah menggalakkan muda-mudi berkahwin..tak percaya cuba korang rujuk mana-mana post yang terdahulu..
Bagus tak aku? yg selalu ajak korang buat masjid, pergi masjid, bina masjid he he he..tapi pada isteriku, abang tak berniat nak tambah masjid lagi …oh..
Berbalik pasal toyol… satu hari kat opis aku ada derma tergempar dalam meeting.. maka masing2 keluarkan dompet untuk menderma secara terang-terang..
Tiba-tiba ada bebarapa kakak-kakak dan makcik-makcik gelak tengok dompet aku..
Sebab duit aku tak letak dalam dompet tapi dalam uncang.. nak ikut sunnah Nabi.
Nota untuk mu’alaf:
Sunnah Nabi adalah simpan duit dalam uncang-alahai, yang selalu pendekar zaman dulu isi duit emas yang ada jerut tali tu…
Maka aku di gelaknya sebab macam orang tua katanya aku ni..
Aku kata:
Tahukkah korang? Bahawa di johor pernah satu kampong tu duit semua penduduknya hilang kena curi dek toyol..walaupun letak dalam peti besi..tapi ada satu orang makcik tu duit dia tak hilang sebab simpan wang dalam uncang.. bila di tanya pada ustaz, ustaz kata..kerana itu adalah sunnah nabi... dan setiap sunnah nabi ada Nur tersendiri yang mana setan dan makhluk halus sangat takut…
He he he..lepas tu semua akak-akak dan makcik2 tu order dengan aku suruh beli jugak uncang sebab takut duit hilang toyol ambik.. begitulah nampaknya orang melayu ni.. kalau ada perkara ghaib dan misteri terus ambik peduli.. patutlah bila buat pameran hantu, jin dan keranda berduyun-duyun datang.. !
Nota: cerita yang berlaku kat johor tu aku ambik dari ustaz A(rujuk post: kiamat sudah dekat)
LANGSUIR
Ni pulak masa aku form 3, sedang ikut geng-geng pengakap berkhemah di dalam hutan di kaki bukit Chendering..10 km dari kawasan penduduk manusia.. macam biasa berkhemah yang tak mengikut ugama islam suka buat perkara yang merepek-repek…
Malam itu aktiviti kitaorang adalah duduk keliling api sambil setiap orang kena bercerita atau menyanyi..sampai turn aku..aku bercerita..cerita LANGSUIR hisap darah manusia.. menjerit2 jerit diorang suruh aku berhenti..ha ha ha.. katanya sat lagi langsuir akan datang, mereka percaya jika cakap langsuir malam-malam maka langsuir akan datang, cakap harimau, harimau akan datang, ada pulak satu orang samseng nak pukul aku kalau tak hentikan cerita tu..aku cakap: kalau kau pukul aku, aku suruh langsuir tu datang gigit tengkuk engkau..ha ha ha terus tak jadi pukul.. penakut betullah samseng ni..
Lepas tu aku jelaskan pada diorang..bahawa, jika korang yakin dengan sebut langsuir, maka langsuir akan datang dan memudaratkan korang, aku kata itu salah sebab ada unsur shirik dan khurafat.. dahyat masa tu dah tahu apa itu shirik dan khurafat.. tapi bapak aku yang ajar sebenarnya.. jangan yakin dengan makhluk.. jika diorang suruh aku terangkan ap itu khurafat.. jenuh jugak aku nak kelentong masa tu.. seperti biasa, langsuir tak datangpun.. aku bukan nak cakap besar, aku nak belajar yakin bahawa kata-kata tak boleh bagi mudarat..dan Langsuir memang tak boleh bagi mudarat!!!!
Cuba korang tengok dekat langsir rumah korang..ada nampak tak Langsuir…he he heeee! Mana Langsuir mari tolong korang pasang langsir ha ha ha!
HANTU AIR
Kejadian ini berlaku semasa lepas SPM dulu-dulu.. Aku dan rakan-rakan pergi mandi air sungai kat jeram Manir … jauh dari tempat orang ramai, aku ni mandi memang suka pakai kain pelekat atau kain batik.. sedang asyik mandi tiba-tiba ada macam jari-jemari menarik kakiku..ok, mungkin ranting pokok… tapi yang lebih haru, kain pelekat aku di lucutnya… dan lebih haru lagi kain itu membelit di kakiku… kaki ku tak boleh bergerak.. dan aku lemas, air masuk kedalam paru-paru..aku mengelumpur.. jahanam punya kawan, di gelaknya aku.. diorang fikir aku main-main, aku mula tenggelam dan hilang dari mata mereka…
Aku pun jadi mayat..he he he, mana boleh hero mati lagi..dalam air aku bergelut dengan maut..wah..wah..wah, cantiknya bahasa aku.. sebenarnya dalam air itu aku membuat keputusan, antara kain pelekat dan nyawaku.. oleh sebab aku seorang yang waras..dan masih waras .. di dasar sungai itu aku meleraikan kain pelekat yang membelit kakiku.. selamat tingal kain pelekat ..oh.. lalu aku timbul dan bersyukur kerana dapat menarik nafas dan mengisi paru-paruku dengan oksigen yang bersih yang di ambil dari atmosphera bumi ini..
Apa aku merepek ni, mana hantu air tu hamka!!
Hantu air itu adalah aku yang bangkit dari air dalam keadan berbogel lalu menyepak punggung kawanku yang membiarkan aku hampir menjadi mayat tadi..
Err, siapa yang duduk jeram manir terengganu, jika jumpa kain pelekat yag berwarna biru, itu aku punya..kembalikan kain pelekat ku!!! KEMBALIKAN!!!
JEMBALANG
(Hantu Berok)
Pada suatu malam yang sunyi, jam 12 malam, sedang aku bawak keretaku dengan lajunya.. tiba tiba seekor berok besar betul betul berdiri depan kereta aku.. kami bertentang mata seketika sebelum..
GRAASSSS!!!! (bayankan bunyi letupan bom!!!)
Sahabatku yang tumpang aku (sekarang mengajar di kemaman, mr. Samsul) ketika itu terkejut berok dan akupun juga terkejut berok bila melanggar berok kerana berok itu luar biasa besarnya…berok betul!!!
Aku brekkk… perkara pertama aku lihat adalah bumper keretaku.. habis pesah..lampu jugak pecah..oh.. duit-duit.. Allah yang bagi duit.. Allah juga yang ambik duit..
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api nereka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."
Pujuk aku.. pada bumper keretaku..sebanarnya pada hatiku.. oh..
Tapi yang peliknya..berok itu takde.. satu titik darah pun takde… puas aku dan kawan aku carik tapi tak jumpa.. kawan aku buat kesimpulan yang aku telah melanggar jin..
Lalu terbitlah cerita akan pernah isteri sahabat membunuh seekor ular, tiba2 ular itu hilang..tak lama kemudian datang jin untuk balas dendam, tapi Nabi Muhammad SAW, larang jin itu kerana itu adalah salah jin itu sendiri yang menjelma depan manusia.. panjang nak cerita, baik rujuk ustaz..
Lepas hantar member aku balik, baru aku ingat malam tu aku kena tidor sorang kat rumah kerana waktu tu bini aku berpantang kat kampong.. penakut jugak aku ni, sebab malam tu aku tidur sambil pegang parang.. kekekkeke , takut-takut member berok tu datang atau jin yang datang.. oh..
Pada keesokkan harinya… tiada berok yang datang membalas dendam, (aku bukannya sengaja) tapi aku kena bayar duit kat pomen kereta.. OH.. indahnya ujian ini.. pujuk aku pada diri sendiri, patutnya berok tu yang kena bayar kos !!!!
ZOMBIE
Ha ha ha, inilah kenangan yang paling dahsyat di asramaku… pada malam hujung minggu di waktu jam hamper 10 malam, kebanyakkan penghuni asrama sibuk dengan urusan masing-masing, ada yang study, ada yang menonton TV ada yang tidur dan pelbagai aktiviti lagi..aku yang baru lepas solat duduk baring atas katil dan aku nampak seorang samseng sedang duduk memotong kuku di atas kolah…
Di asrama kami ada kolah yang besar, yang di gunakan untuk penghuninya mencuci baju, mandi atau sebarang aktiviti yang melibatkan air. Dua orang samseng lagi sedang bergurau-gurau di tepi kolah itu…tiba-tiba mereka terlanggar si samseng no 1 dan si samseng no 1 itu jatuh ke dalam air bersama-sama pemotong kuku.. si samseng no2 dan si samseng no 3 tergamam, menjelang kemurkaan si samseng no 1, bangkit dari air lalu cuba mengcampakkan si samseng no2 ke dalam air, si samseng no 2 memberontak, maka dengan bantuan si samseng no 3, mereka berjaya mencampakakn si samseng no 2 ke dalam air..si samseng no 1 dan si samseng no 2 ketawa di tepi kolah, tiba-tiba si samseng no 1 menolak pula si samseng no 2 yg sedang ashik ketawa ke adalam kolah.. tiba tiba mereka bertiga semacam di rasuk hantu air..siapa sahaja yang berdekatan dengan kolah akan di campakan ke dalam kolah.. dan bilangan mereka semakin ramai.. habis semua penghuni asrama di serangnya..ditangkap dan di campakkan ke dalam kolah..
Penyakit itu merebak dengan cepat..bilangan 'hantu kolah' ini terus meninggkat hingga mencecah seratus orang, bermakna ada hamper 400 orang lagi yang belum di jangkiti 'virus' ini.. yang belum di campak mula panic dan lari untuk menyelamatkan diri.. aku yang sedang berbaring dan menyaksikan kejadian tadi dari dorm ku mula gelabah, aku yang berbaju melayu dan berkain pelekat cuba lari dari mereka, tapi mereka terlalu ramai, tangan dan kakiku dipegang, lalu aku juga di campakkan ke dalam kolah..jahanam!!! mereke ketawa beramai ramai..
Aku juga mulai gila seperti mereka..lalu kami berpecah dan menyerang semua penghuni asrama, ha ha ha, yag sedang tengok TV semuanya di campakkan ke dalam kolah, yang baru balik study dari kelas dan tak tahu apa-apa bertanya..kenapa ni?..ada pesta air ke..?
Aarghhh, dia juga di campakkan ke dalam air, yang baru balik dating dengan baju kemas.. ha ha ha !!! pun kena campak gak..ada yang bijak dengan terus menukar baju mandi, maka kuranglah sikit penderitaan bila di campakkan ke dalam air..
Bilangan 'hantu air' ni makin ramai, dan yang paling haru..yang sedang tidur.. tak tahu apa-apa, tiba2 tangan dan kaki ditanggkap dan di campakkan ke dalam kolah..oh..apa dosa aku, fikirnya sambil termenung di pinggir kolah..
Begitulah yang berlaku pada malam yang dahsyat itu..semua penghuni asrama kena campak dalam kolah…ha ha ha!
Kerana itulah aku namakan cerita ini cerita ZOMBIE,,hihihi
Walaupun aku tak suka dengar cerita hantu, tapi aku suka tengok movie zombie!!!
Yes! Mayat hidup makan org, lepas to org yg dimakan jadi pulak mayat
hidup…
Aku lebih suka zombie yg boleh speed..macam ‘Dawn of the Dead’..cuak betul..
Aku suka tengok adegan yg brutal..lapah org..darah sana sini..oh..
Aku suka tengok manusia hilang akal, menangis, mengelabah..tak tahu nak
buat apa bile di kepong zombie…hmmm baru nak mintak tolong kat tuhan…
Antara sebab Aku suka tengok movie zombie style sebab:
Hantu tu real..maksud aku tak lah boleh ghaib, terbang dan ketawa
mengilai2…pergi curi baby org..serta takut pada azimat…bla bla bla..ni biasanya hantu melayulah nie..oh..
Begitu jugak dengan ugama, aku tak suka dengan kenyataan hanya ustaz atau ulamak yang boleh berdakwah… huh samalah macam hantu melayu, hanya ustaz dan tok bomoh sahaja yang boleh bunuh hantu, mana best tengok cerita macam tu.. harap makhluk!!
Cerita zombie bezt, Zombie ni boleh di bunuh…so ada peluang nak bunuh zombie ni..pecahkan
kepala otak dia…
Sape2 pun boleh…
Tapi awas, Satu gigitan cukup untuk buat korang jadi zombie…ini hakikat
hidup..iaitu kita semua akan jadi mayat…
Cerita terbaru zombie yang aku tengok adalah "Land of the Dead:. banyak betul mayat dalam cerita ni..(umat menderita habiskan masa lapang).
Aku nak buat ulasan filem sikit..(Orang sibuk nak buat ulasan, aku pun nak buat ulasan filem gak…)
Cerita ni mengisahkan tentang satu penyakit dah serang manusia yang mana manusia ni jadi mayat hidup @ zombile…lepas tu bila zombie ni gigit org pulak maka jadilah org tu mayat hidup, dan cara nak bunuh mayat hidup ini adalah dengan pecahkan kepala otak dia, ikut koranglah nak guna pistol ke, pisau ke, lembing ke, cangkulke, spatula ke.....bila mayat hidup ni dah pecah kepala maka jadilah mereka mayat kekal, macam kita biasa tengok tu…jadi hero cerita ni dan awek dia selamat coz diorang terer.
Tapi yg bagus ;pengajaran cerita ni semua org berpeluang jadi mayat hidup walaupun kaya duduk dalam tempat bagus yag mana akhir sekali para zombie ni ceroboh tempat diorang dan makan diorang.kekeke
Akhir sekali yang selamat pergi cari tanah baru naik lori tapi akhirnya jadi mayat jugak, pelakon, pengarah, kru2 semua akhirnya jadi mayat. penjual tiket wayang, tukang koyak tiket dan para penonton semua jadi mayat...
Lepas tu korang yang baca blog ni pun jadi mayat gak (aku pun), yang tak baca blog ni pun jadi mayat.
Kesimpulan cerita ni: semua orang akan menjadi mayat.
Moral: Manusia (dlm cerita ni lah) berusaha untuk tidak menjadi mayat hidup akhirnya manjadi mayat kekal....menjadi mayat kekal tak de masaalah tapi kekal dalam neraka tu masalah besar...!(apabila panggung wayang runtuh maka ramailah penonton menjadi mayat)
Sekian: BELIA BENCI MAYAT HIDUP!
MAK LAMPIR
Cerita ini akan memaparkan bagaimana sebuah cerita hantu itu wujud, aku sendiri hampir menjadi salah seorang yang mempunyai kenangan hitam dengan makhluk hantu itu, masa aku darjah enam, jam satu atau 2 pagi lebih kurang aku bangun dari tidur kerana rasa nak kencing… masa aku kencing dalam jamban (tandas)..aku terdengar bunyi bising binatang ternakkan di luar jamban..
Nota: dulu, rumah aku ada tandas yang di buat dari zink dan berhampiran dengan reban ayam dan itik… sekarang dan naik taraf jadi simen dan berjubin..
Oleh kerana ada lubang-lubang kecil dari celah zink maka aku mengintai ikut salah satu lubang dan alangkah terkejutnya aku… darah menyirap… jantung berdegup kencang!!!
Aku telah lihat dengan mata kepala ku akan wajah lembaga yang sangat hodoh… matanya bulat gelap, dan pipinya berkedut kedut dengan lemak yang tebal dan menggerutu..apatah lagi warna nya merah dan berbintik-bintik…
Tak lama aku pandang dan aku terus tutup mata.. perlukah aku keluar dan bersekemuka dengan makluk itu…? Kenapa dia juga mengintaiku?
Tapi aku beranikan diri untuk melihat sekali lagi… alang alang dah jumpa biar aku tengok bentuk badanya yang lain.. sebab tadi aku hanya nampak separuh dari mukanya..
Bila aku mengintai sekali lagi.. aku tengok balik matanya yang berklip kelip itu.. aku tengok lagi betul-betul, ada muncung!!!, cis!! barulah aku tahu bahawa itu adalah ayam… tadi aku nampak separuh jer sebab screen yang kecik kat lubang zink tu..cis, ! dan cis!!
Andaikanlah aku tidak melihat sekali lagi dan terus lari, maka tentu sampai sekarang aku akan cerita kisah hantu bodoh tu dengan korang…oh!
Jadi moralnya, jika korang nampak hantu atau benda aneh, jangan terus lari, selidik dulu, kalau betul hantu, tanya dia buat apa kat sini,, kalau boleh dakwah sikit kehebatan Allah, kalau dia kapir, ajak masuk islam..arggh..lantak koranglah nak buat apa-apapun, aku kalau orang cerita hantu yang dia nampak terus lari, aku tak percaya, malahan aku cakap, suruh hantu yang kau jumpa tu jumpa aku, ha ha ha!!!!!!!
HANTU KUBUR
Kalau korang ada anak, dan bila dia menangis malam-malam, orang tua kata itu adalah sebab terlalu banyak bermain dan ketawa pada waktu siang... kesoronokkan yang keterlaluan dalam permainan menjadi mimpi ngeri dalam tidurnya... aku jika anak aku menangis pelik pada malam2 macam ada ganguan jin, aku akan ambilkan anak aku air wudhu.. alhamdulillah terus senyap.. ada Nur agaknya..
Untuk kitaorang pula dikatakan dalam kubur nanti kita akan berjumpa dengan segala 'keseronokkan hidup' yang melampau dalam bentuk hantu kubur..
Seperti dalam satu sajak..
Copy/paste sajak sakaratul maut...aku ambik part dalam kubur..
(sebuah sajak al -alrqam yang popolar sekitar 80-an dulu)
"....Lalu datang kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya,
buruk pakaiannya,
busuk baunya.........
siapakah engkau?
Akulah amalanmu yang keji.............................."
Kini aku diazab dan diseksa di dalam kubur, menunggu-nunggu doa dari anak- anak yang soleh.
Mana doa dari anakku seorang doktor?
Mana doa dari anakku seorang jurutera?
Mana doa dari anakku seorang peguam?
Mana doa dari anakku seorang akitek?
Mana doa dari anakku seorang profesor?
Mana doa dari anakku seorang bomoh?
Mana doa dari anakku seorang blogger?........................................."
MANA?..........................................
MANA? ........................................
MANA?...................................???
SEKIAN....
Jadi secara kesimpulannya, bila dengar cerita hantu ada kat sebuah rumah kita dah takut dah nak dekat dengan rumah tu, tapi dalam kubur kelak.. duduk sorang sorang selama 40 ribu tahun paling minimum... lepas tu ada 'hantu' pulak yang bukan setakat menakut-nakutkan korang..tapi di seksanya korang!!! ..
semoga aku dan korang semua bila jadi mayat kelak, selamat dari azab kubur!! AMIN!!!
ps: (Orang yang bertanya mana?mana?mana? tu adalah seorang mayat)
ok, selamat malam...
Saturday, July 18, 2009
Aku ke Trans Titiwangsa
24 jun-1 julaai 2009


lubang idung sapa lagi besaq..aku atau Cima kat belakang tu ?






cuba tengok bontot aku tu... darah pacat..baru kena tu..tapi tak sedar !!!





situasi : Hujan lebat lagi colddddddddddd
kondisi : tersangat sejuk tapi hati masih membara nak menuju puncak korbu


















Kesimpulan...manusia hati paling kering dlm trans TT ni ialah....Ain dan Aku !
Aku mati mati pikir akan mati dalam hutan tu !
Friday, July 10, 2009
Di sebalik tabir harga Ayam
Apa sebenarnya di sebalik isu harga ayam pada bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya? Semua orang tahu kini harga siling ayam yang diproses ialah RM6 sekilogram. Malah orang juga tahu bahawa harga siling yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan dilanggar oleh pemborong, peruncit dan penjual ayam.
Kenaikan harga ayam pada setiap Ramadan dan menjelang Hari Raya bukan isu baru. Setiap tahun isu yang sama dikitar semula dan yang menang adalah penternak, pemborong, peruncit dan penjual. Pengguna yang ada hubungan dengan Ramadan dan Hari Raya selalu beralah dan kalah.
Kalau ditinjau selangkah ke depan, kita akan dapati bahawa isu harga ayam hanya tercetus ketika Ramadan dan menjelang Hari Raya. Isu harga ayam tidak berlaku menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Pemborong dan peruncit tidak melalak meminta harga ayam dinaikkan menjelang Tahun Baru Cina. Kenapa?
Dalam isu harga ayam tahun ini, persatuan penternak memberi alasan kos bahan makanan ayam meningkat. Maka rasionalnya harga ayam perlu dinaikkan untuk menampung kos yang tinggi itu. Kita tidak menafikan kos makanan ayam meningkat tetapi peningkatan itu bukan berlaku hanya pada bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya.
Peningkatan berlaku secara berterusan tetapi harga tidak dinaikkan ketika Tahun Baru Cina. Kenaikan hanya pada Ramadan dan menjelang Hari Raya kerana sikap pengguna yang terdiri daripada orang Melayu yang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa ayam.
Kenapa penggunaan ayam meningkat pada Ramadan dan menjelang Hari Raya sedangkan jumlah pengguna adalah sama? Tentulah jawapannya orang Melayu melipatgandakan penggunaan ayam. Sedangkan hakikatnya makanan orang Melayu bukan saja yang berasaskan ayam.
Sekarang ini persatuan penternak ayam dan itik yang kecil pun sudah boleh bersuara lantang meminta dinaikkan harga. Kita kena terima hakikat bahawa majoriti penternak dan pembekal ayam bukanlah orang Melayu. Orang Melayu cuma mengeluh kerana kenaikan harga ayam tetapi mereka tetap membeli ayam.
Adakah kenaikan harga ayam pada setiap Ramadan suatu yang disengajakan? Atau adakah tidak ada kenaikan harga ayam pada setiap kali Tahun Baru Cina hanya satu kebetulan? Kita patut melihat isu ini secara mendalam tentang kecenderungan berlakunya manipulasi. Ini berlaku apabila sesuatu kaum menjadi pembekal yakni penternak dan pemborong, maka kepentingan kaum lain tidak dihiraukan.
Perayaan Tahun Baru Cina sama meriahnya dengan Hari Raya. Tetapi apabila tidak ada isu kenaikan harga ayam menjelang Tahun Baru Cina, tentulah kenaikan yang berlaku sekarang suatu yang disengajakan. Ini memberitahu kita bahawa Tahun Baru Cina Februari depan tidak ada kenaikan harga ayam kerana sudah naik ketika orang Melayu menyambut Ramadan.
Pada awal Januari lalu Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia mengumumkan harga ayam di seluruh negara turun antara 80 sen hingga RM1.06 satu kilogram. Malangnya penurunan tidak berlaku semasa Ramadan dan menjelang Hari Raya.
Kita terpaksa terima hakikat bahawa orang Melayu dalam bidang penternakan ayam adalah sangat kecil. Barangkali sekiranya separuh daripada penternak dan pemborong terdiri daripada orang Melayu, persatuan penternak ayam tidak mendesak kerajaan menaikkan harga ketika perayaan yang melibatkan orang Melayu.
Kalau hendak dikira kenaikan kos bahan makanan ayam, bahan makanan binatang ternakan lain seperti lembu atau kambing juga meningkat. Kenapa harga daging lembu dan kambing tidak pernah dijadikan isu atau memberi masalah kepada pengguna Melayu?
Apa yang dilakukan oleh KPDNHEP sekarang bukan tidak baik tetapi tidak memberikan kesan jangka panjang untuk menstabilkan harga ayam di pasaran. Selagi bekalan ayam dimonopoli oleh sesuatu kaum, selagi itulah harga ayam akan terus dibangkitkan tahun-tahun akan datang.
Tahun depan persatuan penternak ayam yang kecil akan bersuara lagi, mereka akan meminta dinaikkan harga dengan alasan yang sama; kos makanan ayam meningkat. Sekali lagi pengguna yang menyambut Ramadan dan Hari Raya akan menjadi mangsa dan keuntungannya hanya kepada penternak, pemborong dan peruncit.
Pemborong dengan sengaja akan menekan peruncit dengan harga yang tinggi. Peruncit pula yang ada penjual di bawah mereka mengenakan harga yang tinggi juga dan akhirnya penjual ayam di pasar-pasar basah terpaksa melanggar harga siling.
Maka kerana itu orang Melayu yang menjadi pengguna juga wajar dipersalahkan kerana menyumbang kepada kenaikkan harga ayam. Sebahagian besar orang Melayu menjadikan Ramadan dan Hari Raya sebagai pesta makan ayam sedangkan mereka mempunyai banyak pilihan selain ayam. Mereka boleh memulaukan ayam yang dinaikkan harga dan kita boleh tengok apakah harga akan terus dinaikkan atau sebaliknya?
Bayangkan kalau Ramadan ini separuh daripada orang Melayu memulaukan ayam. Kita boleh melihat kesan positifnya yang jauh lebih besar daripada kawalan harga siling oleh kerajaan. Persatuan penternak ayam pernah mengugut membunuh anak-anak ayam sekiranya tuntutan mereka untuk menaikkan harga tidak diikuti.
Sebenarnya persatuan yang bertindak seperti itu tidak wajar dilayan dan biarkan kalau benar mereka hendak membunuh berjuta-juta anak ayam sekali pun. Orang Melayu boleh hidup tanpa ayam dan Ramadan serta Hari Raya tidak akan hilang meriahnya.
PENAFIAN KERAS OLEH AKU... tak ada unsur unsur racism dalam diri aku terhadap post ini tau.
Wednesday, July 8, 2009
Dunia Baru
Saturday, June 20, 2009
CAR LOAN TIPS
Determine your financial situation
This is the first and most important step in the car buying process. You must know how much you can spend before you can determine what you can afford. You don't want to get stuck making a bloated car payment that will leave you eating bologna sandwiches for three years. First of all, you need to have a monthly budget. This is very easy to calculate. Add up all of your fixed monthly expenses, such as your rent/mortgage, phone bill, etc. Subtract that from your net income. Then subtract your estimated extraneous expenses, such as food, gas, entertainment, whatever. The result should be an amount of money you have to play with. From that, you need to remember that buying a car involves more than a down payment and monthly payments. In your budget you will need to include licensing, registration and other hidden costs, as well as monthly insurance costs, gas and maintenance. Once you have all of this worked out, you should have a ballpark figure of the budgeted amount you can use for car payments. A good rule of thumb is roughly 33 percent of your net income can be used for a car payment. Once you determine that figure, stay with it.
the increasing gas prices. Plan on taking road trips? Consider something that gets good mileage and has cargo space and lots of cup holders. Plan on going off-roading? The SUV is your best bet. Some even come with a first-aid kit! Once you've narrowed your choices down to a couple, it's time to do some car research.
Decide which car you want
Now that you have settled on a monthly allotment, now you can look at which vehicles fit into your price range. This is really about personal choice, but a good criteria to go buy is to look at what your needs are. Do you have a family? There are plenty of affordable, safe and reliable minivans and station wagons on the market. Single and commute, or do a lot of city driving? The compact segment has a wide range of models to choose from that boast handling and superior gas mileage. Do you use your vehicle for work-related tasks, such as hauling, delivery, etc?? There are several convertibles and sports cars that will make you feel young again. Also consider your wants. Compact cars get really good gas mileage and are a great if you want to save money on the increasing gas prices. Plan on taking road trips? Consider something that gets good mileage and has cargo space and lots of cup holders. Plan on going off-roading? The SUV is your best bet. Some even come with a first-aid kit! Once you've narrowed your choices down to a couple, it's time to do some car research.
Do your homework
Here's where you will need to spend some time sorting through some details, but it will be worth the effort in the end. After all, the more you know about what you're buying, about whom you're buying from, and about the buying process itself, the more money you will end up saving. There are plenty of places for you to do your car research. Check out the Internet and newspapers, contact car dealerships, credit unions and local banks to see what kind of deal you can get. Knowing what a car dealer's competition is offering can only help you out in the negotiating process. Look at interest rates. You'll want to get the lowest possible interest rate, as it will help you pay less in the long run. Many car buyers focus on getting the lowest possible down payment. If a car dealer gives you a low down payment, the money you are saving has to be made back.
TRADE IN USED CAR
For those who's interested to sell their car personally or trade in or sell to 2nd hand dealer, i hope this info might give you some direction on the process to sell your car...
General JPJ transfer car ownership. (both owner/buyer must be there)
1. Get the forms ready for transfer. You can download the forms from JPJ website. Forms you need as follow: JPJK3, TM-1, TM-AB (photocopy both buyer/seller IC).
2. After form complete, just go to JPJ and submit all the forms together with car original registration card and also new buyer insurance cover note.
3. Pay RM100 (you can buy postal order from JPJ itself).
4. Wait for the transfer name to complete and collect back the transferred ownership of car registration card.
When selling a car directly to buyer/bank loan:
1. Buyer/seller need to be at the bank with the car registration document in order to apply the loan. If buyer is from outstation, then seller need to fax over the car registration.
2. Upon approval, the bank will issue an undertaking letter and after that the seller need to transfer the car ownership to the buyer's name.
3. Upon completion, bank will release the fund to the seller.
4. Any additional fees in loan/transfer ownership shall be paid by buyer.
When selling a car to 2nd hand car dealer:
1. Owner/2nd hand car dealer agree on the price.
2. 2nd hand car dealer pays the owner a downpayment fee. At the same time, provide information on selling price + downpayment + balance.
For my case, it was just written on a white piece of paper with my IC photocopied and also the car number written down. Owner at this time hand over the car but keep the registration document (geran).
3. Seller and 2nd hand car dealer meet up at JPJ to complete "penyaksian pengesahan identiti pemunya berdaftar". This is for JPJ to certify that the actual owner of the car agree on the sales. I heard this need to be done so the car can proceed for inspection as well.
4. After JPJ process completed, owner handover the registration document of the car to the 2nd hand dealer and at the same time owner received bank draft cheque for payment of remaining balance owed. You can arrange with dealer to get cash or direct deposit to savings acc etc, at your own arrangement. But before that I was offered a personal cheque which i declined to be on the safe side.
5. For final precaution, I prepared a letter of indemnity for the 2nd hand car dealer to sign, which they duly obliged.
This is as far as i can remember for the whole process and i hope the cheque doesn't bounced but should be ok since it's a bank draft and not a personal cheque.
Friday, June 19, 2009
Aku nak Kongsi ilmu...
tetiba terlintas dalam hati utk tulis apa sahaja yang akan terlintas nak aku kata nak aku bebel nak aku komen ke..nak kutuk ke..nak puji ke..
k…..emm apa dulu ye….baiklah..
aku nak sharing pasal rukun sujud…ramai org tau rukun sujud solat kita tu ada tujuh… pertama dahi, kedua dan 3 ialah dua tapak tangan, dua lutut dan akhirnya kedua belah jari kaki… macam mana yang dikatakan rukun sujud yang sempurna..most people aku perhatikan banyak yang tak memenuhi rukun sujud ni..ok aku terangkan dengan ringkas kat mana yang selalu salah tu.. rukun sujud termasuk dua tapak tangan..jadi masa sujud tu,..kedua dua tapak tangan kita mestilah rapat ke lantai..seolah ditekap rapat tapi tak perlulah tekan kuat sangan..sekdar tekap sahaja…dan salahnya kebnykan org ialah mereka sekdar meletak kan tpak tngan di atas lantai shj dan perhatikanlah bahawa ada ruang kosong antara tapak tangan dan lantai..
lagi..bila sujud tu..masyaAllah, cepat benar dia bangun semula..seolah2 dia baca dlm sjud tu mcm baca “1 2″..abis dan bangun semula..huhu.. perasan tak bila dia sujud tu jari2 kakinya belum pun sempat nak cecah ke lantai dan lipat ke bahgian dalam dia dah bangun…aiii…..rukun sujud kedua dua belah jari kaki cik kak cik abg makcik pakcik oiiii….. kalau tak silap aku..at least 3 jari kaki kanan dan 3 jari kaki kiri mesti bengkok ke arah dalam dan bukannya sekadar pacak jer tau…
“seburuk buruk manusia adalah mereka yang mencuri dalam solatnya. Mereka tidak rukuk dan sujud dengan sempurna “
lagi aku nak tmbh pasal ambik wuduk..semua org tau kita nak berwuduk salah satu syrat wajibnya ialah “air mutlak” dan tak boleh guna air mustakmal..err btul ke frasa dan ejaannyer tu… emmm asalkan korang paham udah lah yerr…
kat sini yang aku selalu nampak ialah di akhir anggota wuduk kita iaitu kaki…lazimnya kita akan gunakan cebok @ gayung utk ambil air dari dalam takungan @ kolah @ tangki @ baldi… Air mutlak adalah air yg tak tercemar dan tak masih blm digunakan lagi…perasan tak bilamana kita nak cedok jer air dalam dalam kolah tadi, jari kita..biasanya ibu jari tangan akan cecah, masuk @ sewaktu dengan nya dlam cebok tadi…jadi ini menjadikan air dalam cebok tadi telah tercemar dan bukan mutlak lagi..sila ambil air lain semula weiiiiii… biasanya ini terjadi kalau gayung kita tu jenis tangkainyer yang kat tengah…emmm kalau yang jenis tangkai kat tepi tu..bagus lah…
pe lagi ek pasal wuduk ini…ha..tak salah aku…dinasihatkan kita agar tidak menyapu air wuduk dengan cepat dan rakus..sebab takut2 air tu tak serata dia nggota wuduk kita tu… aku selalu gak bengkeeekkkk jer ngan org yang sapu muka masa wuduk tu dengan rakus…sebab nyer…dia sapu kuat sangat maka dengan itu air dari muka tu akan terpercik dngn kuat dan kena aku…woii apa ni basah ni, abis air dalam tadahan tangan aku ni dimasuki air dari muka ko..kan ke dah tercemar dan tak mutlak lagi air aku ni…baju aku pun basah…bodoh,jahil ,celaka “@#$#%@$%@4..cam tu ler kekadang yg timbuk di benak aku bila kena situasi tu… ..kan ke islam kata, hati jiran kena jaga..kena ambik kisah ketenteraman org lain…
lagi..perasan tak wahai kaum lelaki…pasal pa bila hangpa pakai kain pelikat…brand ntah pape kain pelikat hangpa tu mesti hangpa tala kat bawah..memang hangpa tak berniat nak menunjuk brand kain tu tapi sedar tak skit sbnyk dah mengganggu jemaah kat belakang..kecuali anda “solat sendirian” di rumah @ tak de org lain di belakang… ada macam2 brand …”gajah, gajah duduk, atlas , sampan dll… dalam solat nak khusyuk tapi kita yang dibelakang dia terbaca pula hujung kain makmum depan ada brand tu suma…tak sungguh tak kata sebab kita pasti baca bukan…ada apa dngn brand tu suma…pakai brand dok bawah sebab mengikut org lain suma pakai cam tu ? tak dak pendirian ka wei !!! dah..pas ni tukaq brand dok atas..tak tayang bukan tak sah solat tu..bukan pula org nak kata pakai kain tak betoi…. ni ha…aku yang kata, hangpa yg buat makmum belakang solat tak betoi..
aku harap sngt kalau aku salah sila betul kan
Thursday, June 4, 2009
Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh
“Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh” bermaksud seseorang yang begitu hebat bertutur kata di depan kawan2 utk menunjukkan kemampuan serba boleh , tahu dan mampu dalam apa jua bidang. Baginya tiada bukit yang tinggi @ jurang yg dlm. Semuanya blh ditmpuhinya. Tapi ini hanyalah dlm ceritanya saja.
Bila cerita mengenaii keberanian, maka dialh orgnya , tak kenal erti takut walau dgn siapa pun. Kadang2 dia lupa bhw dia bercerita pd waktu mlm dgn kwn2 disedari hari pun dah larut malam. Dakwat habis, pen pun patah, punggung pula minta dibaringkan, maka masing2 bersurai utk pulang. Tapi tetiba beridiri bulu tengkuk si serba tahu , terbeliak biji matanya menoleh kiri kanan kerana takut kpd hantu raya merayau waktu malam. Tanpa disedarinya terkeluar dr mulutnya utk mengajak kawan2 berkonvoi bagi perjalanan pulang. Itulah yg dikatakan “Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh”. Ia juga diibaratkan “ayam jantan menjadi raja di lesung, berkokok rajin, terajang tidak ada, digertak ayam betina, kucup dua sayapnya.
Nyaring kokoknya, tiada siapa yg dpt menandingim berjalan mendada, bahu ditinggikan dan pandangan mata ditajamkan utk menandakan kehebatannya bukan sekadar pakar dlm ilmu persilatan, tpi semua jenis ilmu mempertahankan diri. Secara kebetulan bila berselisih dgn org bermisai tebal dan tersepak pula tumit kasutnya maka dia diherdiknya oleh lelaki itu. Maka, misai lentiknya terkulai dengan sendirinya, bahu yg tinggi layu ke bawah dan dada yg busung cekung ke dlm. Itulah org yg “Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh”.
Di mana saja duduk berbual, pasti tinggi buih pada gelas, pantang baginya mengalah. Ceritanya seperti kacang direndang dalam kuali, bunyinya meletus ke sana sini , diiringi pula dengan gelak berderam-deram, rokok kawan terus disambar. Org senyum disangka menyokongnya. Hadis nabi macam air terjun. Hukum hakam tahu segalanya, manti ma’ani , tafsir kahzen Imam Ghazali dihafalnya. Tapi jgnkn menunaikan solat lima waktu, ambil wuduk pun tak pernah kelihatan, inikan pula pergi ke masjid. Jika ada pun sekali setahun , semua org tahu bila masanya.
Jika ada org bertnya, beliau menjawab “ martabat saya sudah tinggi, setahap wali, saya dah dapat kesimpulan hakiki dlm islam, iaitu ilmu hakikat dan makrifat, solat lima waktu itu peringkat rendah , tidak perlu , bagi tahap saya cukup mengingat saja, ke Mekah sekelip mata, ke syurga dgn nafas. Kahwinnya pun dalam syurga, Allah menjadi wali, kalimah syahadat sebgai maharnya dan malaikat sebagai saksinya. Jika bab wanita disebut, baginya mudah saja, kalau dah suka sama suka, maka itu sudah halal, halal dilakukan sesukanya. Itulah dia “Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh”. Cerdik beliau tk dpt dikuti, pandir beliau tk blh diajari, besar hentak tapi tak lalu, besar suap tapi tak kenyang.
Jika berdepan manusia seperti ini m jgn dilawan, jgn dibantah bicaranya, lapangkan saja dada, pekakkan saja dua telinga. Pendek kata, pilih jln selamat, sekiranya dilawan kita pun lebih kurang sama dengannya. Tidur berasingan , mimpinya sama juga.
Kesimpulannya org sepertinya ibarat imam yg batal wuduk tak sah solat jemaahnya. Rajin solat m upah tk dpt . semacam labu, dibenakan melonjak lonjak sana sini, dalamnya kosong melompong. Pembohong besar rupanya.
Kalau “Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh”, dia adalah si sulung yg tak ada abangm, si bongsu tiada adik. Ini berbeza dengan sifat “ tenang2 menghanyut,semut terpijak tiada matinya, tapi alu tersepak patahnya tiga”.
Manusia yg bersifat seperti ini lain pula pembawaannya. Dia tak banyak cakap, suka tak suka dia hanya diam. Jika marah tak kenampakkan dan jika suka pun begitu. Di samping mempunyai kelebihan ada juga kekurangan tak disedarinya.
Dalam pergaulan, kehadirannya tak ada manfaat sekdr mengisi bangku kosong. Dalam pergaulan. Org seperti ini hanya mementingkan diri. Ke mana saja pergi dia diibaratkan membawa keris pusaka tersisip di pinggang tapi tapi tak pernah dihunus keluar sarungnya.
10 sen jer..

RM0.10 , 10 sen , 10 cents , .. atau aku panggil sekupang..apa yang kita boleh buat, kita tau pasal 10 sen .. ramai jer orang dok cakap pasal 10 sen tapi apa nilainya utk kita..sejauh mana nilainya utk kita? and what i'm supposed to do with 10 sen. errrr..as usual lah....all the syiling i got..emm RM only tau..I put directly into my lovely tabung...emm a nice tabung made from 5.0 ltr container of mineral water..support global warming dude.. keep recycling the waste..
10 sen kalau disedekah,besar manfaatnya. Tak kan susut rezeki seseorang dengan bersedekah ..percaya lah.. Ntah dari mana tetiba kita murah rezeki..emm mungkin dari sedekah kita dahulu..tak ada orang yang miskin kerana bersedekah !
10 sen.. kalau dikumpul harta kekayaan di dunia ni..chup kat malaysia ni pun jadi lah.. tak dak 10 sen tak dak lah juta2 ringgit.. jadi jangan nak hina :::
"10 sen apalah sangat boleh dibuat"
ramai jer org yg bilamana terjatuh duit 10 sen tak kan kutip balik..itu 10 sen..cam ne pula dengan nasib 5 sen dan 1 sen..lagi lah org tak kutip semula.. macam menghina duit tu ajer..seolah duit tu tak dak nilai..kot ye pun tak dak nilai..benda tu dah jadi sampah bagi kamu..ishh jgn hina rezeki..bergaduh depan rezeki pun tak elok masakn pula menghina nya lagi.
a good site where you can know what can you do with 10 sen.
***tngk pic tu.. 1971..rare coin tu.sekupang tahun tu memang susah nak jumpa...tak caya cek sekupang anda, kalau ada..boleh sy mintak?!