Yang Menarik Kali ini...

Followers

Saturday, July 25, 2009

Jin, Hantu, Keranda dan ... ?

(Untuk mereka yang berani sahaja)
Oleh saudara HAMKA

Aku tak rasa pelik sangat bila lihat ramai orang pergi berkunjung ke Pameran hantu di Shah Alam berduyun-duyun sesak beratur panjang mahu berjumpa jin dan syaitan. Tapi, Bila dijemput ke masjid menghadap Tuhan lengang pula…
Ini adalah kerana:
Perkara yang nak kena buat hari-hari adalah sangat mujahadah (susah), di bandingkan dengan perkara yang di buat jarang-jarang sekali!!!
Tengok masjid yang penuh sesak pada hari raya, awal ramadhan, malam nisfu sya’ban atau waktu tsunami… penuh!!!
Sebab perkara tu berlaku jarang-jarang sekali, sebab tu ramai yang pergi tunjuk perasaan atau keluar mengundi…kerana "jarrang-jarrang"… (gaya musang berjanggut)
Oleh yang demikian, amalan yang tertinggi dalam ugama adalah ikhlas, dan tanda amalan iklas adalah istiqamah.. maka beruntunglah mereka2 yang istiqamah solat kat masjid hari-hari!!!

Bercerita mengenai hantu...
Cuba korang bayangkan, jika jiran korang pergi kerja dengan terbang macam superman… tentu korang akan terkejut berok!, tapi jika hari-hari korang lihat jiran korang terbang pergi kerja maka ianya dah jadi perkara biasa.. bila member rapat dari jauh datang ziarah rumah korang pasti dia pulak yang terkejut berok tengok jiran korang terbang, tapi korang akan cakap.. :

Alahai..dah ‘fesyen’ dia begitu..

Begitu jugak dengan hantu..
Jika hantu selalu muncul dalam rumah korang.. mula- mula, tentu korang akan terkejut berok!, tapi jika hari-hari korang lihat tu maka ianya dah jadi perkara biasa.. bila member jauh korang datang ziarah rumah korang pasti terkejut pulak bila lihat hantu terbang dalam rumah korang, dengan selamba korang akan cakap.. :

Alahai..dan 'fesyen' dia begitu..

Dan.. Begitu jugaklah dengan kehebatan Allah..
Hari ni bila hari-hari lihat matahari terbit dari timur dan tenggelam ke arah barat..
Tiada orang yang terpegun pun…sebab dah hari-hari..

Bila turunnya hujan?
Korang tak pedulipun..

Bila berlaku gerhana?
Korang pun masih sibuk menonton TV…

Bila berlaku angin kencang..?
Masih makan keropok macam biasa.. tak ada apa apa yang pelik pun..
Malah korang akan cakap: ..dah 'fesyen' dia begitu..oh..

Tapi jika korang baca cerita Nabi SAW apabila berlaku peristiwa yang aku sebutkan di atas, barulah korang tahu bahawa betapa teruk nya aku!!!
Nabi akan bersolat bila berlaku gerhana, Nabi akan lari ke masjid bila angin kencang atau datangnya awan hitam, kerana nabi takut azab Allah…!!!

Tapi korang semua (aku dah start nak membebel) bila ada benda misteri sikit, maka apa reaksi korang?
"Oh peliknya.. ini misteri nusantara!!! "
"Mari semua di sini ada hantu bla bla bla bla..."
"Saya lihat hantu tu makan karipap"
"jangan, kawasan tu keras!!!"
"bla bla blah"!!

he he he, Cuba korang tengok belakang korang ada apa?.. ha ha ha..

(bayangkan seorang wanita sedang mengosok gigi dengan misai cukur kat belakang korang..darah membasahi dadanya..ha ha ha!!!)

---------

Ok, aku tak nak membebel hari ni,, aku nak cerita pasal hantu, jin dan keranda.. aku percaya dengan kewujudan keranda, aku selalu melihat keranda, pernah menangkat keranda..

Ok, makluk kedua adalah jin,.. jin pun memang aku percaya sebab ada tulis dalam Al-Quran,
Untuk jin, ada larangan dari Nabi SAW yg dah larang dia menjelma suka hati kat depan manusia, dan ada hadith yg benarkan dan halalkan kita bunuh jin kalau dia menjelma ke alam kita, ada antara Jin ni yang suka manusia cerita yg bukan2 pasal dia, suka mintak dan suruh korang buat benda2 pelik, supaya korang percaya dan buat kerja-kerja bodoh, jin memang suka tengok manusia buat perkara yg bodoh2. ingat manusia ni adalah sebaik2 kejadian…maka ada jin yg cemburu, setan lagilah jeles, tu yg tak nak sujud kat Nabi Adam tu…

Ada pulak yang mana bila nak buang air kecil mintak izin kat jin.., tok..tok.. cucu mintak izin.. tak payah. Ikut sajer cara Nabi istinjak… bila masa korang punya nenek kahwin dengan jin yang korang dapat pangkat cucu tu?…!!

Sihir?.. sihir pun aku percaya.. sebab pernah berlaku kat Nabi SAW sendiri.., ok, apa-apapun, aku bukan nak cerita pasal sihir, dan jangan sihir aku yang suka cakap besar ni.. kasihan aku, aku belum pergi haji lagi..isk.isk.... jangan santau aku... aku insan biasa...

OK, Malam ni aku nak cerita pasal hantu.. sebab aku langsung tak percaya dengan hantu!!! dan aku tak suka baca cerita hantu, aku juga tak suka orang cerita hantu depan aku... kat opis aku, mamat suka sangat cerita hantu!!
Aku kata:
Kalau hantu ada, silalah jumpa aku..ha ha ha!
Nampak macam berlagak aku ni, mamat cukup bengang dengan aku jika cakap pasal hantu, sebenarnya aku nak nafikan bahawa hantu tu takde kuasa dan hantu tu memang takde… yang ada hanya jin!!
Jadi jika korang percaya bahawa hantu ni adalah makhluk yang terjadi dari orang yang mati dan hidup balik seperti puntianak misalnya,, aku memang tak nak berdebat dengan korang, jangan email aku dan jangan santau aku!!!, orang yang dah mati atau dah jadi mayat ni pergi dua tempat sajer, iaitu lembah neraka atau taman shurga.. terbang terbang balas dendan sambil ketawa mengilai-ngilai.. he he he...lantak engkauler..

Walaubagaimanapun, aku pernah mengalami beberapa pengalaman misteri di nusantara ini... dan aku nak jadi mat bosan dengan cerita pengalaman hidup yang mungkin akan memboringkan korang... kalau dulu aku pernah cerita pasal 'jejak Rasul' (rujuk: Kiamat sudah dekat), malam ni aku nak cerita pasal 'jejak hantu' pula he he he.. semua adalah kisah benar!!!

HANTU TINDIH

Aku dulu cukup berlagak dan memperli orang yang bercerita di tindih hantu dengan menuduh bahawa mereka mengada-adakan cerita.. hinggalah pada umur aku 19 tahun.. aku telah di tindih hantu ni..sesak nafas aku di buatnya..aku rujuk ustaz.. menurut ustaz itu adalah jin,
ok, aku percaya dengan kewujudan jin, maka la ni jika aku kena tindih, aku akan bukak mata dan cakap dengan susah payah kat jin tu..”tunjukkan muka engkau..aku nak tengok”… lepas tu terus jin tu blah.., !!!!

kepada jin: aku maafkan dosa kau kat aku...

PUNTIANAK

Kejadian ni berlaku waktu aku berumur 20 tahun..aku dah sahabat (sekarang kerja JVC shah Alam..mr, Hanafi) sedang naik motorsikal secara membonceng..baru balik minum ait teh’ tarik dan roti canai..jam masa tu satu pagi, tiba tiba ternamapak satu objek terbang bersaiz manusia dan berwarna putih menuju ke arahku..
Aku tak panic.. Hanafi juga tak panic.. kami tak panic orangnya... tiba-tiba benda tu singgah kat lampu jalan.. nampak macam puntianak jika di rujuk dengan filem puntianak..

Tapi oleh sebab lampu jalan itu terang menyebabkan retina mataku tak dapat menerima beban cahaya yang lebih..maka kami perlu lebih banyak berkelip untuk menyelaraskan cahaya yang masuk kedalam mata..hingga satu tahap anak mata jadi berpinar sebab lama sangat tengok lampu jalan yang terang itu... hingga bila di alih pandangan kat tempat lain masih kabur dan waktu tu lah puntianak itu mengambil peluang untuk blah..bila kami tengok balik dah takde..

Kami mencari-cari dekat belukar berdekatan sambil menjerit: puntianak di mana engkau keluar!! Aku nak cabut paku kat tengkuk engkau!! Keluar..!!! (orang muda memang gila!!!)
Sampai sekarang dan dah hampir 8 tahun peristiwa itu berlalu..puntianak itu tak muncul-muncul..
Aku rasa mungkin itu adalah burung besar warna putih.. kepala hitam, dan bersaiz manusia..bisik hatiku yang mencari logic sains..
Apa apapun jika itu adalah puntianak silalah jumpa aku sebab nak tolong cabut paku kat tengkuk engkau ha ha ha ha!!!! ( lawak seram keh keh keh)

PELESIT

Kejadian ini berlaku waktu aku berumur 22 tahun iaitu ketika aku memandu seorang diri dalam perjalan dari KL ke terengganu, sampai di Paka aku berhenti untuk solat jamak takhir bagi magrib dan isyak.. lepas solat rasa nak berak..jam lebih kurang 3 pagi.. masa aku nak masuk tandas, tiba-tiba dengar suara orang panggil nama aku, cis! Ini bukan kampong aku, mana ada orang kenal aku... agaknya hantu tu tengok IC aku kot.. aku buat tak peduli, dan aku anggap ni ujian dari Allah untuk tingkatkan iman aku.. Kalau betul engkau hantu, tunjuklah diri engkau, tak payahlah nak sembunyi-sembunyi.. bila aku cakap macam tu suara itu hilang dan nafsu berakku makin kuat.. dalam jamban aku pun berak, tiba2 dari luar aku dengar air paip di bukak..

(bayankan bunyi air paip mengalir)

Aku berasa lega kerana mungkin ada orang lain yang singgah solat, tapi ada perkara yang lebih dahsyat lagi berlaku dalam jamban.. ada bunyi pelik dari lubang tandas, aku tengok bawah..oh! banyaknya darah!!! Aku raba punggungku dengan tangan kiri ku.. darah pekat mengalir dari punggungku..yang peliknya aku tak rasa sakit, aku pun cuci punggungku bersih bersih dan keluar..dan kat luar memang takde orang!!

Aku yang masih panic dengan darah di punggungku terus balik drive.. Dalam perjalan pulang takde pulak hantu cantik tumpang kereta aku, sampai di kampong aku berak lagi, tapi tahik normal yang keluar..

Dan sampai sekarang, kejadian berak berdarah tidak pernah berlaku, jadi jika ada antara korang yang kerja doctor boleh tak jelaskan kenapa kejadian berak berdarah itu berlaku?,
Adakah ada kaitan dengan hantu atau jin?yang mana pihak jin itu telah buat kesan khas kat mata aku, Atau itu adalah gejala buasir? Atau itu tandanya aku nak jadi mayat?..tapi itu dah berlaku 6 tahun yang lau, sampai sekarang tahik aku normal..coklat/kuning.. aku malulah nak pergi klinik..nak kena tunjuk punggung, I malu lah,, tolong ye mana-mana doctor silah email aku…he he terima kasih.

TOYOL

Masa aku duduk asrama dalam form 5 dulu- dulu , ada satu lawak khas untuk junior iaitu lawak toyol.. iaitu satu orang senior akan panggil seorang pelajar baru yang nak pergi mandi dengan bertanya:
Pernah tengok toyol tak kat asrama ni? Sebab kat sini ada banyak toyol..lalu menarik tuala junior tu …lawakkah?(zalim aku rasa…)

Lawak toyol ni menjadi lawak bagi aku bila buat kat isteri aku yang baru lepas mandi he he he…

Nota: salah satu tujuan blog ini di tubuhkan adalah menggalakkan muda-mudi berkahwin..tak percaya cuba korang rujuk mana-mana post yang terdahulu..
Bagus tak aku? yg selalu ajak korang buat masjid, pergi masjid, bina masjid he he he..tapi pada isteriku, abang tak berniat nak tambah masjid lagi …oh..

Berbalik pasal toyol… satu hari kat opis aku ada derma tergempar dalam meeting.. maka masing2 keluarkan dompet untuk menderma secara terang-terang..
Tiba-tiba ada bebarapa kakak-kakak dan makcik-makcik gelak tengok dompet aku..
Sebab duit aku tak letak dalam dompet tapi dalam uncang.. nak ikut sunnah Nabi.

Nota untuk mu’alaf:
Sunnah Nabi adalah simpan duit dalam uncang-alahai, yang selalu pendekar zaman dulu isi duit emas yang ada jerut tali tu…

Maka aku di gelaknya sebab macam orang tua katanya aku ni..
Aku kata:
Tahukkah korang? Bahawa di johor pernah satu kampong tu duit semua penduduknya hilang kena curi dek toyol..walaupun letak dalam peti besi..tapi ada satu orang makcik tu duit dia tak hilang sebab simpan wang dalam uncang.. bila di tanya pada ustaz, ustaz kata..kerana itu adalah sunnah nabi... dan setiap sunnah nabi ada Nur tersendiri yang mana setan dan makhluk halus sangat takut…

He he he..lepas tu semua akak-akak dan makcik2 tu order dengan aku suruh beli jugak uncang sebab takut duit hilang toyol ambik.. begitulah nampaknya orang melayu ni.. kalau ada perkara ghaib dan misteri terus ambik peduli.. patutlah bila buat pameran hantu, jin dan keranda berduyun-duyun datang.. !

Nota: cerita yang berlaku kat johor tu aku ambik dari ustaz A(rujuk post: kiamat sudah dekat)

LANGSUIR

Ni pulak masa aku form 3, sedang ikut geng-geng pengakap berkhemah di dalam hutan di kaki bukit Chendering..10 km dari kawasan penduduk manusia.. macam biasa berkhemah yang tak mengikut ugama islam suka buat perkara yang merepek-repek…
Malam itu aktiviti kitaorang adalah duduk keliling api sambil setiap orang kena bercerita atau menyanyi..sampai turn aku..aku bercerita..cerita LANGSUIR hisap darah manusia.. menjerit2 jerit diorang suruh aku berhenti..ha ha ha.. katanya sat lagi langsuir akan datang, mereka percaya jika cakap langsuir malam-malam maka langsuir akan datang, cakap harimau, harimau akan datang, ada pulak satu orang samseng nak pukul aku kalau tak hentikan cerita tu..aku cakap: kalau kau pukul aku, aku suruh langsuir tu datang gigit tengkuk engkau..ha ha ha terus tak jadi pukul.. penakut betullah samseng ni..

Lepas tu aku jelaskan pada diorang..bahawa, jika korang yakin dengan sebut langsuir, maka langsuir akan datang dan memudaratkan korang, aku kata itu salah sebab ada unsur shirik dan khurafat.. dahyat masa tu dah tahu apa itu shirik dan khurafat.. tapi bapak aku yang ajar sebenarnya.. jangan yakin dengan makhluk.. jika diorang suruh aku terangkan ap itu khurafat.. jenuh jugak aku nak kelentong masa tu.. seperti biasa, langsuir tak datangpun.. aku bukan nak cakap besar, aku nak belajar yakin bahawa kata-kata tak boleh bagi mudarat..dan Langsuir memang tak boleh bagi mudarat!!!!

Cuba korang tengok dekat langsir rumah korang..ada nampak tak Langsuir…he he heeee! Mana Langsuir mari tolong korang pasang langsir ha ha ha!

HANTU AIR

Kejadian ini berlaku semasa lepas SPM dulu-dulu.. Aku dan rakan-rakan pergi mandi air sungai kat jeram Manir … jauh dari tempat orang ramai, aku ni mandi memang suka pakai kain pelekat atau kain batik.. sedang asyik mandi tiba-tiba ada macam jari-jemari menarik kakiku..ok, mungkin ranting pokok… tapi yang lebih haru, kain pelekat aku di lucutnya… dan lebih haru lagi kain itu membelit di kakiku… kaki ku tak boleh bergerak.. dan aku lemas, air masuk kedalam paru-paru..aku mengelumpur.. jahanam punya kawan, di gelaknya aku.. diorang fikir aku main-main, aku mula tenggelam dan hilang dari mata mereka…

Aku pun jadi mayat..he he he, mana boleh hero mati lagi..dalam air aku bergelut dengan maut..wah..wah..wah, cantiknya bahasa aku.. sebenarnya dalam air itu aku membuat keputusan, antara kain pelekat dan nyawaku.. oleh sebab aku seorang yang waras..dan masih waras .. di dasar sungai itu aku meleraikan kain pelekat yang membelit kakiku.. selamat tingal kain pelekat ..oh.. lalu aku timbul dan bersyukur kerana dapat menarik nafas dan mengisi paru-paruku dengan oksigen yang bersih yang di ambil dari atmosphera bumi ini..

Apa aku merepek ni, mana hantu air tu hamka!!
Hantu air itu adalah aku yang bangkit dari air dalam keadan berbogel lalu menyepak punggung kawanku yang membiarkan aku hampir menjadi mayat tadi..
Err, siapa yang duduk jeram manir terengganu, jika jumpa kain pelekat yag berwarna biru, itu aku punya..kembalikan kain pelekat ku!!! KEMBALIKAN!!!

JEMBALANG
(Hantu Berok)

Pada suatu malam yang sunyi, jam 12 malam, sedang aku bawak keretaku dengan lajunya.. tiba tiba seekor berok besar betul betul berdiri depan kereta aku.. kami bertentang mata seketika sebelum..

GRAASSSS!!!! (bayankan bunyi letupan bom!!!)

Sahabatku yang tumpang aku (sekarang mengajar di kemaman, mr. Samsul) ketika itu terkejut berok dan akupun juga terkejut berok bila melanggar berok kerana berok itu luar biasa besarnya…berok betul!!!
Aku brekkk… perkara pertama aku lihat adalah bumper keretaku.. habis pesah..lampu jugak pecah..oh.. duit-duit.. Allah yang bagi duit.. Allah juga yang ambik duit..

Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api nereka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Pujuk aku.. pada bumper keretaku..sebanarnya pada hatiku.. oh..

Tapi yang peliknya..berok itu takde.. satu titik darah pun takde… puas aku dan kawan aku carik tapi tak jumpa.. kawan aku buat kesimpulan yang aku telah melanggar jin..

Lalu terbitlah cerita akan pernah isteri sahabat membunuh seekor ular, tiba2 ular itu hilang..tak lama kemudian datang jin untuk balas dendam, tapi Nabi Muhammad SAW, larang jin itu kerana itu adalah salah jin itu sendiri yang menjelma depan manusia.. panjang nak cerita, baik rujuk ustaz..

Lepas hantar member aku balik, baru aku ingat malam tu aku kena tidor sorang kat rumah kerana waktu tu bini aku berpantang kat kampong.. penakut jugak aku ni, sebab malam tu aku tidur sambil pegang parang.. kekekkeke , takut-takut member berok tu datang atau jin yang datang.. oh..

Pada keesokkan harinya… tiada berok yang datang membalas dendam, (aku bukannya sengaja) tapi aku kena bayar duit kat pomen kereta.. OH.. indahnya ujian ini.. pujuk aku pada diri sendiri, patutnya berok tu yang kena bayar kos !!!!

ZOMBIE

Ha ha ha, inilah kenangan yang paling dahsyat di asramaku… pada malam hujung minggu di waktu jam hamper 10 malam, kebanyakkan penghuni asrama sibuk dengan urusan masing-masing, ada yang study, ada yang menonton TV ada yang tidur dan pelbagai aktiviti lagi..aku yang baru lepas solat duduk baring atas katil dan aku nampak seorang samseng sedang duduk memotong kuku di atas kolah…

Di asrama kami ada kolah yang besar, yang di gunakan untuk penghuninya mencuci baju, mandi atau sebarang aktiviti yang melibatkan air. Dua orang samseng lagi sedang bergurau-gurau di tepi kolah itu…tiba-tiba mereka terlanggar si samseng no 1 dan si samseng no 1 itu jatuh ke dalam air bersama-sama pemotong kuku.. si samseng no2 dan si samseng no 3 tergamam, menjelang kemurkaan si samseng no 1, bangkit dari air lalu cuba mengcampakkan si samseng no2 ke dalam air, si samseng no 2 memberontak, maka dengan bantuan si samseng no 3, mereka berjaya mencampakakn si samseng no 2 ke dalam air..si samseng no 1 dan si samseng no 2 ketawa di tepi kolah, tiba-tiba si samseng no 1 menolak pula si samseng no 2 yg sedang ashik ketawa ke adalam kolah.. tiba tiba mereka bertiga semacam di rasuk hantu air..siapa sahaja yang berdekatan dengan kolah akan di campakan ke dalam kolah.. dan bilangan mereka semakin ramai.. habis semua penghuni asrama di serangnya..ditangkap dan di campakkan ke dalam kolah..

Penyakit itu merebak dengan cepat..bilangan 'hantu kolah' ini terus meninggkat hingga mencecah seratus orang, bermakna ada hamper 400 orang lagi yang belum di jangkiti 'virus' ini.. yang belum di campak mula panic dan lari untuk menyelamatkan diri.. aku yang sedang berbaring dan menyaksikan kejadian tadi dari dorm ku mula gelabah, aku yang berbaju melayu dan berkain pelekat cuba lari dari mereka, tapi mereka terlalu ramai, tangan dan kakiku dipegang, lalu aku juga di campakkan ke dalam kolah..jahanam!!! mereke ketawa beramai ramai..

Aku juga mulai gila seperti mereka..lalu kami berpecah dan menyerang semua penghuni asrama, ha ha ha, yag sedang tengok TV semuanya di campakkan ke dalam kolah, yang baru balik study dari kelas dan tak tahu apa-apa bertanya..kenapa ni?..ada pesta air ke..?
Aarghhh, dia juga di campakkan ke dalam air, yang baru balik dating dengan baju kemas.. ha ha ha !!! pun kena campak gak..ada yang bijak dengan terus menukar baju mandi, maka kuranglah sikit penderitaan bila di campakkan ke dalam air..
Bilangan 'hantu air' ni makin ramai, dan yang paling haru..yang sedang tidur.. tak tahu apa-apa, tiba2 tangan dan kaki ditanggkap dan di campakkan ke dalam kolah..oh..apa dosa aku, fikirnya sambil termenung di pinggir kolah..

Begitulah yang berlaku pada malam yang dahsyat itu..semua penghuni asrama kena campak dalam kolah…ha ha ha!
Kerana itulah aku namakan cerita ini cerita ZOMBIE,,hihihi
Walaupun aku tak suka dengar cerita hantu, tapi aku suka tengok movie zombie!!!
Yes! Mayat hidup makan org, lepas to org yg dimakan jadi pulak mayat
hidup…
Aku lebih suka zombie yg boleh speed..macam ‘Dawn of the Dead’..cuak betul..
Aku suka tengok adegan yg brutal..lapah org..darah sana sini..oh..
Aku suka tengok manusia hilang akal, menangis, mengelabah..tak tahu nak
buat apa bile di kepong zombie…hmmm baru nak mintak tolong kat tuhan…

Antara sebab Aku suka tengok movie zombie style sebab:
Hantu tu real..maksud aku tak lah boleh ghaib, terbang dan ketawa
mengilai2…pergi curi baby org..serta takut pada azimat…bla bla bla..ni biasanya hantu melayulah nie..oh..
Begitu jugak dengan ugama, aku tak suka dengan kenyataan hanya ustaz atau ulamak yang boleh berdakwah… huh samalah macam hantu melayu, hanya ustaz dan tok bomoh sahaja yang boleh bunuh hantu, mana best tengok cerita macam tu.. harap makhluk!!
Cerita zombie bezt, Zombie ni boleh di bunuh…so ada peluang nak bunuh zombie ni..pecahkan
kepala otak dia…
Sape2 pun boleh…
Tapi awas, Satu gigitan cukup untuk buat korang jadi zombie…ini hakikat
hidup..iaitu kita semua akan jadi mayat…

Cerita terbaru zombie yang aku tengok adalah "Land of the Dead:. banyak betul mayat dalam cerita ni..(umat menderita habiskan masa lapang).
Aku nak buat ulasan filem sikit..(Orang sibuk nak buat ulasan, aku pun nak buat ulasan filem gak…)
Cerita ni mengisahkan tentang satu penyakit dah serang manusia yang mana manusia ni jadi mayat hidup @ zombile…lepas tu bila zombie ni gigit org pulak maka jadilah org tu mayat hidup, dan cara nak bunuh mayat hidup ini adalah dengan pecahkan kepala otak dia, ikut koranglah nak guna pistol ke, pisau ke, lembing ke, cangkulke, spatula ke.....bila mayat hidup ni dah pecah kepala maka jadilah mereka mayat kekal, macam kita biasa tengok tu…jadi hero cerita ni dan awek dia selamat coz diorang terer.

Tapi yg bagus ;pengajaran cerita ni semua org berpeluang jadi mayat hidup walaupun kaya duduk dalam tempat bagus yag mana akhir sekali para zombie ni ceroboh tempat diorang dan makan diorang.kekeke
Akhir sekali yang selamat pergi cari tanah baru naik lori tapi akhirnya jadi mayat jugak, pelakon, pengarah, kru2 semua akhirnya jadi mayat. penjual tiket wayang, tukang koyak tiket dan para penonton semua jadi mayat...
Lepas tu korang yang baca blog ni pun jadi mayat gak (aku pun), yang tak baca blog ni pun jadi mayat.
Kesimpulan cerita ni: semua orang akan menjadi mayat.

Moral: Manusia (dlm cerita ni lah) berusaha untuk tidak menjadi mayat hidup akhirnya manjadi mayat kekal....menjadi mayat kekal tak de masaalah tapi kekal dalam neraka tu masalah besar...!(apabila panggung wayang runtuh maka ramailah penonton menjadi mayat)
Sekian: BELIA BENCI MAYAT HIDUP!

MAK LAMPIR

Cerita ini akan memaparkan bagaimana sebuah cerita hantu itu wujud, aku sendiri hampir menjadi salah seorang yang mempunyai kenangan hitam dengan makhluk hantu itu, masa aku darjah enam, jam satu atau 2 pagi lebih kurang aku bangun dari tidur kerana rasa nak kencing… masa aku kencing dalam jamban (tandas)..aku terdengar bunyi bising binatang ternakkan di luar jamban..

Nota: dulu, rumah aku ada tandas yang di buat dari zink dan berhampiran dengan reban ayam dan itik… sekarang dan naik taraf jadi simen dan berjubin..

Oleh kerana ada lubang-lubang kecil dari celah zink maka aku mengintai ikut salah satu lubang dan alangkah terkejutnya aku… darah menyirap… jantung berdegup kencang!!!
Aku telah lihat dengan mata kepala ku akan wajah lembaga yang sangat hodoh… matanya bulat gelap, dan pipinya berkedut kedut dengan lemak yang tebal dan menggerutu..apatah lagi warna nya merah dan berbintik-bintik…

Tak lama aku pandang dan aku terus tutup mata.. perlukah aku keluar dan bersekemuka dengan makluk itu…? Kenapa dia juga mengintaiku?
Tapi aku beranikan diri untuk melihat sekali lagi… alang alang dah jumpa biar aku tengok bentuk badanya yang lain.. sebab tadi aku hanya nampak separuh dari mukanya..

Bila aku mengintai sekali lagi.. aku tengok balik matanya yang berklip kelip itu.. aku tengok lagi betul-betul, ada muncung!!!, cis!! barulah aku tahu bahawa itu adalah ayam… tadi aku nampak separuh jer sebab screen yang kecik kat lubang zink tu..cis, ! dan cis!!

Andaikanlah aku tidak melihat sekali lagi dan terus lari, maka tentu sampai sekarang aku akan cerita kisah hantu bodoh tu dengan korang…oh!

Jadi moralnya, jika korang nampak hantu atau benda aneh, jangan terus lari, selidik dulu, kalau betul hantu, tanya dia buat apa kat sini,, kalau boleh dakwah sikit kehebatan Allah, kalau dia kapir, ajak masuk islam..arggh..lantak koranglah nak buat apa-apapun, aku kalau orang cerita hantu yang dia nampak terus lari, aku tak percaya, malahan aku cakap, suruh hantu yang kau jumpa tu jumpa aku, ha ha ha!!!!!!!

HANTU KUBUR

Kalau korang ada anak, dan bila dia menangis malam-malam, orang tua kata itu adalah sebab terlalu banyak bermain dan ketawa pada waktu siang... kesoronokkan yang keterlaluan dalam permainan menjadi mimpi ngeri dalam tidurnya... aku jika anak aku menangis pelik pada malam2 macam ada ganguan jin, aku akan ambilkan anak aku air wudhu.. alhamdulillah terus senyap.. ada Nur agaknya..

Untuk kitaorang pula dikatakan dalam kubur nanti kita akan berjumpa dengan segala 'keseronokkan hidup' yang melampau dalam bentuk hantu kubur..
Seperti dalam satu sajak..

Copy/paste sajak sakaratul maut...aku ambik part dalam kubur..
(sebuah sajak al -alrqam yang popolar sekitar 80-an dulu)

"....Lalu datang kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya,
buruk pakaiannya,
busuk baunya.........

siapakah engkau?
Akulah amalanmu yang keji.............................."
Kini aku diazab dan diseksa di dalam kubur, menunggu-nunggu doa dari anak- anak yang soleh.

Mana doa dari anakku seorang doktor?

Mana doa dari anakku seorang jurutera?

Mana doa dari anakku seorang peguam?

Mana doa dari anakku seorang akitek?

Mana doa dari anakku seorang profesor?

Mana doa dari anakku seorang bomoh?

Mana doa dari anakku seorang blogger?........................................."

MANA?..........................................

MANA? ........................................

MANA?...................................???

SEKIAN....

Jadi secara kesimpulannya, bila dengar cerita hantu ada kat sebuah rumah kita dah takut dah nak dekat dengan rumah tu, tapi dalam kubur kelak.. duduk sorang sorang selama 40 ribu tahun paling minimum... lepas tu ada 'hantu' pulak yang bukan setakat menakut-nakutkan korang..tapi di seksanya korang!!! ..

semoga aku dan korang semua bila jadi mayat kelak, selamat dari azab kubur!! AMIN!!!

ps: (Orang yang bertanya mana?mana?mana? tu adalah seorang mayat)
ok, selamat malam...

1 comment:

Umi Nazrah said...

mak aih, byk tul cita nya

^_^

continue reading

Related Posts with Thumbnails