Yang Menarik Kali ini...

Followers

Thursday, June 4, 2009

Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh

“Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh” bermaksud seseorang yang begitu hebat bertutur kata di depan kawan2 utk menunjukkan kemampuan serba boleh , tahu dan mampu dalam apa jua bidang. Baginya tiada bukit yang tinggi @ jurang yg dlm. Semuanya blh ditmpuhinya. Tapi ini hanyalah dlm ceritanya saja.

Bila cerita mengenaii keberanian, maka dialh orgnya , tak kenal erti takut walau dgn siapa pun. Kadang2 dia lupa bhw dia bercerita pd waktu mlm dgn kwn2 disedari hari pun dah larut malam. Dakwat habis, pen pun patah, punggung pula minta dibaringkan, maka masing2 bersurai utk pulang. Tapi tetiba beridiri bulu tengkuk si serba tahu , terbeliak biji matanya menoleh kiri kanan kerana takut kpd hantu raya merayau waktu malam. Tanpa disedarinya terkeluar dr mulutnya utk mengajak kawan2 berkonvoi bagi perjalanan pulang. Itulah yg dikatakan “Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh”. Ia juga diibaratkan “ayam jantan menjadi raja di lesung, berkokok rajin, terajang tidak ada, digertak ayam betina, kucup dua sayapnya.


Nyaring kokoknya, tiada siapa yg dpt menandingim berjalan mendada, bahu ditinggikan dan pandangan mata ditajamkan utk menandakan kehebatannya bukan sekadar pakar dlm ilmu persilatan, tpi semua jenis ilmu mempertahankan diri. Secara kebetulan bila berselisih dgn org bermisai tebal dan tersepak pula tumit kasutnya maka dia diherdiknya oleh lelaki itu. Maka, misai lentiknya terkulai dengan sendirinya, bahu yg tinggi layu ke bawah dan dada yg busung cekung ke dlm. Itulah org yg “Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh”.


Di mana saja duduk berbual, pasti tinggi buih pada gelas, pantang baginya mengalah. Ceritanya seperti kacang direndang dalam kuali, bunyinya meletus ke sana sini , diiringi pula dengan gelak berderam-deram, rokok kawan terus disambar. Org senyum disangka menyokongnya. Hadis nabi macam air terjun. Hukum hakam tahu segalanya, manti ma’ani , tafsir kahzen Imam Ghazali dihafalnya. Tapi jgnkn menunaikan solat lima waktu, ambil wuduk pun tak pernah kelihatan, inikan pula pergi ke masjid. Jika ada pun sekali setahun , semua org tahu bila masanya.

Jika ada org bertnya, beliau menjawab “ martabat saya sudah tinggi, setahap wali, saya dah dapat kesimpulan hakiki dlm islam, iaitu ilmu hakikat dan makrifat, solat lima waktu itu peringkat rendah , tidak perlu , bagi tahap saya cukup mengingat saja, ke Mekah sekelip mata, ke syurga dgn nafas. Kahwinnya pun dalam syurga, Allah menjadi wali, kalimah syahadat sebgai maharnya dan malaikat sebagai saksinya. Jika bab wanita disebut, baginya mudah saja, kalau dah suka sama suka, maka itu sudah halal, halal dilakukan sesukanya. Itulah dia “Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh”. Cerdik beliau tk dpt dikuti, pandir beliau tk blh diajari, besar hentak tapi tak lalu, besar suap tapi tak kenyang.

Jika berdepan manusia seperti ini m jgn dilawan, jgn dibantah bicaranya, lapangkan saja dada, pekakkan saja dua telinga. Pendek kata, pilih jln selamat, sekiranya dilawan kita pun lebih kurang sama dengannya. Tidur berasingan , mimpinya sama juga.

Kesimpulannya org sepertinya ibarat imam yg batal wuduk tak sah solat jemaahnya. Rajin solat m upah tk dpt . semacam labu, dibenakan melonjak lonjak sana sini, dalamnya kosong melompong. Pembohong besar rupanya.

Kalau “Beriak tanda tak dalam, berkocak tanda tak penuh”, dia adalah si sulung yg tak ada abangm, si bongsu tiada adik. Ini berbeza dengan sifat “ tenang2 menghanyut,semut terpijak tiada matinya, tapi alu tersepak patahnya tiga”.

Manusia yg bersifat seperti ini lain pula pembawaannya. Dia tak banyak cakap, suka tak suka dia hanya diam. Jika marah tak kenampakkan dan jika suka pun begitu. Di samping mempunyai kelebihan ada juga kekurangan tak disedarinya.

Dalam pergaulan, kehadirannya tak ada manfaat sekdr mengisi bangku kosong. Dalam pergaulan. Org seperti ini hanya mementingkan diri. Ke mana saja pergi dia diibaratkan membawa keris pusaka tersisip di pinggang tapi tapi tak pernah dihunus keluar sarungnya.

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails