Yang Menarik Kali ini...

Followers

Wednesday, May 25, 2011

LOADING... faktor kenapa aku tak nak ke blog kamu.

It's true. faktor loading time menjadi faktor kenapa ada sesetengah blog yang buatkan aku tak mau lawati . Terlalu lama nak load satu page especially main page / Home . Yang membuatkan lama ialaha kerana ada macam macam aplikasi , javascript , photo , flash yang pc aku ni nak kena download / loading. Especially site yang banyak iklan .. hahaha.. apizz.. bila nak kurangkan iklan ?

macam mana nak tau loading time .. mudah.. ada macam macam tester . Mostly real time. however keputusan may vary dari pc ini dan pc lain sebab ianya bergantung penuh pada speed internet , server dan lain lain.

boleh cuba ini

  1. Speed Test
  2. Pingdom Tools
  3. http://www.websiteoptimization.com/services/analyze/
#
 Domain name Size Load Time Average Speed per KB
1arpiiz001.blogspot.com120.4 KB0.14 seconds0 seconds

2sungaisedim.blogspot.com172.02 KB0.22 seconds0 seconds

3inikisahtia.blogspot.com62.38 KB0.13 seconds0 seconds

4sukahatiadam.blogspot.com330.07 KB0.2 seconds0 seconds


Sunday, May 22, 2011

I can't take my eyes of You

"Dah lama dah " ... pernah dengar ungkapan ni ... hehhehehe.. recall...ini kan ungkapan Tun Mahathir kita masa nak letak jawatan dulu  . Sebenarnya nak cakap , dah lama dah minat dan follow up cerita ni


K... ni bukan nak cakap pasal dia tapi pasal photo...err.. x cakap pun tak pa  kot " Pictures can tell you everything " . Since banyak masa depan tv.. channel 711 dah menjadi channel faveret termasuk 710 .. tau kah channel apa ?
Kalau hangpa minat.. just share with me.. sapa yang hangpa minat .. aku .. dah tentu lah agent Ziva .. muahahaha.. adorable !

Mau bagi trip percuma di sungai sedim

Ni nak bagitau , http://sungaisedim.blogspot.com dah offer trip percuma . Walaupun percuma tapi kena lah usaha dulu ... penuhi syarat-syarat berikut.


  1. Jadi contact person/ incharge person yang dealing dengan saya
  2. Bawa peserta seramai 40 orang. Jika kurang tapi lebih dari 30 .boleh dipertimbangkan juga.
  3. JIka pakej bernilai RM200 , maka anda layak terima satu pax pakej percuma.
  4. jika tak nak pax percuma, boleh terima RM100 bagi pakej RM200 dan keatas atau RM50 tunai bagi pakej RM200 kebawah
oohh...ramainya nak kena bawa.!!  emmm...ya kalau sikit macam mana nak bagi percuma. nanti saya tak leh nak cover balik modal trip percuma awak tu.

macam mana nak cari seramai tu .. mudah !
Usahalah buat trip jabatan , kelab , kelas , Universiti anda utk kemari. Macam macam aktiviti boleh dilaksanakan seperti water rafting , camping , teambuilding , kayak , mendaki gunung dan macam-macam lagi. Sila selongkar blog tersebut untuk tahu lebih lanjut aktiviti yang ada.


rehatkan mata, minda dan badan.. tenangkan hati

Betul betul selesa , segar pabila mata memandang gambar ni. tak jemu jemu . tenang sesangat rasanya.

Wednesday, May 18, 2011

Politik : tak jemu ke ?

skrang ni aku nak galakkan adik adik dok depan tv menonton berita jam 8 ?tidak lagi. sebab berita dipaparkan pada aku dah tak logik, rasional dan ada sesetengah tidak berunsur berita.Dan paling memualkan, berita dijadikan nadi politik. weekkk... mual dah ngan politik. tak abis abis.. berita tu sebaik baiknya dijadikan saluran untuk pemberitahuan UMUM kepada rakyat. Bukan berunsur fitnah , dakyah , hasutan , gimik ke arah politik.

emmm... pendek kata.. tok sah tengok berita.. baca paper lagi bagus.. kalau rasa tak mau tau tak perlu baca ..baca berita lain .. tak macam berita tv.. kalau tak mau tau , terpaksa juga tengok slot berita tu.bukan boleh pilih pilih.

cakap tentang politik ni .... kita ni kena rasional skit lah .. kalau selalu dok tengok tv , paper haluan kerajaan  pun tak ok gak.. cuba lah beralih ke paper lain .. baru pro dan kontra .. sebaik baik nya buat keputusan ( politik) bukan dari sebelah telinga dan mata sahaja .. both side kita mesti tahu .. dah tahu both ... baru kita decide yg mana benar mana yang fasik ..

bukan nak ajak berpolitik .. cuma nak ingatkan jgn mudah percaya sebelah pihak sahaja. kita dikurniakan akal .

Sunday, May 15, 2011

Bila Bintang berbicara.. aku tak keseorangan

Tahukah kalian apa makna disebalik FRASA
"Bila Bintang berbicara.. aku tak keseorangan"  

yang secara langsungnya menjadi title kepada blog aku ni ?

nak juga tahu pe pandangan / apa yang hangpa faham dengan frasa tu.

Saturday, May 14, 2011

Kehebatan 3310 VS android hp ... + Iphone ?

Semasa membaca.. .. imagine kartun dibawah ini dalam motion ok



Pengajaran : barang lama masih berguna . begitu juga orang tua kita ! hargai ia sebenar benarnya.

Friday, May 13, 2011

Minyak Naik harga..kamu naik minyak !

wah.. panas2..ini lah isu semasa ....err dah bape hari arrr selepas N...b selaku wakil kerajaan tidak mengumumkan kenaikan harga minyak utk pasaran tempatan..tak yah nak terang ...hangpa pun tau cam ne reaksi rakyat.. sana sini dok canang tak puas hati.. kerajaan tak berhati perut, rampas duit subsidi , susahkan lagi org susah , dulu wang saguhati 150 utk motor 625 utk kete  tak cukup..dngr berita  katanya ada rancangan nak berpiket lepas solat jumaat kat kl nun sana.. media masa dok canang isu ni jer cam tak dak isu lain dah... dan apa pula reaksi hangpa ?
hehehe dan reaksi aku pula ? mesti lah aku ada reaksi .... aku kan manusia ..rakyat malaysia wei...bukan pati...emm pati pun terkena juga dngn tempias minyak naik harga ni... kerajaan naikkan minyak, rakyat naik minyak!!! hahhahahaha.....
sebelum aku habaq apa reaksi aku.. emm aku nak huraikan dulu phrase2 yg aku colorkan tu suma... aku nak melencong dulu ...
Rampas duit subsidi? helloo..celah mana pula kerajaan rampas subsidi...kerajaan kita ni bagi duit tu atas dasar nak jaga kepentingan kita , nak bagi kita ni sejuk hati, nak bagi kita ni ada modal , ada harapan nak mara ke depan , nak terus bergerak , nak bg kita lebih kuat berusaha , pendek kata kerajaan nak tolong kita....kalau kita ni org tiba2 mai tolong kita , ada ka patut kita persoal lagi k"awat tolong sampai sini saja..baik tak yah tolong"..lagi..... "awaat derma banyak ni ajer..kedekut" ... awat tu.. awat ni.. pasal pa macam tu macam ni.... chupp... hangpa ni teruk sangat ka... kalau dah kata nama " pertolongan " tak kisah la sejauh mana pun yg org tu nak tolong kita, kita tak boleh nak pertikai lagi.. ada kat patut.. bodoh ! sombong namanya ... dah nama tolong.. dah tentulah suka hati dia lah nak tolong setakat mana dia nak tolong... aku bagi satu situasi.. katakan hangpa la ni tngh tersepit tak dak duit nak teruskan hidup, p keje balik keje..dapat gaji tapi habis juga.. tetiba kawan kita mai tolong kita...tak pa hang pakai dulu duit aku ni..sok2 hang dah senang , baru hang mai bayaq..kalau tak..aku halalkankan saja.... dan kita pula p nak persoal...hello...kalau hang ni setakat nak tolong aku bagi banyak RM*** ni baik tak payah tolong... bukan boleh setel pun masalh aku ni...patut ka kata macam tu...
org tu nak tolong kita, suka hati dia nak tolong bagi bnyk mana pun...opssss balik cerita asal.... duit subsidi tu atas dasar tolong rakyat shj tau..
 kena pikiaq duit tu mai dari mana !!!!!!
alamak..baru satu phrase aku dah ceramah panjang ..hahahahha... nak lagi ka?
wang saguhati 150 utk motor 625 utk kete  tak cukup
awat..tak cukup lagi ka dngan duit yg kerajaan bagi tu ? kalau nak dikira dngn kadar yg hang bayaq bagi setiap liter minyak hang akan guna memang arr tak cukup..nak cukup meanings that minyak tu free....celah mana nak bagi hang minyak free..baik tak yah meniaga...ingat minyak ni cam minyak nyoq ka. boleh buat dngn cepat..benda terhasil dari fosil, jutaan tahun baru boleh jadi minyak..belajaq sikit, ilmu tu penting.tok sah dok cakap saja tapi kosong !kalau nak bagi sampai berbaloi dngn apa yg hang guna...jenoh lah..bukan hang sorang ja pakai minyak.. minyak cap kapak, wangi baru bermililiter beratus harganya boleh beli...baga ! aku bagi satu situasi.. kami ni mai nak bagi sumbangan kat hangpa semua pasal hilang tempat tinggal, dah macam nak masuk bersama mu jaaa... cam ni lah..la ni kami ada banyak RM*** ni jer...inilah sumbgan kami ..." pala hotak hang..setakat banyak ni mana nak cukup, nak makan nak pakai itu ini , nak beli itu ini mana cukup"..hello encik...kami nak tolong pun dah besar rahmat.. lagi nak merungut tak cukup...sedar lah diri skit..awak tu tngah susah.,kot pun tak susah tapi ini namanya rezeki..syukur pada Allah, org lain minyak naik dapat duit tapi masih susah tp awak tu dah memang senang..better secubit biarpun tidak segantang !
berpiket lepas solat jumaat..emmm..soalannya sedar tak awat nak buat pas jumaat...bagi aku pasal waktu tu jer org paling ramai p masjid..time solat lain hampeh nak jumpa kat masjid..masing liat nak p masjid..opss...tngk dah melalut...pasal pa nak piket..awat tak puas hati dngn apa..pasal naik harga @ duit subsidi 3 kupang seliter tak cukup @ duit saguhati tak cukup @ nak canang kerajaan sekarng tak betoi dah @ nak cakap hangpa tu bagus sangt @ nak tunjuk lagak @ suka2 @ saja nak kecohkan keadaan @ nak masuk tv besoknya @ nak rasai kehangatan , pengalaman berada di tempat kejadian @ nak tngk live demonstrasi @ lain2 niat @ lain2 lagi..
sebelum tu ada tak terpikir betoi ke tindakan aku ni  ? kalau kita sedar kita muhasabah..tak betoi tindakan nak piket nak demonstrasi tu... syukur dngn apa yg ada...konon nak tegakkan, nak dapatkan balik hak kita tapi wat pe ? wat pe nak tuntut hak kita deserve harga murah dr sekarang.. ada benda yg lebih penting lebih besar , lebih berbaloi utk kita perjuangkan melalui piket @ dmstrsi ni.. tegakkan hak melayu, kembangkan syiar islam , tegas dan kukuhkan bahasa melayu , satukan org melayu...luaskan pegangan ekuiti , modal , kewangan ekonomi melayu di tanah sendiri..itu lagi berbaloi !
media masa dok canang isu ni jer cam tak dak isu lain dah..
memang lah..dah org2 macam hangpa lah yg buatkan media dok canang isu ni jer..panggil org tu org ni bagi ceramah, bagi syarahan, bagi pandangan , buat diskusi kat tv, internet , paper , radio.. tapi hakikatnya kita lupa nak canangkan ada org masih mati kelaparan di bumi ni, ada org malang dibunuh , dirogol , tanah airnya di ceroboh , mati sini sana kerna balasan Allah dngn bencana alam...kita lupa seketika tu semua,lantas kita lupa ingat akan mati, akan org susah, akan pahala dan dosa kerna leka dngn dunia minyak kita..ada org melayu yg kian dimamah usia dalam kemiskinan, dalam ketakutan, dalam hutang sini sana, dalam kesusahan perit di tanah sendiri...kita lupa nak canangkan kebahagian , kemakmuran negara, perpaduan melayu dan malaysian.. kita lalai.. melayu memang mudah layu..

next...
kena pikiaq duit tu mai dari mana !!!!!!  
k ..yg ni aku akan jawab dalam jawapan apa reaksi aku..
to be cont :

Wednesday, May 11, 2011

Today hari ibu... you kidding me?

Well sempena hari ibu yang hangpa dok sambut sambut tu ... aku nak kongsi lah sikit novel yang pernah aku baca dan aku selami dan aku cuba aplikasi dalam hidup ni. Opppssss... before proceed dengan entry ini aku ank buat DISCLAIMER dulu.Harap maklum.            
 " AKU TAK SAMBUT HARI IBU " 
Tiada hari ibu dalam hidup aku., kerna aku ni setiap masa meraikan ibu aku , tak perlu satu hari khas utk aku dedicated harinya khas utk ibu.. 24/7 adalah masa utk ibu ku. 
berikut novel novel yang pernah aku baca dan of kos lah aku sarankan kalian baca juga novel ni..hangpa kata dok sayang mak hangpa, sambut hari ibu dsb.. nah ambiklah masa baca buku ni .. Dapat ilmu , kalau beli , dapat sumbang ke arah rezeki penerbit, penjual, penulis dan dll.. ehhh..melalut pula. Mungkin lepas ni aku kena buat entry novel lain yang pernah aku baca?

"Dia meneguk madu di geluk hempedu."
"Kita perlu memikirkan tentang hidup hari ini sebelum mempunyai harapan tentang masa depan."
s
Cerita-cerita tentang orang terpencil dijadikan kisah yang menarik dan bereti. Siapa kata cerita tentang mereka ini tidak membangun jiwa? Cerita kita, kampung kita, kalau digarap dengan baik ia akan jadi baik. Ada nilai tersendiri yang tinggi. Kisah hidup Mama, dari seorang perempuan yang tidak punya apa, dia mampu menjadi 'seseorang' tanpa perlu menggadai maruah dan prinsip diri. Itulah sebenarnya jadi diri wanita melayu tulen. Kesempitan bukan sebab yang kukuh untuk dijadikan alasan kenapa kita perlu memilih jalan yang kotor dan salah. Watak mama dalam MAMA ini adalah contoh terbaik dan bagi saya, ketabahan MAMA walaupun ia hanya watak dalam sebuah novel, tetapi ia bukan watak yang direka-reka untuk memenuhi fantasi. Ketabahan begitu memang wujud dalam masyarakat melayu.
s
"Kehadirannya umpama sinar di sebalik kabut. Mendayung hidup bertemankan sepi, mempamerkan ria. Karangan-karangan air mata cuba dikutipnya menjadi mutiara. Sayangnya bunga-bunga fitnah menepis bahagia, menokhtahkan ceria."
s

Aku teringat Kamu ..rindu nya kemesraan yang pernah kamu berikan


Memories remain.. itulah kata2 hikmah pada t-shirt asmkk…

......dan dngan frasa itu, aku seminggu dua ni dok teringat kat sorang teman…emm.. teman tapi mesra… cam tu la kot.. harapan aku dia sangat2 bahagia..aku akui walaupun lama tak bersua,tak mendengar, tak besuara tapi honestly jauh dlm hati aku memang merindui dia. teman yang sangat2 aku hargai, sanjung , senang dan bahagia bersama dia suatu ketika dulu..kami teman, tak lebih dari itu kerna itu yang kami mahukan.. pun begitu tak sangka cpat masa berlalu dan kami dah terputus khabar berita..
jujur kata.. aku memang nak sangat kita bersama seperti dulu !

Sunday, May 8, 2011

OSAMA VS OBAMA .... aku tak heran pun osama mati.

Dear my readers.. ini pendapat aku.lately kita dikejutkan dengan cerita pembunuhan OSAMA .. emm. pada aku cerita ni tak mengejutkan aku langsung. 
  1. aku sangsi kewujudan OSAMA .. OBAMA tu pasti ada. 
  2. OSAMA dibunuh oleh musuh islam... tak heran lah. kalau islam yg bunuh dia ... ya aku heran. 
  3. Dunia ni memang dah tak aman. Yang beriman teruslah berjuang di jalan Allah. Matilah dalam fisabilillah. 
  4. Kematian OSAMA tidak mematahkan semangat pejuang islam.. adakah kita termasuk ..fikirkanlah.. tak semestinya angkat senjata , kita berjuang atas jalan Allah dengan cara lain. Banyak lagi caranya... tapi balik kepada soalan aku , adakah kita berjuang ? 
  5. Osama pejuang keamanan , negara kita ni aman ke ? Jangan dok cakap pasal osama, isu dalam kain sendiri negara kita belum selesai. 
  6. Parti Politik negara kita kata Kematian Osama diharap boleh membawa perubahan baik... apa punya tolol statement dia . Dia kenal ke hati budi Osama, dok puji pula tindakan OBAMA terhadap OSAMA diharap bawa perubahan baik.. Apa, selama ni OSAMA dok idup dia dok bawa ke arah tak elok kah? 
  7. Buktikan dulu kewujudan OSAMA , pastu buktikan keburukan dia bawa kepada dunia. Arwah berjuang tegakkan Islam di mata dunia.. AWAK ( politik negara) ada ke buat ? ada... tapi yg awak buat banyak bersandarkan kepada profit return ! DANGKAL 
Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya:
"Seluruh manusia akan mengelilingi kamu (umat Islam) bagaikan yang kebulur mengelilingi hidangan makanan.
Lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?
Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai laksana buih di lautan. Allah akan mencabut gerun daripada hati musuh terhadap kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu dengan perasaan al wahan.Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahan itu? Ujar Baginda: Al-wahan ialah cintakan dunia dan takutkan mati."





continue reading

Related Posts with Thumbnails