Yang Menarik Kali ini...

Followers

Friday, December 16, 2011

Novel : Sang Pelangi

Hasil nukilan sebenar oleh : IKATKATA

Penulis : Andrea Hirata
Penerbit : Pts Litera Utama (2007)

Ini sekuel kedua dari tetralogi Laskar Pelangi. Nipis. Lebih nipis dari Laskar Pelangi. Hampir separuh kali ganda dari siri yang pertama.

Sang Pemimpi meneroka perjalanan hidup Ikal di alam sekolah menengah (SMA). Dua watak baru diperkenalkan memegang peran utama disamping Ikal ; Arai dan Jimbron.

Arai ; sepupu jauh Ikal yang kematian ayah dan ibu sejak kecil. Arai dibesarkan keluarga Ikal. Membesar sebagai anak yang berdikari dan sering melindungi Ikal.

Jimbron ; anak kampung yang gagap dan kurang pintar, sangat menghantui kuda.  

Novel ini sebahagian besar dari intinya berkisar tentang 3 watak ini. Lupakan seketika tentang Mahar dan Lintang yang mewarnai kancah hidup Ikal dalam Laskar Pelangi. Dalam Sang Pemimpi Arai dan Jimbron ialah Mahar dan Lintang.

 

Andrea Hirata sesungguhnya bukan manusia biasa yang menempuh jalan biasa untuk tumbu membesar dan mendewasa. Jalan-jalan yang Ikal, Arai dan jimbron lalui sesuatu yang tidak tergambarkan.  

Babak pilihan yang mengesankan.
1. Ikal mengejar ayahnya yang mengayuh basikal ketika pulang dari majlis penyampaian hadiah tahunan. Ikal mendapat tempat corot.
2. Jimbron menghadiahkan Arai dan Ikal tabung kuda.
3. Arai menangis membaca keputusan biasiswa yang diterima.
Tiga babak ini cukup penting dan pada saya sangat mengesankan.

Secara peribadi saya sangat mengagumi Arai, sebagai seniman kehidupan. Arai insan yang memberi inspirasi. Saya mehu mengambil semangat dan kekuatan Arai untuk tumbuh menjadi seniman kehidupan. Jimbron sahabat yang sanggup berhabis segala demi sahabatnya lain. Dan Ikal manusia terpilih dikurniakan sahabat terbaik, Ikal dan Jimbron.Sukar sekali saya menyeka kelopak mata dari bergenang. Namun ditahan-tahan juga. Sungguh tajam dan jernih kata-kata yang digunakan Andrea (dan saya harap terjemahannya juga begitu).

Saya mencalonkan Arai sebagai watak utama paling mengesankan dalam novel untuk anugerah buku tahun ini. Ada atau tidak anugerah sebegini?Selepas Hamka dan Pram, saya memilih Andrea untuk menyusul sebagai pengarang kegemaran.

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails