Yang Menarik Kali ini...

Followers

Tuesday, December 27, 2011

Home Tuition’s Tutor Wanted spm 2012

Kali ni buat tahun 2012 saya mencari Tutor home tuition seperti berikut. Masih kosong .
UDPATE : 2 januari 2012


Lokasi :::::::::::::: seksyen 8 shah alam
Rate::::::::::::::::::RM 40 / jam – TBA upon discussion . lagi murah lagi baik.
subjek::::::::::::::: Sains SPM ,Akaun SPM , matematik Tambahan SPM
Jantina:::::::::::::: pelajar wanita …..tutor wanita
tempoh::::::::::::l: SPM 2012

hubungi saya untuk maklumat lanjut , sebelum itu submit CV ringkas + gambar ke email saya. sukahatiadam@gmail.com . Lepas tu  baru hubungi saya by phone
0173727965 – cikgu adam

awak tak bekerja dengan saya tapi kita kerja bersama sama

Sunday, December 18, 2011

Dah jatuh ditimpa JPJ !!!

Pengadu tak puas hati dikenakan tindakan ketika hadir ke Kompleks JPJ

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 17, 2011

PADANG JAWA - Hasrat untuk membayar cukai jalan namun lain pula jadinya apabila tidak sampai dua jam menjelaskan bayaran tersebut, seorang penjawat awam disaman pula oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor yang menjalankan operasi penguatkuasaan di pintu masuk Kompleks JPJ Shah Alam, di Padang Jawa, kelmarin.
Pengadu yang hanya ingin dikenali Razli, 30-an mendakwa, dia bersama tiga rakan ke kompleks berkenaan untuk membayar cukai jalan RM600 bagi kereta Proton Wiranya kira-kira jam 10.30 pagi.
“Namun sebaik selesai urusan saya dan rakan terkejut apabila disaman oleh anggota JPJ yang menjalankan operasi pemeriksaan di pintu masuk Kompleks itu sekitar jam 12 tengahari.
“Saya disaman kerana tidak pakai tali pinggang dengan denda RM300. Saya akui memang kesilapan saya namun apa yang saya kesalkan kenapa anggota JPJ harus menjalankan operasi di pintu masuk kompleks yang juga kawasan Kompleks JPJ (pintu pengawal keselamatan)?
“Apa yang berlaku disifatkan sebagai tidak bertepatan dan langsung tidak mesra pelanggan kerana saya difahamkan JPJ mengamalkan sikap mesra pelanggan namun apa yang berlaku sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tindakan ini menakutkan orang ramai untuk datang melaksanakan sebarang urusan di Kompleks JPJ.
Dalam pada itu, pengadu turut mendakwa terdapat ramai lagi orang ramai yang menerima nasib yang sama dengannya yang disaman atas pelbagai kesalahan ketika mengunjungi kompleks itu untuk berurusan.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Ahmad Awang berkata, JPJ Negeri Selangor sentiasa mempertingkatkan usaha untuk mengesan pemandu dan kenderaan yang melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya.
Beliau berkata, langkah ini dilaksanakan supaya orang ramai sedar dan bertanggungjawab dengan mematuhi undang-undang sama ada semasa memandu selain keperluan undang-undang ke atas sesuatu kenderaan untuk digunakan di atas jalan raya mahupun di mana-mana kawasan awam.
Berkaitan dengan rungutan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saman oleh anggota JPJ ketika berurusan di kawasan kompleks JPJ Shah Alam Padang Jawa, Ahmad berkata, untuk makluman tindakan penguatkuasaan dalam kawasan berkenaan dibuat ekoran pihaknya sering mendapat aduan daripada orang ramai.
Katanya, mereka minta supaya JPJ mengambil tindakan terhadap kenderaan yang sering keluar masuk dalam kawasan JPJ yang kelihatan memasang cermin gelap serta mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan.
“Kenapa JPJ tidak boleh ambil tindakan terhadap golongan ini sedangkan secara jelas mereka melakukan kesalahan dan begitu berani melanggar peraturan dalam kawasan agensi yang menguatkuasakan undang-undang jalan raya.
“Sehubungan itu, anggota kami sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pesalah yang berada dalam kawasan Kompleks JPJ selaras dengan peruntukan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya sebagai maklum balas terhadap dakwaan pengadu.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Friday, December 16, 2011

Novel : Sang Pelangi

Hasil nukilan sebenar oleh : IKATKATA

Penulis : Andrea Hirata
Penerbit : Pts Litera Utama (2007)

Ini sekuel kedua dari tetralogi Laskar Pelangi. Nipis. Lebih nipis dari Laskar Pelangi. Hampir separuh kali ganda dari siri yang pertama.

Sang Pemimpi meneroka perjalanan hidup Ikal di alam sekolah menengah (SMA). Dua watak baru diperkenalkan memegang peran utama disamping Ikal ; Arai dan Jimbron.

Arai ; sepupu jauh Ikal yang kematian ayah dan ibu sejak kecil. Arai dibesarkan keluarga Ikal. Membesar sebagai anak yang berdikari dan sering melindungi Ikal.

Jimbron ; anak kampung yang gagap dan kurang pintar, sangat menghantui kuda.  

Novel ini sebahagian besar dari intinya berkisar tentang 3 watak ini. Lupakan seketika tentang Mahar dan Lintang yang mewarnai kancah hidup Ikal dalam Laskar Pelangi. Dalam Sang Pemimpi Arai dan Jimbron ialah Mahar dan Lintang.

 

Andrea Hirata sesungguhnya bukan manusia biasa yang menempuh jalan biasa untuk tumbu membesar dan mendewasa. Jalan-jalan yang Ikal, Arai dan jimbron lalui sesuatu yang tidak tergambarkan.  

Babak pilihan yang mengesankan.
1. Ikal mengejar ayahnya yang mengayuh basikal ketika pulang dari majlis penyampaian hadiah tahunan. Ikal mendapat tempat corot.
2. Jimbron menghadiahkan Arai dan Ikal tabung kuda.
3. Arai menangis membaca keputusan biasiswa yang diterima.
Tiga babak ini cukup penting dan pada saya sangat mengesankan.

Secara peribadi saya sangat mengagumi Arai, sebagai seniman kehidupan. Arai insan yang memberi inspirasi. Saya mehu mengambil semangat dan kekuatan Arai untuk tumbuh menjadi seniman kehidupan. Jimbron sahabat yang sanggup berhabis segala demi sahabatnya lain. Dan Ikal manusia terpilih dikurniakan sahabat terbaik, Ikal dan Jimbron.Sukar sekali saya menyeka kelopak mata dari bergenang. Namun ditahan-tahan juga. Sungguh tajam dan jernih kata-kata yang digunakan Andrea (dan saya harap terjemahannya juga begitu).

Saya mencalonkan Arai sebagai watak utama paling mengesankan dalam novel untuk anugerah buku tahun ini. Ada atau tidak anugerah sebegini?Selepas Hamka dan Pram, saya memilih Andrea untuk menyusul sebagai pengarang kegemaran.

Thursday, December 1, 2011

2012 - Aku kena stop mendaki Gunung

AKu tahun depan 2012 dah kena stop aktif dalam aktiviti gunung dan outdoors.
Seriously. kurang aktif tahun depan . Dalam tahun depan (2012) mungkin hanya 3,4 kali sahaja . emm.kalau  3,4 kali tu boleh dipanggil tidak aktif kot. bukan kurang aktif dah tu. Kenapa pula nak stop

sebab aku nak keja tetap . bila aku keja tetap aku boleh ikut trip bila cuti sahaja. Bila aku dah keja tetap , ada cuti setiap minggu , cuti tahunan pun begitu aku prefer habiskan cuti tu dengan orang orang aku sayang sahaja. aku lebih senang balik kampung atau spend masa/ hari cuti dengan orang tersayang sahaja.

Printwork-hard

Kenapa pula aku kena keja tetap . Sebab permintaan di dia.
kenapa sanggup tinggalkan keja sekarang. Sebab utk si dia.
Bukankah keje sekarang sangat disukai .. Sebab berkorban utk si dia
Bukankah keje sekarang juga hobi.. sebab berkorban utk si dia
Keja sekarang lebih lumayan , masa lebih banyak….sebab utk di dia.
kenapa nak berkorban utk si dia.. sebab tak mau sia sia pengorbanan si dia.
kenapa sanggup buat demi si dia.. sebab hati budi nya.

Lebih baik tinggalkan apa yg disukai drpd melepas apa yg menyukai aku.
Pengorbananku sekelumit berbanding yang telah dia korbankan untuk ku

continue reading

Related Posts with Thumbnails