Yang Menarik Kali ini...

Followers

Friday, February 14, 2014

Warranty card TV FLAT SCREEN LED

Andai kata ada beli tv di pasaraya terkemuka malaysia macam Giant dan Tesco , pastikan card warranty di cop dan hantar kad tersebut secepat mungkin mengikut alamat yang tertera di kad itu sendiri. Ada yang kena pakai setem ( 80 sen, confirmed ) ada yang tak perlu pakai setem( berbayar) .

Pun begitu , pengalaman , TV yang baru di beli di Giant ada factory defect , selepas seminggu baru sedar ada masalah dengan TV tu . Buat panggilan kepada service center dan mereka hantar technician . Ternyata tv kena tukar screen . In house replacement. Tu yg best , tak perlu lah nak usung TV ke sana sini.

Sayangnya , kalau tahu lebih awal , rupa rupanya kalau dalam tempoh seminggu dari tarikh belian , Giant ( sebab beli di giant) kata boleh tukar ONE to ONE . Tak repair .

Jadi pembaca sekalian kalau ada masalah dengan TV belian di pasaraya atau mana mana kedai terkemuka , cepat2 lah tukar ya. Kalau boleh sebelum jual beli tu tanya dulu kedai / distributor tu boleh tak one to one .

Prepaid Credit “celcom” hilang sebab 3rd party

Perkara ini memang banyak berlaku kepada ramai pengguna telefon bimbit. Tanpa kita sedari kita ada tersubcribe kepada operator / 3rd party yang iklan itu ini . Macam macam jenis sms kita terima . Ada yang tolak kredit kita. Nak semak satu satu ? Tak perlu . kita ada jalan mudah lagi short cut . Lagipun cara ini boleh selamatkan daripada dikenakan mesej berbayar diterima walaupun untuk proses terminate. Pun begitu, cara di bawah ini free.

Perhatian .. ini untuk Celcom sahaja tau !!

taip STOP ALL dan hantar kepada 33115 , 33133 & 32278

dan taip STOP INSTA hantar kepada 29999 to stop the 3rd party SMS.

sesiapa dah berjaya harap dapat maklum balas

Thursday, February 13, 2014

Bolehkah uninstall , reinstall + restore Whatsapp

Ramai pengguna yang sayang nak uninstall sebab takut hilang chatting dengan kenalan dia selama ini. Proses uninstall dan reinstall mudah saja. Persoalannya bolehlah restore ( dapatkan semula) history chatting selama ini ? YA BOLEH
Backup-WhatsApp-Messages
Sebenarnya memang boleh berbuat demikian . Jika takut ;jangan buat .
Kalau nak buat juga boleh follow step berikut.
sebelum buang , pergi
Settings > Chat History > [Backup chat history] ( sesetengah handphone tak tulis exactly macam ni , tapi yang penting ada option untuk backup) . 
Fungsi backup ini sebenarnya automatik setiap hari jam 4 pagi . 
Fail ini cuma boleh dibaca oleh whatsapp sahaja. 
Akan disimpan tempat yang masih ada space samada internal (hp) atau external ( card) .

buat backup lepas tu dengan senang hati boleh uninstall whatsapp ini . Tak perlu cari fail ini.

Download semula aplikasi whatsapp dan handphone akan install . Proses daftar semula no dan pengesahan dibuat oleh whatsapp . Tahukah anda bahawa tak semestinya kita gunakan no Sim kad yang ada dalam hp itu sebaliknya boleh guna no lain asalkan aktif.
whatsapp akan hantar no pengesahan by sms , kalau tak berjaya , klik pada option whatsapp call kita. Dengar no verification dan isikan pada tempat kosong. Berjaya .

whatsapp2
Buka whatsapp yg telah reinstall tersebut.
Pertama kali buka applikasi ini akan ada option ditanya oleh whatsapp samada nak restore data lama atau tak
Waktu ni jangan laju sangat tangan ni takut nanti tersalah tekan .  
Sila restore. Proses initializing …. ….. .. siap.. 
Data ( history) chatting yang lama automatik masuk semula dalam whatsapp kita.

Tahniah .. dapat lagi setahun free use .
saya gunakan android 4.2 ++ , Huawei Honor . sim card digi tapi daftar no celcom. Secara keseluruhan tidak menghadapi sebarang masalah install reinstall whatsapp ini..

untuk pengetahuan , mesti restore dalam tempoh 7 hari. selepas itu tiada lagi fail restore ini .
rujukan : Whatsapp FAQ

jika suka post ini sila berikan sokongan

Tuesday, February 11, 2014

Pahala 27x ganda vs merokok

Ada sorang mamat ni .
Solat asar berjemaah sedang berlangsung .
Dia boleh rileks sebelum wuduk
aku sangkakan dia nak ambik mood , rupanya hisap rokok dulu.
bagi aku , dia kejar perkara sia sia instead of berjemaah .
aku tak faham perangai dia
no offense to smoker

Monday, February 3, 2014

Kenapa Perlu Takaful

Ok .. untuk post kali ini bukan nak promote Maa Takaful tetapi secara khususnya nak promote kenapa kita mesti ada takaful . Untuk diri sendiri , keluarga mahupun pekerja .

Sebenarnya ramai orang di luar sana yang tahu takaful itu penting tetapi kata mereka dalam hati “ gaji tak cukup” .  Ya, betul tu . Sebab saya sendiri pernah merasai dan berfikiran begitu . Maka lahirlah soalan dalam diri saya sendiri

“bagaimana andai ditimpa musibah dan tak bekerja . Pastinya tak cukup langsung masa itu , parah sokmo. Sekarang pun tak cukup masakan masa sebegitu nanti” .

takaful2

Maka dengan sebab itu saya pun mencari perlindungan . Berlindung agar saya terus menerus ada duit untuk sisa sisa kehidupan selepas ditimpa musibah . Saya dapat berlindung tapi sayangnya saya tak dapat kongsi dengan orang lain . Suka untuk saya gunakan metafora berikut,

Hujan lebat dan kita perlu bergerak juga. Saya awal awal lagi sudah beli payung dan sentiasa bawa ke sana ke mari. Kata orang buat apa susah susah bawa payung lagi  membazir duit sahaja. Bukan pakai selalu pun . Nah.. hari ini hujan dan saya ada perlindungan . Tuan tuan apa yang ada ? Tuan tuan pilih untuk bersenang senang sewaktu masa dulu hingga sekarang , sekarang sudah hujan saya lega saya tak basah . Tapi tuan tuan tetap basah . lencun . Jadi tuan tuan tiada perlindungan sebab itu basah lencun . Saya masih boleh meneruskan perjalanan , tuan tuan sudah “sangkut” di sana ,kebuntuan.tuan tuan mungkin berminat nak baca posting saya yang Lain yang berkaitan DI SINI

continue reading

Related Posts with Thumbnails