Yang Menarik Kali ini...

Followers

Friday, February 14, 2014

Warranty card TV FLAT SCREEN LED

Andai kata ada beli tv di pasaraya terkemuka malaysia macam Giant dan Tesco , pastikan card warranty di cop dan hantar kad tersebut secepat mungkin mengikut alamat yang tertera di kad itu sendiri. Ada yang kena pakai setem ( 80 sen, confirmed ) ada yang tak perlu pakai setem( berbayar) .

Pun begitu , pengalaman , TV yang baru di beli di Giant ada factory defect , selepas seminggu baru sedar ada masalah dengan TV tu . Buat panggilan kepada service center dan mereka hantar technician . Ternyata tv kena tukar screen . In house replacement. Tu yg best , tak perlu lah nak usung TV ke sana sini.

Sayangnya , kalau tahu lebih awal , rupa rupanya kalau dalam tempoh seminggu dari tarikh belian , Giant ( sebab beli di giant) kata boleh tukar ONE to ONE . Tak repair .

Jadi pembaca sekalian kalau ada masalah dengan TV belian di pasaraya atau mana mana kedai terkemuka , cepat2 lah tukar ya. Kalau boleh sebelum jual beli tu tanya dulu kedai / distributor tu boleh tak one to one .

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails