aku bukan nak cakap besar .. tapi aku memang nak Cakap kuat kuat .. sayangnya tak dapat didengar pula. Pembaca kena baca sendiri . Aku yang sekolah tak tinggi ni pun boleh usaha cari ilmu tentang hukum merokok . Apatah lagi perokok yang dah lama merokok . Mesti masih berpegang kepada hukum lama “makruh” . Dulu ya lah sebab tak ramai yang kaji pasal keburukan rokok dan tak ramai yang lantang menyuarakan , mengetengah , me war war kan peri penting hindarkan diri daripada tabiat merokok .
Usah lah dipegang lagi dengan hukum “makruh” . Dunia dah berubah , ilmu berkembang . Pelbagai kajian dilakukan terhadap rokok , akhirnya fatwa dikeluarkan bahawa merokok adalah HARAM . Memang haram jadah lah bagi yang terus degil , haram jadah sebab asap tu dikongsi bersama bahayanya dengan orang tak merokok . APa salah mereka. Kalau aku selsema , marah tak aku sembur di muka awak ( sang perokok) bila bersin ? Marah ke sebab aku kurang ajar ek dan bersin tu hasilnya menjijikkan dan kotor . Eleh .. mentang mentanglah asap rokok seemless bahayanya dan bukan bersifat fizikal .
cakap panjang pun tak guna .. ini aku bagi rujukan untuk hangpa rujuk . Bagi yang tak merokok tu , usahalah memberi kesedaran kepada sang perokok ni untuk berhenti . Emm..susahlah nak berhenti sebab ketagih , lagipun dah lama merokok , tak boleh duduk diam .. semua tu alasan sahaja . Masa berpuasa berjam jam lamanya boleh pula tahan .. so di sini semuanya faktor psikologi semata mata .Bukan masalah ketagihan . Soalnya masa berpuasa imannya ada , bukan berpuasa imannya dah luluh , meronta ronta ikut hati nak merokok .. so betul tak , ini semua adalah “ IMAN” .. non muslim lebih kepada "PSIKOLOGI” sebab mereka tiada IMAN.
ok ini rujukannya :
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam
dan dibawah ini petikan dari link di atas.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah: sila baca melalui link aku bagi tu .
Hujung rujukan ini adalah ditulis ( aku quote)
“Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.”
Seorang imam masjid bagi tips utk berhenti merokok kepada aku walhal dia tau aku tak merokok pun
- Ingat Mati
- Kalau rasulallah masih hidup , apa baginda akan kata depan kita ?
- Sehari sekotak , jangan lebih dari sekotak , ambik lebih jatuh haram sebab ada perokok tak boleh tinggal terus nanti jatuh sakit.
- Ingat kisah sahabat rasulallah . Dulu minum arak . kaki botol sejati . Sebaik sahaja turunnya ayat tinggalkan minuman memabukkan serta merta mereka tinggalkan tanpa perlu beransur ansur . Jadi terbukti di sini “ IMAN” main kan peranan.
- Wujudkan zon bebas merokok . Zon ini bukan non smoker yang buat tapi si Perokok itu sendiri . Tandas , bilik tidur , rumah , kereta , masjid , surau , tempat awam , ada orang di sekeliling.
- Balik kepada permulaan merokok . Merokok pabila tiada orang sahaja . macam dulu dulu , masa start curi curi merokok. Ada orang tak boleh merokok sebagai tanda hormat
- Tanam sifat hormat pada orang lain , Hak mereka untuk dapat udara bebas rokok . Hormat orang lain , akan dapat hormat diri sendiri . Perokok memang tak hormat pada diri sendiri.
- Belajar memahami asap rokok tu baunya tengik , hapak bilamana terkena pada badan dan pakaian . Rumah bujang ….. ishhh .. aku kekadang nak cakap jer pada kawan kawan tapi tak sampai hati . Nak habaq kata “ wei rumah hangpa ni aku masuk , baunya masam dan hapak tau tak , tengik dengan bau asap rokok, abu rokok dan puntung rokok dalam ashtray . Kami non smoker dengan mudah boleh bau , amatlah tidak pleasant . Tapi demi menjaga hati tuan rumah , aku sebagai tetamu tak tegur lah . Tapi….. dia sebagai tuan rumah tidak pula hormati aku sebagai tetamunya .
No comments:
Post a Comment