Sekarang ni zaman beli tiket online jer. Jadi aku pun follow lah trend ni . Kekadang aku pergi juga ke kaunter tiket bas bila tiket dah tak ada , cuba cuba nasih lah . Ok lah posting ni nak cakap yang kita boleh berjimat cermat walaupun tak banyak tapi tetap berjimat. Amalan mulia tu . Aku bagi contoh tiket Shah Alam ke Taiping . Bagi aku , pembaca boleh lah cuba untuk destinasi lain .
BAS : Starmart express Kadar tambang seperti berikut : PERJALANAN SHAH ALAM –TAIPING
- kaunter tiket seksyen 17 : RM30+10% ( naik bulan puasa 2013) = RM33
- http://www.starmartonline.com/ RM30 + RM2.10 (bank charges)= RM32.10
- http://www.busonlineticket.com RM30 + RM1.65 ( bank charges) = RM31.65
Bas yang sama tapi sumber tiket berbeza . Jadi pilihan ditangan kita nak jimat ke tak nak jimat. Belian di Kaunter kena spend duit minyak dsbnya. so kat situ ada kos tambahan pula. maknanya bukan RM33 lagi tapi RM40 maybe ?
No comments:
Post a Comment