Yang Menarik Kali ini...

Followers

Wednesday, January 25, 2012

Perbezaan tv LCD dan LED ,antaranya..

Berikut satu post yang menarik untuk dikongsi. saya quote daripada penulis sebenar
NIZAMYUNUS

Saya memang ketinggalan zaman. Bukan kerana saya duduk di dalam gua ataupun di bawah tempurung, tetapi kebiasaannya kerana faktor-faktor lain seperti kewangan dan kesibukan. Bercakap mengenai TV LCD, saya sememangnya memang ketinggalan. Ketika orang ramai berebut-rebut membeli TV LCD 32 inci, during that time rasanya the price is at least RM 1500, saya setia kepada TV 21′ berjenama DiStar saya. Apabila orang ramai berebut tukar ke Astro B.Yond, saya pula sibuk mencari decoder color silver sebab saya mula menyampah dengan kelembapan decoder hitam (tahun 2003) saya.

Dan kini, setelah beralihnya zaman orang gilakan TV LCD 40 inci ke atas, dan kini adalah zaman 3D TV dan LED TV, barulah saya berkemampuan untuk memakai TV LCD 32 inci, itupun setelah puas menabung, membuat kertas kerja tentang pro and cons dan mengambil kira banyak lagi faktor lain.

Apabila membeli sememangnya ingin yang terbaik tapi termurah dan ini menyebabkan saya mula venture ke alam TV LCD mencari sumber ilmu tentang apa itu LCD dan bezanya dengan LED. Bermacam sumber internet dan sumber dari makhluk bernyawa yang saya jumpa dan tanya. Dari salesman kedai hinggalah ke rakan-rakan yang menggunakan TV LCD saya sembang. Dari rakan-rakan saya, jawapan yang diperolehi tidak memuaskan hati. Bila saya tanya, mereka mengatakan bahawa belilah Full HD, bila saya tanya kenapa, jawapannya ialah sebab ianya Full HD, gambar lebih cantik. Bila saya tanya lagi apa beza Full HD dengan HD Ready, mereka ubah topik lain. Ada yang beli TV LCD dan bila saya tanyakan kenapa gambar pembaca Buletin Utama tidak seperti kabur, mereka tanya saya balik ‘Ha ah la,, kenapa ye?’

Okey, dipendekkan cerita, below are some facts yang saya dapat hasil perbualan dengan salesman, people with some knowledge on LCD TV dan juga website-website di internet.

Full HD v HDMI Ready. Resolution TV memainkan peranan. Biasanya kalau kita beli TV LCD, akan ada specificationnya, Baca lah ia. jika resolutionnya 1980 ke atas, Full HD lah ia. Jika 1980 kebawah, tiadalah Full HD nya walaupun kita ada HD ready.Untuk mendapatkan signal HD, kita kena sambung cable HDMI ke alat yang boleh keluarkan isyarat HD seperti DVD kita dan juga Astro BYond. Walaupun kita guna TV LCD kita bukan Full HD, tapi bila kita dah sambung ke HDMI cable, maka dapatlah kita melihat gambar HD di TV LCD kita. Cuma jika resolution kita di bawah 1980, maka secara automatiknya kualiti gambar kita masih ada ‘data loss’ atau dalam erti kata lain, kurang cantik berbanding yang beresolusi 1980. Tapi sebenarnya masih lagi cantik dari DVD atau TV biasa yang bukan HD.

Hz TV LCD tersebut perlu juga diambil kira. Ada pengeluar yang tidak memaparkan kelajuan Hz nya di dalam specification TV dan perbuatan tidak bermoral ini perlu kita ambil perhatian kerana ini mungkin tanda mereka malu dengan kekurangan TV mereka. Saya difahamkan kelajuan atas 60Mhz adalah bagus sementara 60 MHz adalah aras normal. Bawah 60 Hz adalah tidak normal. Gunanya response rate ini ialah supaya babak-babak yang memaparkan kelajuan seperti sukan, filem aksi, lumba kereta nampak lebih lancar dan smooth. Jika response rate rendah, maka nampak gambar seperti ‘blur’. Sebenarnya 120 Hz atau 240 Hz, gambar babak sebegini lebih nampak clear.

Berapa banyak port yang perlu ada di TV LCD juga perlu diambil perhatian supaya mudah kita menyambung TV tersebut ke pelbagai alat seperti Astro Decoder, Home Theather, DVD player. 3 HDMI port, 1 AV port, USB port dan PC terminal port merupakan standard yang perlu dipatuhi. Astro Decoder lama akan menggunakan AV port (Putih, Merah, Kuning). DVD player yang baru-baru akan menggunakan HDMI port, lebih-lebih lagi yang mempunyai sistem home theater built in. Astro BYond menggunakan HDMI port. Console game yang baru seperi PS3 menggunakan HDMI port. Penggunaan HDMI port menyebabkan gambar lebih cantik. USB pula boleh memainkan segala jenis movie file yang kita download dari internet serta gambar Jpeg (sangat bagus untuk surprisekan anak kecik kita apabila tiba-tiba gambarnya keluar di TV LCD) dan muzik MP3.

Okey, seterusnya kita kena ambil kira faktor LED dan LCD. Saya juga berbelah bagi nak beli TV LCD ke atau LED. Banyak kisah saya dengar mengenai LED, ada yang kata LED kurang daya ketahanan. Semuanya ni tiada asas kukuh kerana TV LED merupakan teknologi yang agak baru. Cuma apa yang saya tahu hasil dari penyelidikan pendek saya ini ialah TV LED mempunyai warna yang lebih cantik dari LCD iaitu warna hitamnya lebih HITAM dari TV LCD. TV LED juga lebih nipis dari TV LCD dan kadar penggunaan wattnya pun kurang (bukan kurang mendadak, kalau biasa sebulan Bil Elektrik RM 40, penggunaan TV LED TIDAK sama sekali akan menyebabkan Bil Elektrik anda menjadi RM 10 sebulan)

Contrast Ratio iaitu betapa terangnya TV LCD kita boleh dilihat di dalam TV kita punya specification table. 20,000 : 1 adalah aras normal. Ada yang 25000:1. Ada yang 30000:1, 50000:1.

Size TV LCD memainkan peranan. Jarak normal untuk melihat TV LCD 32 inci ialah 5 kaki. Kalau tengok dari jarak kurang 5 kaki tidak akan menyebabkan mata kita buta tetapi akan menyebabkan imej paparan di TV kita menjadi semakin buruk. Jadi pada sesiapa yang merasakan lagi besar inci TV LCD kita lagi bagus, fikirkan dulu size besar ruang tempat TV kita bakal diletakkan. Ada yang rumah kecil tapi TV sampai 55 inci, ruang nak tengok cuma 5 kaki sahaja. Gambar di TV jadi buruk sebab tak ada ruang untuk kebelakang, terpaksa la tengok TV dari luar rumah, baru paparan skrin nampak cantik.

Satu fakta yang saya dapat dari pelbagai website dan salesman kedai ialah, jika pilihan kita TV LCD 32 inci, kita tidak perlu mengambil perhatian yang ketara terhadap semua kriteria diatas kerana spesifikasi TV LCD 32 inci tidak banyak berbeza iaitu kesemuanya mempunyai spesifikasi di aras normal, tidak lebih dan tidak kurang. Walaupun jika terdapat pengeluar yang meletakkan spesifikasi mereka lebih dari aras normal, perbezaan tidak akan kelihatan atau kurang ketara di skrin 32 inci tetapi akan memberi kesan jika skrin lebih dari 40 inci.

Ada yang bertanya jenama apa yang bagus untuk 32 inci, jawapan saya tiada yang spesifik tetapi saya mengelak dari Sony kerana ianya setakat ini bersandarkan kepada kegagahan jenamanya menyebabkan harganya agak mahal tanpa memberi apa-apa kelebihan drastik pada TV LCD 32 incinya, Sony agak tenggelam dalam persaingan TV LCD 32 inci setakat ini. Sharp boleh diambil kira kerana kualiti materialnya dan juga kerana di Jepun ianya no.1, mesti ada sebab Jepun suka pada Sharp. Samsung warna dan contrastnya adalah lebih dari aras normal untuk 32 inci. Toshiba dan Panasonic juga not bad. LG pun ok.

Kalau nak murah, beli di kedai Vision Electric di Subang Perdana, Sharp 450M boleh dapat rm 1080, saya beli di SenQ harganya RM 1299. HT Samsung yang basic (350 watt rasanya) dari RM 699 boleh dapat RM 450. Kalau beli TV LCD sekali rasanya boleh dapat RM 400. Salesman semua ada ilmu dan tidak langsung mendesak malah terlebih friendly. Ramai rakan yang saya bawa ke kedai tersebut akan jadi regular customer. Tapi saya tetap beli barang saya di SenQ, nak tahu kenapa? Itu kena belanja minum dulu lah.

Sekarang harga TV LCD 32 inci sudah murah tapi jangan tertipu. Periksa betul-betul model yang baru untuk mendapatkan latest technology. Ada yang jumpa saya dan dengan bangganya memberitahu bahawa dia beli Sharp 32 inci nya hanya RM 1000 berbanding RM 1299, tapi selepas siasatan dibuat, rupanya Sharp 32 incinya adalah model lama. Kalau nak tahu apa yang terkini, buka website rasmi pengeluar. Kemudian selidik macam mana nak tahu TV yang dibeli adalah model yang diinginkan, mungkin ada model series di atas TV ke, di belakang TV ke.

2 comments:

Unknown said...

tv terbaik pada pandangan saya samsung....sekarang pakai samsung plasma 52 inci dan 32 led... astro beyond.....beza plasma terbaik dan puas tengok dalam keadaan distance dekat....led sememangnya tak boleh tengok dekat ...boleh buat mata sakit, tetapi bagi chanel hd...ia paling jelas dan halus...dan terbaik...kelemahan bukan chanel biasa memang tak best...plasma lagi cun....cable tak perlu mahal-mahal ...jangan pakai cable astro bagi...colour tak deep......klau nak lagi cun beli hdmi splitter...lagi deep dan tebal kalornya.....pengalaman sekarang...peminat hd

Sukahatiadam said...

wah.. review terbaik daripada Irman Wafi . semoga jadi panduan bersama .

samsung adalah pengeluar untuk frame bagi jenama lain juga. sebab tu adakala kita tengok brand lain tapi frame macam samsung.

continue reading

Related Posts with Thumbnails