Yang Menarik Kali ini...

Followers

Monday, January 30, 2012

Apakah kata ganti pekerja untuk syarikat kerja.

sedutan daripada pemilik asal post ini ialah Usahawan Perniagaan Memborong

Jika anda ingin tahu bagaimana iklim atau situasi sesebuah syarikat, anda dengan mudah boleh menilai ini dengan menganalisa bagaimana pekerja syarikat ini bercakap mengenai syarikat mereka. Ini juga penting untuk anda menyiasat tentang bagaimana pekerja anda pula bercakap mengenai syarikat anda.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam buku , “The Secret Life of Pronouns: What Our Words Say About Us” oleh James W. Pennebaker.

Senario #1 – Syarikat Saya

Jika pekerja syarikat anda menggunakan perkataan seperti :

“Syarikat Saya”

“Pejabat Saya”

“Pekerja Syarikat Saya”

Ini membawa satu indikasi bahawa syarikat itu berada dalam satu iklim yang baik namun pekerja itu tidak sepenuhnya terikat dengan syarikat tersebut sebenarnya.

Senario #2 – Syarikat Kami

Jika pekerja syarikat anda menggunakan perkataan seperti :

“Syarikat Kami”

“Pejabat Kami”

“Pekerja Syarikat Kami”

Senario kedua pula membawa indikasi yang terbaik bagi seseorang pekerja itu sangat berpuashati secara keseluruhan mengenai syarikat tersebut. Dia bukan saja suka terhadap syarikat dia bekerja malah berpuashati untuk bersama dengan syarikat tersebut untuk tempoh masa yang panjang.

Senario #3 – Syarikat Ini/Itu

Jika pekerja syarikat anda menggunakan perkataan seperti :

“Syarikat Itu”

“Pejabat Itu”

“Pekerja Syarikat Ini”

Jika syarikat anda menggunakan gaya bahasa sebegini, anda sebagai pemilik syarikat perlu melakukan sesuatu. Ini memberi indikasi bahawa pekerja syarikat anda tidak sepenuhnya selesa dan berpuashati bekerja di syarikat anda. Pekerja ini juga mengelakkan daripada mengaitkan dirinya dengan syarikat ini.

Ciri-ciri sesebuah syarikat yang baik adalah seperti berikut

1. Pekerjanya kurang memohon untuk berhenti bekerja. Ini juga bermaksud, tidak ada pekerja baru yang akan memasuki syarikat ini untuk menggantikan pekerja yang berhenti itu.

2. Pekerja merasa kepuasan bekerja. Ini bermaksud pekerja selesa dan merasa syarikat itu adalah syarikat mereka sendiri. Ini akan menjadikan mereka lebih rajin dan tidak menipu dalam bekerja. Ini terhasil daripada pengiktirafan yang diberikan oleh sesebuah syarikat kepada pekerja mereka sewaktu menghadapi masalah dan sewaktu mengecapi kejayaan.

3. Kepentingan syarikat sering diutamakan berbanding kepentingan peribadi. Ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan bagi seseorang pemilik perniagaan. Untuk mencapainya anda perlu wujudkan satu suasana kekeluargaan yang positif dikalangan pekerja anda serta mengambil tahu juga mengenai keluarga terdekat mereka.

Sekian, terima kasih

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails