Yang Menarik Kali ini...

Followers

Friday, August 5, 2011

Cara semak Status Halal JAKIM

Selalu sahaja jumpa wall FB kawan kawan yang sharing produk di pasaran macam starbuck , kopitiam , hotel, susu , biskut dikatakan tidak halal .. Rajin betul depa post di wall FB , di blog itu ini tidak halal.

baik kat sini aku nak share pasal isu produk halal ke tidak .Memula , kita fahami dulu beza antara halal dan haram. Hukum sesuatu benda makan , barang pada asalnya adalah halal.

Menjadi halal jika bersih dan suci .
menjadi haram jika tidak suci , mendatangkan kemudaratan.

Ramai orang bila kata tidak mendapat sijil halal , terus chop sesuatu produk/ premis sebagai haram. Cuba fikir rasional , nasi lemak mak awak masak buat dijual , ada chop halal ke , so , kalau tak ada haramkah nasi lemak tu ?

Itulah yang terjadi masa kini , seperti starbuck yang selalu sahaja dikatakan tidak halal, walhal sudah mendapat sijil halal. orang kita ni suka saja copy dan paste. nak tau dapat sijil atau tidak , semak di website HALAL malaysia iaitu halal.gov.my tahu lah niat awak tu baik , tapi before copy dan paste tu ,buat lah study dulu . Nah.....produk-produk di starbuck disahkan halal (pada masa sy menulis ini).Buatlah semakan untuk produk produk lain juga seperti F&N, KFC, Mc Donald, Kopitiam, Hotel, sabun dan sebagainya.

Jika tidak ada dalam list tidak bermakna tidak halal . OK . kalau depa tak apply sijil halal, konteksnya sama seperti nasi lemak mak awak tu tadi. Yang merisaukan saya ialah , depa yang kaki COPY PASTE , kalau benda tu disahkan halal, kita cakap tak halal .. bukan kah dah jadi fitnah .. Ironiknya , depa kata haram  dan bukannya tak ada sijil halal ... huhu.. nauzubillah. FITNAH itu lebih besar dosanya dari membunuh .

Jika masih ada kemusyiklan , layari website http://Kemusykilan.islamgrid.gov.my

continue reading

Related Posts with Thumbnails