- cendawan tiram kelabu ( putih pun boleh) .Belah utara panggil kulat ..semua cendawan ialah kulat.
- Bawang putih
- Bawang merah @ besar
- cabai melaka
- cabai besar
- Ikan bilis (tak wajib pun) optional kata omputih.
- Jika cendawan besar racik bagi 2 bahagian. Jangan racik kecik. Guna tangan aje. Aku suka cendawan sederhana besar. lagi kecik lagi best. Mudah jer nak tau saiz bagus.. ianya tak perlu racik.
- Basuh cendawan ni di ayaq mengalir. Jauh lebih baik daripada rendam. Sebab kita tak mau kulat ni serap banyak ayaq dan kedua ,jika ada bendasing terus jatuh.
- Tumis minyak dengan bawang putih . AKu suka juga masukkan bawang merah atau bawang besar yang dicincang halus. Halus macam masak kuah masala.
- Bawang putih ikut suka hati lah nak banyak mana.
- Bila dah naik bau tu , masukkanlah cabai melaka yang telah ditumbuk halus. Jaga2 masa ni api kuat dan sapa yang tak tahan akan terbatuk batuk.
- Masukkan ikan bilis yang telah direndam dan dicuci bersih . Kalau nak tumbuk lagi bagus. kalau nak tumbuk baik pakai pes ikan bilik jer.
- Masukkan cendawan . kacau dengan sebati. cendawan ni tanda dah masak ialah nampak layu di dalam kuali . Lembik sangat maknanya over cooked. Masukkan juga cabai besaq sebagai penyeri di taman.
- siap dan sedia dihidangkan.
masakan ini wajar gunakan cabai melaka. Kuantiti cabai memang banyak . Lagi pedas lagi menarik lagi sedap. Dijamin tak akan sakit perut sebab cabai tadi walaupun banyak tetapi telah dimasak hingga masak. Lagipun kita memang pakai cabai yang masak. mana ada orang petik cabai putik.
1sttime aku makan memang susah nak habiskan sepinggan sebab nasi panas, air tea panas dan kulat ni dihidang panas. Dimiasak oleh seorang indonesia. Aku saja lepak rumah depa, time tu depa nak dinner. Menu kami cendawan ini sahaja. sepinggan jer . Pedas sesangat. Cabai melaka jenis kuning tu .Malam kedua aku p lagi dan minta depa masak lagi sekali. Kali ni aku dah bersedia, 3 pinggan aku tibai nasi . Berkuahkan kicap jer..Jalan !!!
enak dimakan bersama ikan sardin goreng. Ikan temenung pun boleh. semua mesti panas. termasuklah dalam rumah yang panas. lagi baguih dok tengah panas.
aku nak p masak menu ni. Chow !!