Jika tuan tuan merokok , itu hak tuan tuan untuk terus merokok .
Tetapi tahukan ada hak bukan perokok yang berada berdekatan .
Hak mereka ialah untuk menyedut udara bukan asap rokok .
Hak mereka untuk tidak mendapat risiko cancer akibat asap rokok .
Selama ini bukan perokok sangat sangat menghormati hak anda untuk merokok .
Kini sudah tiba masanya anda berfikir apakah hak mereka pula selain hak diri sendiri .
Tabiat merokok boleh mendatangkan keburukan pada kesihatan.
Hak bukan perokok adalah untuk tidak mendapat kesakitan yang sama .
Jika anda nak merosakkan diri sendiri , pergi Jahanam seorang diri .
Yang Menarik Kali ini...
Followers
Friday, May 30, 2014
Hak Bukan Perokok
Tuesday, May 27, 2014
Yang baik tauladan , yang jahat sempadan
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?
Sunday, May 25, 2014
Mencari Haruan Teknik Bubu
Untuk mencari ikan haruan dan ikan ikan lain tanpa perlu susah payah tunggu di lokasi , bubu adalah jawapannya . Kenapa tak guna kail dan tinggal . Sebenarnya kaedah guna kail dan tinggal jer tak sesuai andai kata kawasan terbabit ada memerang. Ikan yang sangkut di kail kita tinggalkan itu habuan mudah untuk sang memerang. AKibatnya bila pi angkat kail , cuma tinggal kepada ikan sahaja . Perkara ni banyak kali berlaku pada aku .
Maka untuk tidak merasa hampa ( aku tau itu rezeki memerang) , maka beralih lah kepada teknik BUBU . Bubu ni improvised @ Bubu moden . Bubu tradisional mahal . diperbuat daripada buluh dan rotan . Harganya paling murah di pasaran RM150 . kalau nak besar macam bubu moden aku ni , RM350 gitu . Alkisahnya bubu aku ni daripada gelung logam , jaring jala dan buluh . Moden . Tak sampai RM100. Panjang jugalah . 1 meter ada lah juga.
Cara pasang bubu mudah jer.. letak dalam air dan tinggal . hahaha mudah kan . Awas , pastikan bubu anda tak hanyut dek arus air . Lagi satu , tok sah dok ikut perangai badang . P mengendap bubu dia . bukan ada “pekdah” pun .
Kalau nak tarik ikan masuk bubu , boleh guna umpan macam sawit. lagi baik kalau sawit peram . Perut ayam pun boleh juga. Anak ikan , udang dan lain lain . AKu nak mudah , aku letak sawit biasa jer . Kekadang tak letak umpan apa2 pun . Haruan dalam gambar tu aku dapat tanpa guna apa apa umpan. Letak dan tinggal. Aku pasang lubang masuk arah hilir air . Sebab percaya kalau ikan berenang naik , akan terus masuk . Lagipun air tak laju. Semak dalam air tebal.
Quote Of the day : Cadbury dan isu halal
ada yang tak makan cadbury dok sibuk menyumpah .
tapi mai pasal rokok .. haram jadah diam sunyi pula