Gambar di bawah menggambarkan bajet kasar kos rawatan bagi beberapa penyakit yang serius di negara ini . Ternyata dengan melihat sahaja gambar ini , sudah pasti memiliki kad kesihatan adalah wajar sekali dan mesti diusahakan dengan segera. Jangan terlewat mendapatkan kad sebab sebaik sahaja anda disahkan ada penyakit , tiada lagi kad yang sudi ambil anda. Carilah duit sendiri , pakai lah duit simpanan untuk kos rawatan . Ramai orang beranggapan kadar kad mahal tapi kalau dah bayar rawatan dengan duit sendiri berani ramai yang akan menyesal tidak ada kad . Ternyata di waktu itu mereka masing masing mengakui kadar kad adalah amat rendah sekali .
Saya berani katakan , bahawa saya tidak kejar sangat komisen yang saya dapat daripada caruman tuan tuan tapi apa yang saya kejar adalah ilmu yang saya sampaikan ini dapat membantu tuan tuan di masa depan . Dapat membantu tuan tuan dari segi kewangan dan untuk mendapatkan rawatan segera dan kelegaan segera . Saya amat berterima kasih kepada para peserta takaful yang telah sudi mendengar nasihat daripada saya yang muda ini . Sungguh seronok sekali apabila dapat membantu tuan tuan sekalian .
Jangan berlengah untuk dapatkan kad sebab nanti “ sudah terhantuk baru terngadah” .
Gunakan lah formula yang sebenar “ Gaji – perbelanjaan – takaful = simpanan” . Tabiat kita adalah terbalik dan salah sebenarnya di mana kita beranggapan dapat gaji tolak belanja dan simpanan ( asb , bank , emas , rumah) dan ada baki baru nak ambil takaful . Kalau tak ada baki , sampai bila bila tak ambil insuran. Bayangkan kalau tetiba sakit dan pihak majikan tidak dapat tanggung 100% bil rawatan ?
No comments:
Post a Comment