Apa yang sedang berlaku sekarang semasa aku menulis ini .
Kebangkitan segelintir rakyat . Hanya segelintir .. Jadi tak boleh dipanggil kebangkitan rakyat sepertimana penulis lain . Rakyat bermakna semua rakyat malaysia . Jadi saya berpendapat lebih wajar ditulis “ segelintir rakyat “ .
- Stadium Kelana Jaya .
- 3 hari selepas Pilihanraya Bersejarah Tanah Melayu ( Malaysia ) ke 13 tanggal 5.5.13.
- Segelintir Rakyat rasa tidak berpuas hati dengan keputusan PRU 13 . Percaturan segelintir rakyat untuk mengubah kompenen pemerintah negara kepada kompenen baru tidak berjaya melalui keputusan PRU 13 . Mereka sangsi dengan ketelusan PRU 13 .
- Wajar diteliti dan diperhalusi siapakah yang mendapat manfaat lebih banyak daripada rentetan peristiwa PRU 13 bermula dari pasca PRU 13 , semasa PRU 13 dan selepas PRU 13.
- Perjuangan segelintir rakyat ini mewakili suara suara yang tidak dapat hadir bersama .
- Aku sendiri tak dapat hadir sebab aku tak suka tempat crowded . Bukan bermakna aku tak patriotik , tapi aku ada cara aku sendiri atau lebih tepat aku gunakan channel lain yang terbuka untuk turut serta dalam mendapatkan kebenaran dan manfaat PRU 13 . Tidak hadir bukan bermakna aku tidak suka . Jadi penyataan penuh aku di sini “ aku tidak menyatakan secara terang atau berselindung sebelah mana aku berada “ . AKu hanya menulis apa yang sedang berlaku mengikut pendapat peribadi sahaja.
No comments:
Post a Comment