Yang Menarik Kali ini...

Followers

Thursday, February 7, 2013

Bila Online melalaikan kita … bertindaklah

‘DEDAH KEHIDUPAN DI TWITTER MENGARUT’ – SYLVESTER STALLONE

hhmmm..memang ada benarnya dakwaan dia . Kita pun kenalah kaji balik berapa lama dan adakah dah sampai tahap terlalu mendedahkan kehidupan kita pada orang ramai . Mungkin kita ni perasan sangat yang orang nak tahu , tak pun kita yang nak orang tahu apa kita buat  . Kejap kejap post di wall FB , twit ..ishhh .. ada masanya kita nak solat pun dok teringat pasal benda benda ni . betul tak .. kalau dah sampai tahap mengganggu urusan kita dengan ALLAH S.W.T , maka ada baiknya kita sedar dan muhasabah diri semula ..

di bawah ni petikan berita yang aku jumpa di tenet lerr. ambil yang baik , tolak yang buruk .

syl

AKTOR veteran, Sylvester Stallone menutup akaun Twitter miliknya kerana menganggap tindakan berkongsi kehidupannya kepada khalayak adalah sesuatu yang sia-sia. Pelakon filem Bullet to the Head ini berkata, dia memutuskan untuk menutup akaun tersebut kerana enggan mendedahkan terlalu banyak kisah peribadi kepada peminat.“Saya pernah aktif dengan Twitter tetapi ia adalah tindakan yang sia-sia dan tidak berguna.“Anda tidak begitu memberikan impak dan apabila anda terasa mahu mencetuskan kontroversi dengan mengemas kini sesuatu mesej, anda sedar ia hanya mengundang kritikan daripada orang-orang yang tidak dikenali.“Ia (Twitter) mungkin medium promosi yang hebat tetapi impaknya tidak sehebat mana, ia adalah mengarut,” katanya.Pelakon berusia 66 tahun itu berkata, susulan penutupan akaun sosial itu dia mahu mencari cabaran baharu dalam kehidupan.“Saya selalu mahukan cabaran baharu. Terdapat banyak gunung-ganang di luar sana yang boleh didaki.“Jika semua gunung sudah saya tawan, saya akan bina yang baharu pula,” katanya.

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails