Dalam negara, normal rate ialah RM150 sehari . tetapi biasanya trekking siang hari sahaja. Amalan yang sepatutnya trekking siang hari sahaja. Selalunya guider ada tempoh masa ( target hour) untuk sampai ke campsite. Biasanya targetnya akan sampai sebelum malam menjelma. On paper , jika peserta tidak berjaya sampai campsite dalam tempoh masa diberikan ( selagi masih siang) , dan akhirnya masuk fasa malam masih trekking, maka Over time OT akan dicaj . Secara praktiknya, tak ramai guider yang berbuat demikian kerana hati budi mereka memang baik .
emm... fahamilah situasi guiders gunung kita.
1- tinggalkan family
2- tinggalkan job makan gaji (ambik cuti) , keja sendiri (tak ada gaji)
3- tanggungjawab 24 jam
4- kos mereka
5- Upah yang setimpal ? never ever setimpal . apa kita bagi selama ini hanya sumbangan.
so.. pengajaran di sini , bila nak negotiate upah guider gunung , better lupakanlah . Kerja mereka mencabar , tempoh masa dari mula pendakian hinggalah tamat xpdc. RM150 bahagi 24 jam .. sejam berapa RM lah sangat . Job mereka seharian jauh lebih baik dan selesa lagi selamat berbanding guiding kita di hutan .
No comments:
Post a Comment