Yang Menarik Kali ini...

Followers

Wednesday, July 25, 2012

Ukiran Inai Hukumnya?

A. BOLEH ?
B. TIDAK BOLEH ?

salam kepada semua pembaca.

Aku tetiba terasa nak bercakap akan hal inai berukir di tangan dan jari.
Setahu aku benda ni memang dah jadi rutin golongan wanita terutama pada musim perayaan dan kenduri kawin. Bagi kenduri kawin....emmmm the bride lah yg terutamanya akan hias tangan dan jari dengan inai.. well, kalau pakai dengan cara normal di hujung jari, tapak tangan termasuk dalam sunnah. maka disunatkan kita berbuat demikian, lagipun ada kepentingan dari segi perubatan. Inai di tapak kaki....ishhhh..tak kan tau kot.. mesti lah nak sorokkan, nak bagi lebih ghairah lagi akan keperawaan seorang gadis... erkk..korang tau tak, tips nak tengok sorang gadis dara ke tak cam ne? mesti lah di kaki nya..itulah fungsinya inai selain cantik dan ubat!

So, balik cerita asalnya tajuk post kali ni, pendapat aku, inai yg dipakai dengan cara menghias seolah ukiran, bentuk, menjalar, bunga, flora ke tumbuhan ke adalah seolah olah menyerupai Tatu . Tatu ada macam macam gaya dan corak termasuklah corak flora.

Bacaan aku akan pendapat org ramai akan hal ini terutama sumber2 dari blog, aku dapati ramai antara mereka setuju ukiran inai dibolehkan.. pelbagai pendapat / alasan dari mereka membolehkan ukiran inai ini dilaku.. antara alasan2 mereka ialah :
  1. Ukiran inai ini tidak kekal seperti Tatu
  2. Ukiran berbentuk flora dibenarkan asalkan bukan bentuk pelik @ binatang.
  3. Dalam majlis kenduri ada lagi adat lain yg bercanggah tapi orang tetap buat macam bersanding, jika ukiran inai pun boleh lah dibuat. Bersanding lagi salah, inai ni salah kecik jer.. emmm..MasyaAllah ada juga org fikir, alang2 berdosa, buat jer lah yg kecik ni juga!
  4. pakai inai itu sunat maka boleh lah..
  5. Tak de fatwa kata haram
  6. tak tau
Jadi apa pendapat anda?
Pada pengetahuan aku , ukiran inai tadi menghampiri tatu , maka sebaiknya ditinggalkan.

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails