Yang Menarik Kali ini...

Followers

Tuesday, July 31, 2012

Melayu mudah Lupa lagi tak apa

tadi alkisah borak dengan soang kawan. Bla bla bla bla.. masuk cerita pasal penempatan kolej di Universiti dulu.

kawan aku ni , dia dapat menetap di kolej sepanjang dia belajar. Dia dalam kategori mereka yang tidak mampu dari segi ekonomi untuk menetap di luar.

Dia ni tak kisah pun pasal student lain yang tak dapat kolej.. Opss dia ni lelaki. Di U dulu, kolej lelaki satu jer . Dia kata kalau dah tak dapat kolej buat ler cara tak dapat kolej , tak payah ler nak fight ( berjuang) . Aku kata, depa fight bukan untuk dapatkan kolej pada sem tersebut sebab kolej dah penuh. Aku kata depa fight untuk dapatkan lagi tempat untuk siswa di kolej memandangkan siswi sudah pun mendapat dua buah kolej baru . Jadi kouta siswa tidak bertambah sebaliknya siswi bertambah . Dia masih kata lantak p la kat siswi . Aku pula kata, tak boleh ler macam tu , siswa pun perlukan kolej , ramai juga kalangan siswa yang masih perlukan kolej . Penempatan di kolej bagi lelaki dari segi kapasiti tak sama ditambah pula tahun 1  sahaja layak bagi siswa tetapi siswi layak sehingga tahun 3. Tak boleh ambik kira siswi kaum yang lemah dan perlu dilindungi sahaja. Faktor ekonomi harus diambil kira juga. Till end of discussion mamat tu still tak ambil endah nisbah siswa kepada siswi.

aku conclude dia tak kisah dan kata tak ada gunanya MPP, warden dan staff berkenaan fight untuk tambahkan jumlah penempatan siswa di kolej. Dia tak kisah sebab dia adalah golongan yang dapat koleh sehingga tamat pengajian. Dia tak endahkan orang lain sebab dia dah pun dapat kesenangan. Tak hairanlah aku tengok rezekinya ada part yang tak murah . maybe sebab dulu dia bersyukur dapat kolej dan berterima kasih tetapi maybe dia lupa mengenang nasib siswa yang lain dan tak pula berusaha menolong . Maybe dia pun tak pernah berharap atau berdoa supaya bilangan kolej siswa ditambah. Ialah, dia dah dapat apa dia nak, dia tak kisah dah orang lain . Huh, orang macam inilah yang tak layak mendapat kolej kerana dia hanya pentingkan diri sendiri sahaja.

aku cuba mencari peribahasa atau simpulan bahasa yang sesuai untuk mamat ni. Sesiapa ada cadangan ?

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails