Yang Menarik Kali ini...

Followers

Sunday, January 23, 2011

PTPTNi satu perniagaan Bukan Bantuan

emm. aku ni tak suka ngan sistem PTPTNi yang diperkenankan oleh gov kita.Pasai apa. pasai PTPTNi ni dah ambil alih tugas kerajaan dalam memberikan peluang belajar kepada seluruh pelajar di institut pengajian tinggi kita. Suatu masa dulu, kalau kita berjaya mendapat tempat di menara gading, insyaAllah soal wang pengajian akan dibantu dari pelbagai sudut terutamanya daripada pihak kerajaan termasuklah pihak yang nak sponsor. dulu dulu kita sering dengar biasiswa, tapi dengan adanya PTPTNi, sistem biasiswa satu perkara ganjil pula . Biasiswa hanya kepada mereka yang betul2 cemerlang sahaja. tak kira lah dia miskin atau kaya. Pendek kata, hanya beberepa kerat sahaja insan2 yang bernasib baik akan terima biasiswa.

balik kepada PTPTNi. Pi tolong Pi tambah Nahas.
PTPTNi ni dulu katanya 4% kos pengurusan daripada jumlah pinjaman. La ni depa kata depa berhati perut maka diturunkan kepada 1% dengan sistem ujrah kot. ke ijrah.. maaf aku tak arif bahasa arab ni. Pun begitu ianya tetap disandarkan kepada jumlah pinjaman. tu yang aku tak setuju.

PTPTN wujudmu utk membantu mahasiswa meneruskan pengajian, mendalami ilmu mereka tanpa perlu memikirkan soal kewangan. Pun begitu dikau sungguh kejam, hanya mengambil kesempatan ke atas kami yang tersempit dek kewangan. Mengapa aku berkata begini. Sebab jika niat utk membantu kenapa dikau sampai hati ambik kos pengurusan atas nilai pinjaman dan tak sekata, percentage tersebut juga adalah atas baki semasa.

pada hemat saya, alangkah baiknya PTPTNi dan akan murni niat PTPTNi itu dan tak kejam PTPTNi itu jika hanya ambil balik sekadar yang perlu sahaja. Maksud aku , caj pengurusan , upah atau apa2 sahaja yang dilabelkan bagi kadar yang lebih drpd nilai pinjaman sekatakannya.
sorang pelajar tak akan lah sampai RM600 utk kos pengurusan kontrak pinjamannya dengan PTPTNi ?

cuba kali dengan 10,000 pelajar.. dah berapa banyak kos pengurusan yang PTPTNi terima ?
tak boleh cover lagi ke kos pengurusan kontrak kami.

cuba lah sekata / fixed charge pengurusan awak tu. tak kiralah pinjam berapa banyak pun , satu nilai fixed harus diamalkan. sebagai contoh.

jika pinjam RM15,000 . maka kena bayar balik RM15,600 sahaja dan bukannya kena bayar atas pinjaman tertunggak mahupun baki semasa.

yang awk amalkan sekarang, jika RM15600 tahun ni,maka tahun depan % akan dikira atas 15600 walhal kami tak dapat pun RM600 tu... ini mencuri atas nama membantu. terang2 mencuri . masa tandatangan kontrak, tiada penerangan khas tentang perkara ini. Jadi kami seolah olah teraniaya.

Ini pendapat saya , harap maklum. Maaf jika tersinggung.

1 comment:

Anonymous said...

cuba kali bilangan ppelajar yang semakin bertambah.
dan cuba cari berapa banyak PTPTN terpaksa tanggung akibat daripada pelajar yang tidak bayar.
Lagipun jika kita pandai, ada yang dapat bayar 100% sebelum habis belajar. Dengan melakukan perniagaan yang BERFAEDAH

continue reading

Related Posts with Thumbnails