Yang Menarik Kali ini...

Followers

Sunday, January 30, 2011

Berbasikal Di Bukit Cherakah Shah Alam

Hari ini, 30 Januari 2011 aku dan teman teman meredah jua hujan renyai untuk berbasikal sekitar bukit Cherakah. Sampai agak lewat, iaitu sekitar jam 10pagi, maka kami terpaksa menunggu turn mendapatkan basikal . Kami kena tunggu penyewa terawal memulangkan basikal. Rupa-rupanya jam 10 pagi tu kategori lewat.
kadar sewa :
  • RM5 sejam pertama.
  • RM1 setiap jam berikutnya.
Basikal cap Ayam jer lah.. cukup lah.sekadar mengayuh tak perlulah cap terbaik. Bagi basikal cap terbaik . Tak ingat pula brand apa . kadar sewanya pula
  • RM10 sejam pertama
  • RM10 setiap jam berikutnya
Kalau nak bawa basikal sendiri pun boleh juga, terus ke tempat basikal ni


Tips
Masa ambil basikal pastikan tak bocor / angin tayar tak kempis / kekurangan angin
Pastikan brek berfungsi, minta foreman betulkan jika brek tak makan / kurang makan
Laraskan seat mengikut keselesaan anda. Foreman boleh adjust utk anda.

Di sini adalah kawasan berbukit. Menuruni bukit sangat laju. pastikan brek berfungsi sepenuhnya. Gunakan gear rendah pabila menuruni bukit, kenderaan besar tidak dibenarkan memotong, amalkan panduan 5saat pabila menuruni bukit. dan pandu selamat jiwa selamat. Kita boleh juga bawa basikal sendiri tapi perlu mendapatkan permit. Permit ini boleh didapati di tempat sewa basikal ini pada harga RM10.

1 comment:

TravelWithMillo said...

kalau gitu Millo naik skooter je r...senang permit memang dah ada, tak payh nak pening tukar gear bagai...chilex jer...

continue reading

Related Posts with Thumbnails