Yang Menarik Kali ini...

Followers

Monday, May 25, 2009

Nilai kasih sayang dalam masyarakat melayu

what a topic...but it's good to read.. tak rugi pun kalau baca!

masyarakat melayu memang secara tradisinya merupakan masyarakat yang amat menitikberatkan persaudaraan dan kasih sayang sesama anggota masyarakat.
Hal ini terbukti melalui amalan kerjasama dan gotong-royong yang terpupuk sejak sekian lama. Sehubungan dengan itu, sekiranya diimbas dalam kehidupan masyarakat melayu pada zaman lampau maka unsur-unsur seperti gotong royong amat terserlah dalam pelbagai aktiviti.
Kerjasama dan gotong-royong dijalinkan ketika kenduri kahwin, pembinaan surau, membersihkan persekitaran kampung dah sebagainya. Sesuatu yang sudah deterima dan diamalkan dalam kalangan masyarakat ialah 'muafakat membawa berkat'.
Bukan sedar itu sahaja, malahan diatas dasar kasih sayang dan persaudaraan juga membawa kepada sifat prihatin kepada orang lain. Maka tidak hairanlah apabila seseorang itu boleh menegur anak jiran yang dilihat melakukan sesuatu yang salah atau yang bercanggah dengan nilai budaya masyrakat dan pegangan agama.
Menganggap anak jiran sebgai anak sendiri menjadi suatu perkara yang boleh diterima dalam masyarakat. Semua ini datangya daripada kasih sayang yang terjalin dalam masyarakat melayu ketika itu. Sebenarnya persaudaraan dan kasih sayng seumpama ini memang sudah sedia maklum dituntut dilaksanakan menurut ajaran islam. Bahkan mengenai persoalan jiran, hadis Nabi S.a.w yang sahih telajh menyatakan bahawa 'Jibril a.s sentiasa mengingatiku tentang jiran sehingga aku menyangka bahawa mereka boleh mewarisi harta pusaka.
Hadis ini menunjukkan betapa hubungan akrab yang wajib dijalinkan dengan jiran. Begitu juga nilai kasih sayang terpapar melalui hadis Nabi s.a.w yang bermaksud 'tidak sempurna iman seseorang itu apabila tidur dalam kekenyangan sedangkan jiran berada dalam kelaparn sedang ia mengetahuinya'.Di samping itu, Nabi s.a.w juga mengaitkan nilai kasih sayang itu dengan unsur penting yang boleh melahirkan keimanan kepada Allah s.w.t seterusnya dengan unsur keimanan tersebut akan memudakan laluan ke syurga. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "kamu tidak boleh masuk syrga selagi kamu tidak beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak berkasih sayang antara kamu..".
Jelaslah betapa nilai persaudaraan , kasih sayang , prihatin sesama masyarakat melayu yang terbina sejak sekian lama merupakan hasil ajaran Islam yang suci murni. Namun sesuatu yang menyedihkan berlaku mutakhir ini ialah nilai kasih sayang dan persaudaraan yang terjalin dalam kalangan masyarakat melayu kian pudar dan terhakis.
Ini berikutan pengaruh kebendaan, pentigkan diri sendiri dan pelbagai lagi aspek negatif yang kian menular dalam masyarakat melayu yang bukan sahaja menghakis budaya melayu, bahkan mencermar nilai ajran Islam yang murni. Apa tidaknya? Sesetengah orang dalam masyarakat melayu pada hari ini sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dan survuval peru , nafsu dan material semata-mata. Justeru nilai kasih sayang dan persaudaraan kian dilontar jauh-jauh. Nabi s.a.w telah mengaikan iskapp ini dengan penyakit dinamakan 'wahan' iaitu cintakan dunia takutkan kematian.
Dalam konteks masyarakat melayu kini, seseorang tidak laig boelh menegur anak jirannya yang melakukan maksiat dan kemungkaran dalam masyrakat.Konsep 'anak masing-masing' menjadi jadi. Lalu dengan alasan jangan jaga tepi kain orang segala apa yang dilakukan langsung tidak boleh ditegur sebaliknya sekiranya dinasihati akan keluarlah kemrahan dan seumpamanya. Ada yang menyatakan "kubyr masing-masing" tak perlu ambil tahu apa yang aku buat. Sikap sebegini sudah tentu menjejaskan nilai kasih sayang dan persaudaraan dalam masyarakat. Sebaliknya ia mewujudkan permusuhan dan kebencian.

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails