Kunjungan saya ke pos kemar melalui bandar Grik dan jalan bengkang bengkok selepas kampung bersia lama dan menuju ke pengkalan trojan sebelum menaiki bot dan 4x4 .
Sekolah ini menempatkan pelajar dari peringkat Pra sekolah hingga darjah 6. Kekuatan guru seramai 30 orang . Jumlah yang ramai jika di sekolah perkampungan orang asli tempat lain , tetapi jika di RPS Pos Kemar ini , jumlah ini adalah rendah berbanding jumlah pelajarnya yang mencecah 800 orang .
Di sini bukan kisah guru nak disampaikan tetapi nak minta anda , orang ramai especially ibu bapa andai sudi menyumbangkan pakaian persalinan uniform sekolah anak anak yang terpakai . Semua ini bolehlah disumbangkan melalui kami dan kami akan cuba sampaikan kepada murid murid sedaya upaya kami . Biasanya akan dibawa masuk oleh guru-guru sendiri . Kehidupan anak anak murid ini sesetengahnya terpaksa tinggal di asrama memandangkan jarak perjalanan ke sekolah yang jauh . Bayangkan lah anak anak kecil pra sekolah- darjah 6 . Lihat anak anda , masih kecil dan mentah mereka bukan . Apatah lagi murid murid orang asli ini , kecil kecil lagi terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan uruskan hidup sendiri di asrama. Memang ada guru bertugas tetapi , secara peribadi mereka masih tidak dapat menguruskan setiap murid. Lantaran masih ada murid yang tidak ada kelengkapan sekolah yang mencukupi . kasut selipar sebelah lain sebelah sana lain . Ada juga selipar besar sebelah , kecil sebelah . Itupun jika ada selipar . Baju sekolah , ada yang tidak berbasuh sebab ada 1 set salinan sahaja . Jika ada 2 atau 3 pasti guru akan basuh .
Dari segi sumbangan , kami hanya menerima uniform sekolah standard . Iaitu baju putih dan seluar biru , kain biru tua sahaja. Kasut sekolah berserta stokin juga . Selipar juga boleh.
Masuklah dan lihatlah sendiri semangat mereka untuk belajar walaupun dalam serba kekurangan termasuk dari segi kewangan, masa , bahasa , guru , kasih sayang dan masa bersama keluarga . Beruntung kita bersekolah di kampung biasa , di bandar . anak anak kita selesa belajar di sekolah yang jauh lebih baik dari mereka di perkampungan orang asli ini . Jika ingin masuk dan melihat mereka , boleh hubungi kami untuk uruskan bagi pihak anda.
Lepas ni boleh lah turut serta dalam Page FB kami .Klik , share dan menderma jika mampu.
https://www.facebook.com/pages/Derma-Uniform-Sekolah-Untuk-orang-Asli/469465843147690
https://www.facebook.com/pages/Derma-Uniform-Sekolah-Untuk-orang-Asli/469465843147690
No comments:
Post a Comment