Yang Menarik Kali ini...

Followers

Thursday, July 4, 2013

Beliung yang Banyak dalam Peribahasa Melayu

Beliung juga digunakan untuk perumpamaan dan peribahasa Melayu. Antaranya adalah :

beliung1beliung2

Peribahasa
Makna

Bagai beliung dengan asahan. Tidak pernah berpisah.
Tidak pernah berpisah

beliung yang besar hayun, kecil makannya.
Besar cakap tetapi hasilnya sedikit.

Bersua beliung dengan sangkal.
Sangat sesuai (kerana sefaham atau setujuan). sangkal = tangkai beliung

Bertemu beliung dengan ruyung.
Bertemu dengan lawan yang sepadan.

Bertemu teras dengan beliung.
Bertemu dengan lawan yang sepadan.

Habis kapak berganti beliung.
Sangat rajin bekerja.

Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas.
Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung.
Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia.

Kapak menelan beliung.
Yang baik ditukar dengan yang buruk.

Kecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar.
Walaupun orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar.

Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.
Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.

Seperti beliung besar ayun, kecil makannya.
Besar cerita daripada perbuatan.

Seperti kapak menyelam beliung.
Orang malas disuruh mengajak orang yang malas pula bekerja.

Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi.
Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras.

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails