setiap hari kena ingat Allah ...dan ingat mati .. baru kita sedar kita ni diutuskan ke dunia untuk apa . Ambil tahu syurga .. tahu ngeri neraka jahanam tu ,buat bacaan pasal neraka..kaji neraka tu macam mana.. ada masa bila ingat mati rasa dunia ni sempit sangat walaupun orang kata besar .
Yang Menarik Kali ini...
Followers
Monday, January 21, 2013
Wednesday, January 9, 2013
Outdoors Vs Makan makan Mania
ya..begitulah entry kali ini , sebenarnya ini adalah pakej baru nak diperkenalkan disini oleh pihak kami .
Sambil berhibur, berlibur , beriadah , bersukan akan disajikan pula dengan pelbagai jenis makanan dan minuman . Pakej ini sesuai untuk family day atau apa jua tema anda . Tawaran kami adalah seperti berikut :-
- RM10,000 untuk maksimum 90 orang makan
- Acara sehari sahaja ( 1 day event )
- Bukan buffet sebaliknya adalah konsep “ Pasar Malam” . Kaunter makan dan minum anda dibuka seperti pasar malam ( Booths ) atau “ FOOD STALL “ style.
- Boleh makan di semua kaunter ( selagi stok masih ada)
- Tidak kurang daripada 15 booth akan dibuka untuk anda . deposit 50% atau RM5,000 atau yang mana lebih tinggi 2 minggu sebelum acara
- Juadah yang ada antaranya roti jala , char kuew teow , laksa , mee , kuih muih , ayam golek , cendol , bubur , dan lain lain lagi .
- kos merangkumi meja makan , kerusi , tempat dan tandas .
Tuesday, January 8, 2013
Pokok Mulberry Untuk Dijual
Dalam tempoh sebulan lagi , anak anak pokok Mulberry yang sihat dan segar akan dapat dipasarkan . Pokok ni jika dilihat dari segi lanksap ….secara peribadi saya katakan sangat cantik apabila telah berbuah. Buahnya yang merah kemerahan dan hitam kehitaman sebaik masak amat menarik perhatian . Kita akan seolah olah dipanggil untuk memetik buah buahnya . Mata kita akan ke sana sini memerhatikan sambil mencari di mana buah buahnya yang masak ranum. sedap , manis dan berjus … JUICY kata dalam english .
Buat masa ini , anak anak pokok ni tak boleh dijual lagi sebab saya nak pastikan ianya betul betul berjaya mengharungi saat-saat getir untuk hidup dan bercambah daun dengan banyaknya. Harganya pula sekitar RM5- RM25 bergantung kepada usia pokok tersebut. nanti saya letakkan gambar anak anak pokok yang masih dalam polibeg dan telah dipindahkan ke tanah .
Subscribe to:
Posts (Atom)