Yang Menarik Kali ini...

Followers

Friday, February 4, 2011

Kain samping warisan

Ini kain samping yang diberikan oleh arwah Atok. Tiap kali raya pakai samping ni biarpun warnanya dah lusuh.Sekarang , tengok samping ni pun dah buat aku sayu. Teringat, rindu sangat dengan arwah atok. Dulu saban bulan pasti aku pulang bertemu dengannya walaupun jarang bercakap tapi aku senang berada di sisi atok di siang dan malam hari . 24 jam bersama atok . Hanya kami berdua sahaja di rumah dari pagi sampai ke malam sampai lah pagi semula. Adakala atok tidur bersama aku di depan TV.. biarpun usia aku ni dah nak menjangkau 3otahun, atok masih sudi tidur bersama meneman aku di ruang tamu. Atok yg dirindui.. x dapat nak post gambar atok sebab koleksi aku semua atok tak bertudung. Hanya songket ini buat aku paparkan kali ini.. kawan-kawan..mohon, sedekahlah Al-fatihah buat arwah atok dan sekalian umat islam yang dah kembali kepada Allah. Dari tanah kita datang , kepada tanah kita pulang.

Axe Deodorant Bodyspray


Em..malam ni, di kala jam 1.30 pagi..
tak leh nak lelap.. sambil melayan kawan2 chat di FB. Dulu pakai Nivea for men.. Maaf Nivea, cinta telah dikapak oleh AXE .. Aku pilih " AFRICA" . Dah berbulan pakai, ok..smell so good biarpun after seharian di luar sana. Yang penting, diriku dan pasanganku boleh tahan dengan bau ini. Recommended utk guys di luar sana cuba pakai yg ini.

boleh didapati di pasaraya utama. harganya dalam RM12.90 gitu.

continue reading

Related Posts with Thumbnails