Yang Menarik Kali ini...

Followers

Tuesday, December 27, 2011

Home Tuition’s Tutor Wanted spm 2012

Kali ni buat tahun 2012 saya mencari Tutor home tuition seperti berikut. Masih kosong .
UDPATE : 2 januari 2012


Lokasi :::::::::::::: seksyen 8 shah alam
Rate::::::::::::::::::RM 40 / jam – TBA upon discussion . lagi murah lagi baik.
subjek::::::::::::::: Sains SPM ,Akaun SPM , matematik Tambahan SPM
Jantina:::::::::::::: pelajar wanita …..tutor wanita
tempoh::::::::::::l: SPM 2012

hubungi saya untuk maklumat lanjut , sebelum itu submit CV ringkas + gambar ke email saya. sukahatiadam@gmail.com . Lepas tu  baru hubungi saya by phone
0173727965 – cikgu adam

awak tak bekerja dengan saya tapi kita kerja bersama sama

Sunday, December 18, 2011

Dah jatuh ditimpa JPJ !!!

Pengadu tak puas hati dikenakan tindakan ketika hadir ke Kompleks JPJ

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 17, 2011

PADANG JAWA - Hasrat untuk membayar cukai jalan namun lain pula jadinya apabila tidak sampai dua jam menjelaskan bayaran tersebut, seorang penjawat awam disaman pula oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor yang menjalankan operasi penguatkuasaan di pintu masuk Kompleks JPJ Shah Alam, di Padang Jawa, kelmarin.
Pengadu yang hanya ingin dikenali Razli, 30-an mendakwa, dia bersama tiga rakan ke kompleks berkenaan untuk membayar cukai jalan RM600 bagi kereta Proton Wiranya kira-kira jam 10.30 pagi.
“Namun sebaik selesai urusan saya dan rakan terkejut apabila disaman oleh anggota JPJ yang menjalankan operasi pemeriksaan di pintu masuk Kompleks itu sekitar jam 12 tengahari.
“Saya disaman kerana tidak pakai tali pinggang dengan denda RM300. Saya akui memang kesilapan saya namun apa yang saya kesalkan kenapa anggota JPJ harus menjalankan operasi di pintu masuk kompleks yang juga kawasan Kompleks JPJ (pintu pengawal keselamatan)?
“Apa yang berlaku disifatkan sebagai tidak bertepatan dan langsung tidak mesra pelanggan kerana saya difahamkan JPJ mengamalkan sikap mesra pelanggan namun apa yang berlaku sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tindakan ini menakutkan orang ramai untuk datang melaksanakan sebarang urusan di Kompleks JPJ.
Dalam pada itu, pengadu turut mendakwa terdapat ramai lagi orang ramai yang menerima nasib yang sama dengannya yang disaman atas pelbagai kesalahan ketika mengunjungi kompleks itu untuk berurusan.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Ahmad Awang berkata, JPJ Negeri Selangor sentiasa mempertingkatkan usaha untuk mengesan pemandu dan kenderaan yang melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya.
Beliau berkata, langkah ini dilaksanakan supaya orang ramai sedar dan bertanggungjawab dengan mematuhi undang-undang sama ada semasa memandu selain keperluan undang-undang ke atas sesuatu kenderaan untuk digunakan di atas jalan raya mahupun di mana-mana kawasan awam.
Berkaitan dengan rungutan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saman oleh anggota JPJ ketika berurusan di kawasan kompleks JPJ Shah Alam Padang Jawa, Ahmad berkata, untuk makluman tindakan penguatkuasaan dalam kawasan berkenaan dibuat ekoran pihaknya sering mendapat aduan daripada orang ramai.
Katanya, mereka minta supaya JPJ mengambil tindakan terhadap kenderaan yang sering keluar masuk dalam kawasan JPJ yang kelihatan memasang cermin gelap serta mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan.
“Kenapa JPJ tidak boleh ambil tindakan terhadap golongan ini sedangkan secara jelas mereka melakukan kesalahan dan begitu berani melanggar peraturan dalam kawasan agensi yang menguatkuasakan undang-undang jalan raya.
“Sehubungan itu, anggota kami sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pesalah yang berada dalam kawasan Kompleks JPJ selaras dengan peruntukan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya sebagai maklum balas terhadap dakwaan pengadu.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Friday, December 16, 2011

Novel : Sang Pelangi

Hasil nukilan sebenar oleh : IKATKATA

Penulis : Andrea Hirata
Penerbit : Pts Litera Utama (2007)

Ini sekuel kedua dari tetralogi Laskar Pelangi. Nipis. Lebih nipis dari Laskar Pelangi. Hampir separuh kali ganda dari siri yang pertama.

Sang Pemimpi meneroka perjalanan hidup Ikal di alam sekolah menengah (SMA). Dua watak baru diperkenalkan memegang peran utama disamping Ikal ; Arai dan Jimbron.

Arai ; sepupu jauh Ikal yang kematian ayah dan ibu sejak kecil. Arai dibesarkan keluarga Ikal. Membesar sebagai anak yang berdikari dan sering melindungi Ikal.

Jimbron ; anak kampung yang gagap dan kurang pintar, sangat menghantui kuda.  

Novel ini sebahagian besar dari intinya berkisar tentang 3 watak ini. Lupakan seketika tentang Mahar dan Lintang yang mewarnai kancah hidup Ikal dalam Laskar Pelangi. Dalam Sang Pemimpi Arai dan Jimbron ialah Mahar dan Lintang.

 

Andrea Hirata sesungguhnya bukan manusia biasa yang menempuh jalan biasa untuk tumbu membesar dan mendewasa. Jalan-jalan yang Ikal, Arai dan jimbron lalui sesuatu yang tidak tergambarkan.  

Babak pilihan yang mengesankan.
1. Ikal mengejar ayahnya yang mengayuh basikal ketika pulang dari majlis penyampaian hadiah tahunan. Ikal mendapat tempat corot.
2. Jimbron menghadiahkan Arai dan Ikal tabung kuda.
3. Arai menangis membaca keputusan biasiswa yang diterima.
Tiga babak ini cukup penting dan pada saya sangat mengesankan.

Secara peribadi saya sangat mengagumi Arai, sebagai seniman kehidupan. Arai insan yang memberi inspirasi. Saya mehu mengambil semangat dan kekuatan Arai untuk tumbuh menjadi seniman kehidupan. Jimbron sahabat yang sanggup berhabis segala demi sahabatnya lain. Dan Ikal manusia terpilih dikurniakan sahabat terbaik, Ikal dan Jimbron.Sukar sekali saya menyeka kelopak mata dari bergenang. Namun ditahan-tahan juga. Sungguh tajam dan jernih kata-kata yang digunakan Andrea (dan saya harap terjemahannya juga begitu).

Saya mencalonkan Arai sebagai watak utama paling mengesankan dalam novel untuk anugerah buku tahun ini. Ada atau tidak anugerah sebegini?Selepas Hamka dan Pram, saya memilih Andrea untuk menyusul sebagai pengarang kegemaran.

Thursday, December 1, 2011

2012 - Aku kena stop mendaki Gunung

AKu tahun depan 2012 dah kena stop aktif dalam aktiviti gunung dan outdoors.
Seriously. kurang aktif tahun depan . Dalam tahun depan (2012) mungkin hanya 3,4 kali sahaja . emm.kalau  3,4 kali tu boleh dipanggil tidak aktif kot. bukan kurang aktif dah tu. Kenapa pula nak stop

sebab aku nak keja tetap . bila aku keja tetap aku boleh ikut trip bila cuti sahaja. Bila aku dah keja tetap , ada cuti setiap minggu , cuti tahunan pun begitu aku prefer habiskan cuti tu dengan orang orang aku sayang sahaja. aku lebih senang balik kampung atau spend masa/ hari cuti dengan orang tersayang sahaja.

Printwork-hard

Kenapa pula aku kena keja tetap . Sebab permintaan di dia.
kenapa sanggup tinggalkan keja sekarang. Sebab utk si dia.
Bukankah keje sekarang sangat disukai .. Sebab berkorban utk si dia
Bukankah keje sekarang juga hobi.. sebab berkorban utk si dia
Keja sekarang lebih lumayan , masa lebih banyak….sebab utk di dia.
kenapa nak berkorban utk si dia.. sebab tak mau sia sia pengorbanan si dia.
kenapa sanggup buat demi si dia.. sebab hati budi nya.

Lebih baik tinggalkan apa yg disukai drpd melepas apa yg menyukai aku.
Pengorbananku sekelumit berbanding yang telah dia korbankan untuk ku

Thursday, November 24, 2011

extreme Rafting 4 Disember 2011 OPEN

ya.. seperti tajuk post ini , pada 4 Disember 2011 akan diadakan white water rafting Extreme. Trip ini akan mengambil masa sekitar 6 jam untuk dihabiskan .

buat masa ini penyertaaan masih dibuka berikutan masih ada  tempat kosong lagi.

yuran  : normal RM280
Masa :  8.00 Pagi , 4 disember 2011
kekosongan : 12 pax sahaja lagi
level : 3,4,5
kepuasan : Maksimum
3313898189_be93526669_o3279446019_05a9a39430_o
sila berhubung dengan saya segera bagi mendapatkan tempat anda
Adam
0173727965 / 0133730964

Sunday, November 20, 2011

Blouse For Sale

Saiz :::::::::: S & L
Material:::::: soft cotton
warna::::::::: Kelabu saiz S dan hitam saiz L
Harga::::::::: RRP RM96.00
Tawaran:::::: RM60.00
Postage:::::: RM7
Availability::: available ( 20 nov 2011 –updated)

Photo-0643Photo-0646

tempahan dan bayaran
Goodwill Escape - 0173727965

Monday, November 7, 2011

Malaysian idiots @ Kuala Kangsar

Aku dalam perjalan ke Utara. Berhenti seketika di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sg.Perak . Apa nak dikongsi disini ialah Orang bodoh malaysia . Aku berani kata bodoh kerana gambar di bawah ini . 

lihat closesly kon kuning itu tertulis apa.
Photo-0600Photo-0601Photo-0602Photo-0603

untuk pengetahuan ,pada masa gambar ini diambil masih terdapat kira kira 10-15 parking kereta yang masih kosong. Tempat Malaysian Idiots ini pula sebenarnya adalah untuk kenderaan besar .Cuba bayangkan anda dalam bas , driver bas masuk ke sini tapi tak dapat parking .Anda ,anak anda sakit perut sesangat nak terberak .Apa perasan kamu ?

Thursday, October 13, 2011

Sad but true–Steve Jobs nyer cite

298356_10150847376055543_774495542_21062764_1731942376_n

Dunia kehilangan seorang genius. Ramai yang dapat tahu dan terkesan di hati . Tok sah cakap pasal dunia tapi pasal malaysian . rakyat negara ni pun dok kesah kehilangan gadget genius . renungkan gambar ni, ada kesah ke pe jadi dengan 1 juta yang mati . bukan kata steve tu tak kisah dengan 1 million yang mati tapi ….kita…kita yang hidup ni .. ada kisah ke dengan 1 juta yang mati berbanding steve sorang ajer.

“kuman depan seberang nampak , gajah depan mata tidak”

Tuesday, August 9, 2011

Periksa Jantina Komputer Kita

voice

  1. Awak buka NOTEPAD
  2. tulis CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love adam"
  3. save as sebagai ....…………………… ilove you.vbs
  4. bukak balik kat tempat save file tu, dan double klik.
  5. tadaaaa.. dengarlah narrator suara laki, perempuan atau pondan ?

Saya Red heart kamu jadi saya sharing di sini. Selamat mencuba.

Monday, August 8, 2011

Ada cerita pasal Orang dan Puasa


Orang biasa ::::::::::::::::::: nak beli juadah apa di bazar hari ini
Orang sederhana:::::::::::: nak berbuka restoran/kedai mana hari ini
Orang Senang ::::::::::::::: Di mana buffet yang menarik hari ini.
Orang mewah ::::::::::::::: Hotel mana hari ini
Orang Utan ::::::::::::::::::aku tak posa
Orang Asli ::::::::::::::::::: apa saja boleh dimakan di hutan ini asalkan halal.
Orang-orangan ::::::::::::: Aku tak de kena mengena, kerjaku pak pacak jer di kebun.
Orang Susah ::::::::::::::apa yang dapat kita makan hari ini. ntah ada entah tidak.
Orang Miskin ::::::::::::::: Kais pagi simpan berbuka, kais petang belum tentu ada.
Orang Pelarian::::::::::::: Dapat berpuasa hari ini sudah memadai berbuka dengan tamar

SONY DSCorang-miskin
Hikmah disuruh berpuasa agar kita ingat dan turut merasa keadaan mereka yang tidak bernasib baik dari segi tidak mendapat nikmat makan. Rezeki mereka tidak seperti kita. Itupun kita hanya berlappar beberapa jam sehari ditambah pula ada yang kena cuti bagi wanita. Mereka yang susah , beberapa hari tiada makanan . Kita sakit sebab makan , mereka sakit sebab tak cukup makan. Marilah kita sama sama berazam agar dapat meringakan beban mereka , at least doakan agar rezeki mereka murah dan sewajibnya tunaikan zakat fitriah tahun ini , tahun tahun depan. InsyaAllah.

Saturday, August 6, 2011

Rancangan Riadah Dan Nature Escapade …….selepas raya

20090226-calendar
Dalam facebook aku dah create event yang mana ia menunjukkan jadual escapade aku bagi tahun 2011. Hari ni dah dalam bulan puasa, jadi segala aktiviti nature dihentikan serta merta berkuatkuasa seminggu sebelum puasa. Tiada lagi menerima tawaran untuk guiding naik gunung, rafting dan lain lain. Hari ni pun ada customer call untuk sungai sedim. aku pass directly. Ok, balik kepada cerita tajuk entry ini. aku nak list beberapa aktiviti yang dalam perancangan selepas raya puasa 2011 ini.
  1. 16-18 sept 2011 –---:::::::::::::Guider:mendaki Gunung Irau , Yellow dan Pass.
  2. 30sept- 2 okt 2011----:::::::::::Guider:Mendaki Gunung Bintang.
  3. Oktober 2011------:::::::::::::::::Bercuti di Pangkor.
  4. Oktober 2011------:::::::::::::::::Guider: Gunung Bintang
  5. Okt / nove 2011----::::::::::::::::Mendaki Chemerong- Berembun-Lansir
  6. November 2011------::::::::::::::Trans Inas / Trans Bintang
  7. Disember 2011------::::::::::::::Gunung Bintang
  8. Disember 2011------::::::::::::::Konservasi Korbu dan Gayung
  9. Water rafting sungai sedim----::::::::Anytime, bagitau saya jika awak berminat
  10. Kayak sungai sedim----:::::::::::::::::Anytime, bagitau saya jika awak berminat
  11. Tubing Sungai Sedim------::::::::::::::Anytime, bagitau saya jika awak berminat
  12. Teambuilding----:::::::::: saya sedia berkhidmat sebagai fasilitator jika berminat.
Ini pula Entry lama jadual escapade sebelum raya tahun ini ESCAPADE sebelum raya
    itulah serba sedikit perancangan. Jika sudah ada tarikh maknanya ianya telah diputuskan dan sedang dalam perancangan atau telah pun dilaksanakan. Semua escapade ini saya menjemput sesiapa sahaja termasuk awak yang sedang baca entery ini untuk turut serta. jika nak maklumat lanjut boleh lah lawat link ke facebook saya di atas.”jadual escapade”.

    Cara lain view website , blog kita

    Kita buka satu website hatta blogsite kita sendiri pun, yang akan dipaparkan adalah bergantung kepada setting asal design website tersebut. Kali ni, saya jumpa satu cara lain untuk paparkan blog kita . Ianya mudah saja. Ikuti langkah berikut.

    1. tambah perkataan view di hujung alamat site kita. Sebagai contoh website ini http://sungaisedim.blogspot.com/view
      ini pula adalah tapak http://sungaisedim.blogspot.com dengan setting paparan sedia ada (asal).
    2. Loading jer lah. ( enter)

    Keistimewaan cara ini ialah

    • loading yang cepat
    • boleh paparkan title entry yang lepas lepas . tak tersembunyi
    • Paparan terus kepada entry , hassle free iklan dan plugin lain.
    • Menarik bagi saya . Boleh paparkan pelbagai cara. Saya sendiri suka SNAPSHOT. cara lain flipcard, mosaic dll. cubalah.

    itu saja buat masa ini . Hingga jumpa lagi dalam entry akan datang. saya Red heart kamu , jadi saya sharing ini.

    Friday, August 5, 2011

    Cara semak Status Halal JAKIM

    Selalu sahaja jumpa wall FB kawan kawan yang sharing produk di pasaran macam starbuck , kopitiam , hotel, susu , biskut dikatakan tidak halal .. Rajin betul depa post di wall FB , di blog itu ini tidak halal.

    baik kat sini aku nak share pasal isu produk halal ke tidak .Memula , kita fahami dulu beza antara halal dan haram. Hukum sesuatu benda makan , barang pada asalnya adalah halal.

    Menjadi halal jika bersih dan suci .
    menjadi haram jika tidak suci , mendatangkan kemudaratan.

    Ramai orang bila kata tidak mendapat sijil halal , terus chop sesuatu produk/ premis sebagai haram. Cuba fikir rasional , nasi lemak mak awak masak buat dijual , ada chop halal ke , so , kalau tak ada haramkah nasi lemak tu ?

    Itulah yang terjadi masa kini , seperti starbuck yang selalu sahaja dikatakan tidak halal, walhal sudah mendapat sijil halal. orang kita ni suka saja copy dan paste. nak tau dapat sijil atau tidak , semak di website HALAL malaysia iaitu halal.gov.my tahu lah niat awak tu baik , tapi before copy dan paste tu ,buat lah study dulu . Nah.....produk-produk di starbuck disahkan halal (pada masa sy menulis ini).Buatlah semakan untuk produk produk lain juga seperti F&N, KFC, Mc Donald, Kopitiam, Hotel, sabun dan sebagainya.

    Jika tidak ada dalam list tidak bermakna tidak halal . OK . kalau depa tak apply sijil halal, konteksnya sama seperti nasi lemak mak awak tu tadi. Yang merisaukan saya ialah , depa yang kaki COPY PASTE , kalau benda tu disahkan halal, kita cakap tak halal .. bukan kah dah jadi fitnah .. Ironiknya , depa kata haram  dan bukannya tak ada sijil halal ... huhu.. nauzubillah. FITNAH itu lebih besar dosanya dari membunuh .

    Jika masih ada kemusyiklan , layari website http://Kemusykilan.islamgrid.gov.my

    Wednesday, June 1, 2011

    Telling you the truth .. today is my day

    1 June 1981 was born.
    thanks to mum. it was your 1st son delivery day
    I bet you was struggling and painful.
    thanks to Allah for saving me and my mum.
    Thanks to my Pa.. for keep supporting mum when i was coming.

    Yesteryear .. 1 June 2010 .. my lovely grandma passed away... on my birthday.
    so... this year.. means , been a year she passed away...
    grandma.. we share the same day but in different world.
    I pray for your safety and blessing from Allah. till the day we meet again. InsyaAllah.

    readers, kindly please Sedekah Al- Fatihah for my grandma and all muslim that already return to Allah before us.

    Wednesday, May 25, 2011

    LOADING... faktor kenapa aku tak nak ke blog kamu.

    It's true. faktor loading time menjadi faktor kenapa ada sesetengah blog yang buatkan aku tak mau lawati . Terlalu lama nak load satu page especially main page / Home . Yang membuatkan lama ialaha kerana ada macam macam aplikasi , javascript , photo , flash yang pc aku ni nak kena download / loading. Especially site yang banyak iklan .. hahaha.. apizz.. bila nak kurangkan iklan ?

    macam mana nak tau loading time .. mudah.. ada macam macam tester . Mostly real time. however keputusan may vary dari pc ini dan pc lain sebab ianya bergantung penuh pada speed internet , server dan lain lain.

    boleh cuba ini

    1. Speed Test
    2. Pingdom Tools
    3. http://www.websiteoptimization.com/services/analyze/
    #
     Domain name Size Load Time Average Speed per KB
    1arpiiz001.blogspot.com120.4 KB0.14 seconds0 seconds

    2sungaisedim.blogspot.com172.02 KB0.22 seconds0 seconds

    3inikisahtia.blogspot.com62.38 KB0.13 seconds0 seconds

    4sukahatiadam.blogspot.com330.07 KB0.2 seconds0 seconds


    Sunday, May 22, 2011

    I can't take my eyes of You

    "Dah lama dah " ... pernah dengar ungkapan ni ... hehhehehe.. recall...ini kan ungkapan Tun Mahathir kita masa nak letak jawatan dulu  . Sebenarnya nak cakap , dah lama dah minat dan follow up cerita ni


    K... ni bukan nak cakap pasal dia tapi pasal photo...err.. x cakap pun tak pa  kot " Pictures can tell you everything " . Since banyak masa depan tv.. channel 711 dah menjadi channel faveret termasuk 710 .. tau kah channel apa ?
    Kalau hangpa minat.. just share with me.. sapa yang hangpa minat .. aku .. dah tentu lah agent Ziva .. muahahaha.. adorable !

    Mau bagi trip percuma di sungai sedim

    Ni nak bagitau , http://sungaisedim.blogspot.com dah offer trip percuma . Walaupun percuma tapi kena lah usaha dulu ... penuhi syarat-syarat berikut.


    1. Jadi contact person/ incharge person yang dealing dengan saya
    2. Bawa peserta seramai 40 orang. Jika kurang tapi lebih dari 30 .boleh dipertimbangkan juga.
    3. JIka pakej bernilai RM200 , maka anda layak terima satu pax pakej percuma.
    4. jika tak nak pax percuma, boleh terima RM100 bagi pakej RM200 dan keatas atau RM50 tunai bagi pakej RM200 kebawah
    oohh...ramainya nak kena bawa.!!  emmm...ya kalau sikit macam mana nak bagi percuma. nanti saya tak leh nak cover balik modal trip percuma awak tu.

    macam mana nak cari seramai tu .. mudah !
    Usahalah buat trip jabatan , kelab , kelas , Universiti anda utk kemari. Macam macam aktiviti boleh dilaksanakan seperti water rafting , camping , teambuilding , kayak , mendaki gunung dan macam-macam lagi. Sila selongkar blog tersebut untuk tahu lebih lanjut aktiviti yang ada.


    rehatkan mata, minda dan badan.. tenangkan hati

    Betul betul selesa , segar pabila mata memandang gambar ni. tak jemu jemu . tenang sesangat rasanya.

    Wednesday, May 18, 2011

    Politik : tak jemu ke ?

    skrang ni aku nak galakkan adik adik dok depan tv menonton berita jam 8 ?tidak lagi. sebab berita dipaparkan pada aku dah tak logik, rasional dan ada sesetengah tidak berunsur berita.Dan paling memualkan, berita dijadikan nadi politik. weekkk... mual dah ngan politik. tak abis abis.. berita tu sebaik baiknya dijadikan saluran untuk pemberitahuan UMUM kepada rakyat. Bukan berunsur fitnah , dakyah , hasutan , gimik ke arah politik.

    emmm... pendek kata.. tok sah tengok berita.. baca paper lagi bagus.. kalau rasa tak mau tau tak perlu baca ..baca berita lain .. tak macam berita tv.. kalau tak mau tau , terpaksa juga tengok slot berita tu.bukan boleh pilih pilih.

    cakap tentang politik ni .... kita ni kena rasional skit lah .. kalau selalu dok tengok tv , paper haluan kerajaan  pun tak ok gak.. cuba lah beralih ke paper lain .. baru pro dan kontra .. sebaik baik nya buat keputusan ( politik) bukan dari sebelah telinga dan mata sahaja .. both side kita mesti tahu .. dah tahu both ... baru kita decide yg mana benar mana yang fasik ..

    bukan nak ajak berpolitik .. cuma nak ingatkan jgn mudah percaya sebelah pihak sahaja. kita dikurniakan akal .

    Sunday, May 15, 2011

    Bila Bintang berbicara.. aku tak keseorangan

    Tahukah kalian apa makna disebalik FRASA
    "Bila Bintang berbicara.. aku tak keseorangan"  

    yang secara langsungnya menjadi title kepada blog aku ni ?

    nak juga tahu pe pandangan / apa yang hangpa faham dengan frasa tu.

    Saturday, May 14, 2011

    Kehebatan 3310 VS android hp ... + Iphone ?

    Semasa membaca.. .. imagine kartun dibawah ini dalam motion ok



    Pengajaran : barang lama masih berguna . begitu juga orang tua kita ! hargai ia sebenar benarnya.

    Friday, May 13, 2011

    Minyak Naik harga..kamu naik minyak !

    wah.. panas2..ini lah isu semasa ....err dah bape hari arrr selepas N...b selaku wakil kerajaan tidak mengumumkan kenaikan harga minyak utk pasaran tempatan..tak yah nak terang ...hangpa pun tau cam ne reaksi rakyat.. sana sini dok canang tak puas hati.. kerajaan tak berhati perut, rampas duit subsidi , susahkan lagi org susah , dulu wang saguhati 150 utk motor 625 utk kete  tak cukup..dngr berita  katanya ada rancangan nak berpiket lepas solat jumaat kat kl nun sana.. media masa dok canang isu ni jer cam tak dak isu lain dah... dan apa pula reaksi hangpa ?
    hehehe dan reaksi aku pula ? mesti lah aku ada reaksi .... aku kan manusia ..rakyat malaysia wei...bukan pati...emm pati pun terkena juga dngn tempias minyak naik harga ni... kerajaan naikkan minyak, rakyat naik minyak!!! hahhahahaha.....
    sebelum aku habaq apa reaksi aku.. emm aku nak huraikan dulu phrase2 yg aku colorkan tu suma... aku nak melencong dulu ...
    Rampas duit subsidi? helloo..celah mana pula kerajaan rampas subsidi...kerajaan kita ni bagi duit tu atas dasar nak jaga kepentingan kita , nak bagi kita ni sejuk hati, nak bagi kita ni ada modal , ada harapan nak mara ke depan , nak terus bergerak , nak bg kita lebih kuat berusaha , pendek kata kerajaan nak tolong kita....kalau kita ni org tiba2 mai tolong kita , ada ka patut kita persoal lagi k"awat tolong sampai sini saja..baik tak yah tolong"..lagi..... "awaat derma banyak ni ajer..kedekut" ... awat tu.. awat ni.. pasal pa macam tu macam ni.... chupp... hangpa ni teruk sangat ka... kalau dah kata nama " pertolongan " tak kisah la sejauh mana pun yg org tu nak tolong kita, kita tak boleh nak pertikai lagi.. ada kat patut.. bodoh ! sombong namanya ... dah nama tolong.. dah tentulah suka hati dia lah nak tolong setakat mana dia nak tolong... aku bagi satu situasi.. katakan hangpa la ni tngh tersepit tak dak duit nak teruskan hidup, p keje balik keje..dapat gaji tapi habis juga.. tetiba kawan kita mai tolong kita...tak pa hang pakai dulu duit aku ni..sok2 hang dah senang , baru hang mai bayaq..kalau tak..aku halalkankan saja.... dan kita pula p nak persoal...hello...kalau hang ni setakat nak tolong aku bagi banyak RM*** ni baik tak payah tolong... bukan boleh setel pun masalh aku ni...patut ka kata macam tu...
    org tu nak tolong kita, suka hati dia nak tolong bagi bnyk mana pun...opssss balik cerita asal.... duit subsidi tu atas dasar tolong rakyat shj tau..
     kena pikiaq duit tu mai dari mana !!!!!!
    alamak..baru satu phrase aku dah ceramah panjang ..hahahahha... nak lagi ka?
    wang saguhati 150 utk motor 625 utk kete  tak cukup
    awat..tak cukup lagi ka dngan duit yg kerajaan bagi tu ? kalau nak dikira dngn kadar yg hang bayaq bagi setiap liter minyak hang akan guna memang arr tak cukup..nak cukup meanings that minyak tu free....celah mana nak bagi hang minyak free..baik tak yah meniaga...ingat minyak ni cam minyak nyoq ka. boleh buat dngn cepat..benda terhasil dari fosil, jutaan tahun baru boleh jadi minyak..belajaq sikit, ilmu tu penting.tok sah dok cakap saja tapi kosong !kalau nak bagi sampai berbaloi dngn apa yg hang guna...jenoh lah..bukan hang sorang ja pakai minyak.. minyak cap kapak, wangi baru bermililiter beratus harganya boleh beli...baga ! aku bagi satu situasi.. kami ni mai nak bagi sumbangan kat hangpa semua pasal hilang tempat tinggal, dah macam nak masuk bersama mu jaaa... cam ni lah..la ni kami ada banyak RM*** ni jer...inilah sumbgan kami ..." pala hotak hang..setakat banyak ni mana nak cukup, nak makan nak pakai itu ini , nak beli itu ini mana cukup"..hello encik...kami nak tolong pun dah besar rahmat.. lagi nak merungut tak cukup...sedar lah diri skit..awak tu tngah susah.,kot pun tak susah tapi ini namanya rezeki..syukur pada Allah, org lain minyak naik dapat duit tapi masih susah tp awak tu dah memang senang..better secubit biarpun tidak segantang !
    berpiket lepas solat jumaat..emmm..soalannya sedar tak awat nak buat pas jumaat...bagi aku pasal waktu tu jer org paling ramai p masjid..time solat lain hampeh nak jumpa kat masjid..masing liat nak p masjid..opss...tngk dah melalut...pasal pa nak piket..awat tak puas hati dngn apa..pasal naik harga @ duit subsidi 3 kupang seliter tak cukup @ duit saguhati tak cukup @ nak canang kerajaan sekarng tak betoi dah @ nak cakap hangpa tu bagus sangt @ nak tunjuk lagak @ suka2 @ saja nak kecohkan keadaan @ nak masuk tv besoknya @ nak rasai kehangatan , pengalaman berada di tempat kejadian @ nak tngk live demonstrasi @ lain2 niat @ lain2 lagi..
    sebelum tu ada tak terpikir betoi ke tindakan aku ni  ? kalau kita sedar kita muhasabah..tak betoi tindakan nak piket nak demonstrasi tu... syukur dngn apa yg ada...konon nak tegakkan, nak dapatkan balik hak kita tapi wat pe ? wat pe nak tuntut hak kita deserve harga murah dr sekarang.. ada benda yg lebih penting lebih besar , lebih berbaloi utk kita perjuangkan melalui piket @ dmstrsi ni.. tegakkan hak melayu, kembangkan syiar islam , tegas dan kukuhkan bahasa melayu , satukan org melayu...luaskan pegangan ekuiti , modal , kewangan ekonomi melayu di tanah sendiri..itu lagi berbaloi !
    media masa dok canang isu ni jer cam tak dak isu lain dah..
    memang lah..dah org2 macam hangpa lah yg buatkan media dok canang isu ni jer..panggil org tu org ni bagi ceramah, bagi syarahan, bagi pandangan , buat diskusi kat tv, internet , paper , radio.. tapi hakikatnya kita lupa nak canangkan ada org masih mati kelaparan di bumi ni, ada org malang dibunuh , dirogol , tanah airnya di ceroboh , mati sini sana kerna balasan Allah dngn bencana alam...kita lupa seketika tu semua,lantas kita lupa ingat akan mati, akan org susah, akan pahala dan dosa kerna leka dngn dunia minyak kita..ada org melayu yg kian dimamah usia dalam kemiskinan, dalam ketakutan, dalam hutang sini sana, dalam kesusahan perit di tanah sendiri...kita lupa nak canangkan kebahagian , kemakmuran negara, perpaduan melayu dan malaysian.. kita lalai.. melayu memang mudah layu..

    next...
    kena pikiaq duit tu mai dari mana !!!!!!  
    k ..yg ni aku akan jawab dalam jawapan apa reaksi aku..
    to be cont :

    Wednesday, May 11, 2011

    Today hari ibu... you kidding me?

    Well sempena hari ibu yang hangpa dok sambut sambut tu ... aku nak kongsi lah sikit novel yang pernah aku baca dan aku selami dan aku cuba aplikasi dalam hidup ni. Opppssss... before proceed dengan entry ini aku ank buat DISCLAIMER dulu.Harap maklum.            
     " AKU TAK SAMBUT HARI IBU " 
    Tiada hari ibu dalam hidup aku., kerna aku ni setiap masa meraikan ibu aku , tak perlu satu hari khas utk aku dedicated harinya khas utk ibu.. 24/7 adalah masa utk ibu ku. 
    berikut novel novel yang pernah aku baca dan of kos lah aku sarankan kalian baca juga novel ni..hangpa kata dok sayang mak hangpa, sambut hari ibu dsb.. nah ambiklah masa baca buku ni .. Dapat ilmu , kalau beli , dapat sumbang ke arah rezeki penerbit, penjual, penulis dan dll.. ehhh..melalut pula. Mungkin lepas ni aku kena buat entry novel lain yang pernah aku baca?

    "Dia meneguk madu di geluk hempedu."
    "Kita perlu memikirkan tentang hidup hari ini sebelum mempunyai harapan tentang masa depan."
    s
    Cerita-cerita tentang orang terpencil dijadikan kisah yang menarik dan bereti. Siapa kata cerita tentang mereka ini tidak membangun jiwa? Cerita kita, kampung kita, kalau digarap dengan baik ia akan jadi baik. Ada nilai tersendiri yang tinggi. Kisah hidup Mama, dari seorang perempuan yang tidak punya apa, dia mampu menjadi 'seseorang' tanpa perlu menggadai maruah dan prinsip diri. Itulah sebenarnya jadi diri wanita melayu tulen. Kesempitan bukan sebab yang kukuh untuk dijadikan alasan kenapa kita perlu memilih jalan yang kotor dan salah. Watak mama dalam MAMA ini adalah contoh terbaik dan bagi saya, ketabahan MAMA walaupun ia hanya watak dalam sebuah novel, tetapi ia bukan watak yang direka-reka untuk memenuhi fantasi. Ketabahan begitu memang wujud dalam masyarakat melayu.
    s
    "Kehadirannya umpama sinar di sebalik kabut. Mendayung hidup bertemankan sepi, mempamerkan ria. Karangan-karangan air mata cuba dikutipnya menjadi mutiara. Sayangnya bunga-bunga fitnah menepis bahagia, menokhtahkan ceria."
    s

    Aku teringat Kamu ..rindu nya kemesraan yang pernah kamu berikan


    Memories remain.. itulah kata2 hikmah pada t-shirt asmkk…

    ......dan dngan frasa itu, aku seminggu dua ni dok teringat kat sorang teman…emm.. teman tapi mesra… cam tu la kot.. harapan aku dia sangat2 bahagia..aku akui walaupun lama tak bersua,tak mendengar, tak besuara tapi honestly jauh dlm hati aku memang merindui dia. teman yang sangat2 aku hargai, sanjung , senang dan bahagia bersama dia suatu ketika dulu..kami teman, tak lebih dari itu kerna itu yang kami mahukan.. pun begitu tak sangka cpat masa berlalu dan kami dah terputus khabar berita..
    jujur kata.. aku memang nak sangat kita bersama seperti dulu !

    Sunday, May 8, 2011

    OSAMA VS OBAMA .... aku tak heran pun osama mati.

    Dear my readers.. ini pendapat aku.lately kita dikejutkan dengan cerita pembunuhan OSAMA .. emm. pada aku cerita ni tak mengejutkan aku langsung. 
    1. aku sangsi kewujudan OSAMA .. OBAMA tu pasti ada. 
    2. OSAMA dibunuh oleh musuh islam... tak heran lah. kalau islam yg bunuh dia ... ya aku heran. 
    3. Dunia ni memang dah tak aman. Yang beriman teruslah berjuang di jalan Allah. Matilah dalam fisabilillah. 
    4. Kematian OSAMA tidak mematahkan semangat pejuang islam.. adakah kita termasuk ..fikirkanlah.. tak semestinya angkat senjata , kita berjuang atas jalan Allah dengan cara lain. Banyak lagi caranya... tapi balik kepada soalan aku , adakah kita berjuang ? 
    5. Osama pejuang keamanan , negara kita ni aman ke ? Jangan dok cakap pasal osama, isu dalam kain sendiri negara kita belum selesai. 
    6. Parti Politik negara kita kata Kematian Osama diharap boleh membawa perubahan baik... apa punya tolol statement dia . Dia kenal ke hati budi Osama, dok puji pula tindakan OBAMA terhadap OSAMA diharap bawa perubahan baik.. Apa, selama ni OSAMA dok idup dia dok bawa ke arah tak elok kah? 
    7. Buktikan dulu kewujudan OSAMA , pastu buktikan keburukan dia bawa kepada dunia. Arwah berjuang tegakkan Islam di mata dunia.. AWAK ( politik negara) ada ke buat ? ada... tapi yg awak buat banyak bersandarkan kepada profit return ! DANGKAL 
    Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya:
    "Seluruh manusia akan mengelilingi kamu (umat Islam) bagaikan yang kebulur mengelilingi hidangan makanan.
    Lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?
    Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai laksana buih di lautan. Allah akan mencabut gerun daripada hati musuh terhadap kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu dengan perasaan al wahan.Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahan itu? Ujar Baginda: Al-wahan ialah cintakan dunia dan takutkan mati."





    Thursday, March 31, 2011

    Ikan Pekasam ,Fermented Fish


    Hot selling traditional food ... also my favorite dish on table
    Ikan Pekasam

    ikan_pekasam2.jpgWhile seafood dominates the coastline, “lakefood” is what really cajoles connoisseurs of freshwater harvest into flocking to the land-locked town. Swamps, ponds and rivers overflows from the surrounding Raban, Chenderoh and Temenggor lakes are teeming with fish of every variety – tegalan, jelawat, patin, kelah, lampam jawa, sebarau, seluang and kaloi.

    But the most famous one would definitely be Ikan Pekasam. Marinated in toasted rice and salt, the fish is left to ferment for two weeks in a closed urn. The process softens the fish’s scales and bones and gives the traditional delicacy its distinct sharp tangy taste.

    ikan_pekasam.jpgPekasam is usually eaten fried and goes very well with plain rice. The main wet market is the perfect place to buy some of it.





    now everyone can order from me. RM25/kg + RM10 for courrier !



    Sunday, March 13, 2011

    Syaitan Terkejut dengan Manusia itu

    Ada satu cerita . Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan dan mereka menjadi sahabat. Menjelang waktu subuh syaitan melihat manusia, kawan barunya tidak tunaikan solat subuh. Sambil tersenyum , syaitan berkata, orang ini boleh mejadi kawan baik aku.

    Begitu juga pabila masuk waktu zohor, orang itu masih tidak solat. syaitan makin tersnyum lebar, nilah rupa rakan aku di akhirat nanti. Ketika waktu asar makin habis, orang itu masih degan kegiatan dunianya... dan syaitan mula terdiam. Masuk waktu mangrib, temannya tidak solat juga. Syaitan pula gelisah. tiada lagi senyum di wajahnya. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah olah sedang mengingati sesuatu. Akhirnya ketika dilihat sahabatnya tidak juga kerjakan solat isyak, syaitan menjadi panik.

    Melihat kejadian itu, syaitan tidak dapat menajan hatinya lagi. dihampiri sahabatnya itu dan berkata " aku terpaksa putuskan persahabatan kita ini ". Dengan kehairan, manusia itu bertanya " kenapa engkau engkar janji, bukahkah kita sudah berjanji akan menjadi sahabatku? "

    Maka syaitan menjawab dengan bergetar getar, "Nenek moyangku hanya sekali dia bangkang perintah Allah pabila Dia suruh sujud kepada Adam, telah dilaknat-Nya. Apakah engkau hari ini telah lima kali bangkang untuk tidak sujud kepada-Nya. Tidak terbayang olehku , bagaimana besarnya murka Allah kepadamu"

    Friday, March 11, 2011

    Interesting Fact - Ahmadinejad

    Fakta menarik AHMADINEJAD

    1. once masuk pejabat presiden, seluruh karpet istana yg mahal2 disumbangkan ke masjid2. digantikan dengan yg rendah kualiti dan mudah dibersih.
    2. ruang menerima tetamu hanya ada kerusi kayu yg sederhana dlm ruang yg kecil.
    3. Sempat beramah mesra dengan cleaner dan gardener pejabat presidennya
    4. Menterinya diarah tandatangan dokumen arahan yg menekankan gaya hidup sederhana, penyata peribadi termasuk kaum kerabat diawasi.
    5. Isytiharkan harta peribadi sebaik sahaja jadi presiden. hartanya sebuah rumah warisan ayahnya dan peugeot 503 thn 1977 dan wang gajinya sebagai pensyarah usd 250 sebulan
    6. walaupun presiden, dia masih tinggal di rumahnya juga tak ambil gajinya.
    7. setiap hari bawa beg yg berisi roti isi atau roti keju disiapkan oleh isterinya dan makan dengan gembira dan menghentikan penyediaan khas sarapan presiden .
    8. Terbang dlm kelas ekonomi, Pesawat presiden diubah kepada pesawat kargo
    9. Protokol istana diabaikan, jadi menteri2 mudah berjumpa terus dengannya tanpa halangan. acara carpet merah,sesi foto, publisiti peribadi dihentikan.
    10. Jika menginap di hotel, mohon bilik tanpa katil dan tilam, beliau selesa tidur atas lantai beralaskan carpet dan selimut sahaja.
    11. dia hanya tidur di ruang tamu rumahnya.
    12. solatnya jarang sekali di barisan hadapan ( khas) sebaliknya di mana mana saf dan terus solat sebaik azan dilaungkan

    Friday, February 4, 2011

    Kain samping warisan

    Ini kain samping yang diberikan oleh arwah Atok. Tiap kali raya pakai samping ni biarpun warnanya dah lusuh.Sekarang , tengok samping ni pun dah buat aku sayu. Teringat, rindu sangat dengan arwah atok. Dulu saban bulan pasti aku pulang bertemu dengannya walaupun jarang bercakap tapi aku senang berada di sisi atok di siang dan malam hari . 24 jam bersama atok . Hanya kami berdua sahaja di rumah dari pagi sampai ke malam sampai lah pagi semula. Adakala atok tidur bersama aku di depan TV.. biarpun usia aku ni dah nak menjangkau 3otahun, atok masih sudi tidur bersama meneman aku di ruang tamu. Atok yg dirindui.. x dapat nak post gambar atok sebab koleksi aku semua atok tak bertudung. Hanya songket ini buat aku paparkan kali ini.. kawan-kawan..mohon, sedekahlah Al-fatihah buat arwah atok dan sekalian umat islam yang dah kembali kepada Allah. Dari tanah kita datang , kepada tanah kita pulang.

    Axe Deodorant Bodyspray


    Em..malam ni, di kala jam 1.30 pagi..
    tak leh nak lelap.. sambil melayan kawan2 chat di FB. Dulu pakai Nivea for men.. Maaf Nivea, cinta telah dikapak oleh AXE .. Aku pilih " AFRICA" . Dah berbulan pakai, ok..smell so good biarpun after seharian di luar sana. Yang penting, diriku dan pasanganku boleh tahan dengan bau ini. Recommended utk guys di luar sana cuba pakai yg ini.

    boleh didapati di pasaraya utama. harganya dalam RM12.90 gitu.

    Sunday, January 30, 2011

    Berbasikal Di Bukit Cherakah Shah Alam

    Hari ini, 30 Januari 2011 aku dan teman teman meredah jua hujan renyai untuk berbasikal sekitar bukit Cherakah. Sampai agak lewat, iaitu sekitar jam 10pagi, maka kami terpaksa menunggu turn mendapatkan basikal . Kami kena tunggu penyewa terawal memulangkan basikal. Rupa-rupanya jam 10 pagi tu kategori lewat.
    kadar sewa :
    • RM5 sejam pertama.
    • RM1 setiap jam berikutnya.
    Basikal cap Ayam jer lah.. cukup lah.sekadar mengayuh tak perlulah cap terbaik. Bagi basikal cap terbaik . Tak ingat pula brand apa . kadar sewanya pula
    • RM10 sejam pertama
    • RM10 setiap jam berikutnya
    Kalau nak bawa basikal sendiri pun boleh juga, terus ke tempat basikal ni


    Tips
    Masa ambil basikal pastikan tak bocor / angin tayar tak kempis / kekurangan angin
    Pastikan brek berfungsi, minta foreman betulkan jika brek tak makan / kurang makan
    Laraskan seat mengikut keselesaan anda. Foreman boleh adjust utk anda.

    Di sini adalah kawasan berbukit. Menuruni bukit sangat laju. pastikan brek berfungsi sepenuhnya. Gunakan gear rendah pabila menuruni bukit, kenderaan besar tidak dibenarkan memotong, amalkan panduan 5saat pabila menuruni bukit. dan pandu selamat jiwa selamat. Kita boleh juga bawa basikal sendiri tapi perlu mendapatkan permit. Permit ini boleh didapati di tempat sewa basikal ini pada harga RM10.

    Facebook emoticon . Icon code key

    ntah apa mimpi..kat sini aku nak share icon atau mat saleh panggil EMOTICON facebook utk ruang chat


    • Complete list of cool shapes made with facebook symbols

    Group faces 1: ٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(-̮̮̃•̃)۶ ٩(×̯×)۶

    Group faces 2: ⊙▂⊙ .. ⊙0⊙ .. ⊙︿⊙ .. ⊙ω⊙ .. ⊙﹏⊙ .. ⊙△⊙

    Group faces 3: ●▂● .. ●︿● .. ●ω● .. ●﹏● .. ●▽● ..

    Face 1: ಠ_ಠ

    Face 2: ಥ_ಥ

    Face 3: ¯\(°_o)/¯

    Face 4: ب_ب

    Face 5: ◕ ‿ ◕

    Face 6: m(><)m

    Face 7: o(╥﹏╥)o

    Face 8: //(ㄒoㄒ)//

    Face 9: {{{(>_<)}}}

    Face 10: ☼_☼ (New)

    Face 10: ( ( (d[-.-]b) ) ) (New)

    Princess Leia StarWars: @-_-@ .. @-.-@ .. @>.<@

    Love Eyes: ♥‿♥

    Girls with flowers:

    ✿◕‿◕✿ ❀◕‿◕❀ ❁◕‿◕❁ ✾◕‿◕✾


    Butterfly:


    Butterfly 01:
    εїз

    Butterfly facebook symbol: Ƹ̴Ӂ̴Ʒ


    Fish:


    Fish to right: ><((((º>

    Fish to left:
    <º))))><


    Music:


    Music Box: lıllı ((((|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅|)))) ıllı

    Ipod:
    ╔═══╗ ♪
    ║███║ ♫
    ║ (●) ♫
    ╚═══╝♪♪


    Men with banner
    :

    ............(0 0)
    .---oOO-- (_)-----.
    ╔═════════════════╗
    Type your message here!..
    ╚═════════════════╝
    '----------------------oOO
    ........|__|__|
    .......... || ||
    ....... ooO Ooo
    Decorate your signature
    *´¨)
    ¸.•´¸.•*´¨) ¸.•*¨)
    (¸.•´ (¸.•` ¤ Type your name here


    Guns ascii art facebook symbols:
    Shotgun 01: ︻┳═一

    Shotgun 02: ︻╦̵̵͇̿̿̿̿╤──

    Gun Design 1
    .....____________________ , ,__
    ....../ `---___________----_____] - - - - - - - - ░ ▒▓▓█D
    ...../_==o;;;;;;;;_______.:/
    .....), ---.(_(__) /
    ....// (..) ), ----"
    ...//___//
    ..//___//
    .//___//

    Gun Design 2

    ....._\____________________,,__
    ..../ `--│││││││││----------------------_]
    .../_==o ____________________
    .....),---.(_(__) /
    ....// (\) ),------
    ...//___//
    ../`----' / ...
    ./____ / ... .



    Malibu Hotels - House:


    |̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ |


    Kirby Dance:


    <('o'<) ^( '-' )^ (>‘o’)> v( ‘.’ )v <(' .' )> <('.'<) ^( '.' )^ (>‘.’)> v( ‘.’ )v <(' .' )>




    • Cigarettes made with facebook symbols:
    Regular cigaritte: (̅_̅_̅(̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅̅()ڪ


    Lucky strike cigaritte: (̅_̅_̅(̲̲̲̲̲̅̅̅̅̅̅(̅_̅_̲̲̲̅̅̅l̲̅u̲̅c̲̅k̲̅y̲̲̅̅̅_̅_ ̅_̅() ڪے


    Marlboro cigaritte (̅_̅_̅(̲̲̲̲̲̅̅̅̅̅̅(̅_̅_̲̅м̲̅a̲̅я̲̅l̲̅b̲̅o̲̅r̲̅o̲̅̅ _̅_̅_̅() ڪے


    • Health cool shapes:

    Injection: ┣▇▇▇═─

    Electrocardiogram: √v^√v^√♥

    Band Aid: ( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ )


    Rabbits and kittens made with facebook symbols:

    (\_/)
    (0.0)
    (><) ( ) ( ) (* .*) (”__”) ::: (\_(\ *: (=’ :’) :* •.. (,(”)(”)¤°.¸¸.•´¯`» (V) (. .) c(”)(”) (\_/) (°.°) c(”)(”) (\_/) (°.°) o( )o O_O (\__/) (>’.’<) (")_(") (> " " <) ( ='o'= ) -(,,)-(,,)- (> " " <) (> " " <) ( ='o'= ) ( ='o'= ) -(,,)-(,,)- (,,)-(,,)-... (> " " <) (> " " <) (> " " <) ( ='o'= ) ( ='o'= ) ( ='o'= ) -(,,)-(,,)- -(,,)-(,,)--(,,)-(,,)-.... •*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.• ::: (\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...* *: (=' :') :::::::: Facebook Symbols ::::::::::: •.. (,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...* ¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸

    Love shapes ascii art facebook symbols:

    Lovers facebook symbols:

    ☻♥ ☻
    /♥\./█\
    .||. .||

    ../(,")\♥ ♥(".)
    .../♥\. = ./█\.
    .._| |_ .._| |_ ★

    ==============
    ..........(¯`v´¯)
    ...........`•.¸.•´
    .........(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
    ......... /█\ ♥/█\
    ==============



    [̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅] |̲̅‹̲̅3̲̅]


    |͇̿P͇̿ł͇̿α͇̿ч͇̿b͇̿о͇̿ч͇̿̿|

    Love Eyes: ♥‿♥ ♥‿♥

    • I love you special font:

    ╔♫═╗╔╗ ♥
    ╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
    ╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
    ╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═╝
    ஜ۩۞۩ஜ YOU ஜ۩۞۩ஜ


    • Money shapes for facebook:

    [̲̅$̲̅(̲̅2οο̲̅)̲̅$̲̅]

    [̲̅$̲̅(̲̅ιοο̲̅)̲̅$̲̅]

    [̲̅$̲̅(̲̅5̲̅)̲̅$̲̅]

    [̲̅$̲̅(̲̅1̲̅)̲̅$̲̅]


    • Footsteps made with facebook symbols:

    ----------Oooo---
    -----------(----)---
    ------------)--/----
    ------------(_/-
    ----oooO----
    ----(---)----
    -----\--(--
    ------\_)-
    -----------Oooo---
    -----------(----)---
    ------------)--/----
    ------------(_/-
    ----oooO----
    ----(---)----
    -----\--(--
    ------\_)-


    • Happy birthday:

    ╔♫╗────────╔═╦╗─♫╗╔╗─╔╗─♥──
    ║╩╠═╦═╦═╦╦╗║╚╠╬╦╣╚╣╚╦╝╠═╦╦╗
    ║╦║╬║╬║╬║║║║╔║║╔╣╔╣║║╬║╬║║║
    ╚╩╩╩╣╔╣╔╬╗║♫═╩╩╝╚═╩╩╩═╩╩╬╗║
    ────♫╝╚╝╚═╝─────────────╚═♥
    ஜ۩۞۩ஜ YOUR NAME HERE ஜ۩۞۩ஜ


    • Tanks:

    ███۞███████ ]▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▃
    ▂▄▅█████████▅▄▃▂
    I███████████████████].
    ◥⊙▲⊙▲⊙▲⊙▲⊙▲⊙▲⊙◤...


    ..../""""""""|======[]
    ..../""""""""""""|
    /"""""""""""""""""""""""""\
    \(@) (@) (@) (@) (@)
    (@)/

    ......(\_/)
    ......( '_')
    ..../""""""""""""\======░ ▒▓▓█D
    /"""""""""""""""""""\
    \_@_@_@_@_@_/


    • Bar code for facebook

    ║█║▌║█║▌│║▌█║▌║
    01031989-50457

    © Profile Original & Official®
    █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
    Verified Official by facebook


    You can desing your own ones! Enjoy them!

    • More cool shapes made with facebook symbols here:

    ♦ ASCII art big shapes made with facebook symbols.
    __________________ ##
    _________________###*
    ______________.*#####
    _____________*######
    ___________*#######
    __________*########.
    _________*#########.
    _________*#######*##*
    ________*#########*###
    _______*##########*__*##
    _____*###########_____*
    ____############
    ___*##*#########
    ___*_____########
    __________#######
    ___________*######
    ____________*#####*
    ______________*####*
    ________________*####
    __________________*##*
    ____________________*##
    _____________________*##.
    ____________________.#####.
    _________________.##########
    ________________.####*__*####



    continue reading

    Related Posts with Thumbnails