Yang Menarik Kali ini...

Followers

Wednesday, July 3, 2019

alat ganti dan aksesori kereta

aku mulanya jenis yang berjimat bab beli barang. maklumlah kuasa ekonomi bukan jenis kapitalis . Jadi seronok juga bila nak beli , ganti , repair sesuatu tu aku suka untuk google , youtube , facebook , forum . Kat sini aku akan dapat info jika boleh DIY , buat sendiri , modified dan option akhir beli jika perlu . Jika perlu beli , aku akan bandingkan di beberapa tempat seperti facebook  , shoppee , lazada dan lain lain lagi .

baru-baru ini gantikan beberapa aksesori kereta sebab kerosakan . Kunci laci dashboard rosak . JIka ganti seketul iaitu sekali dengan box dia , harga cecah RM150 . memandangkan cuma kunci rosak , maka gantikan kuncinya. Harganya murah , sekitar RM15-30 sahaja . Terpulanglah nak pakai yang original , OEM mahupun local .

pasal switch board power window , memang boleh repair .kena buka dan cuci semula plat tembaga sebab dah ada patina ( oksida) . sebab itu kekadang ok kekadang failed. Sebabnya patina tu halang arus elektrik.

Perkara penting bila sesuatu elektronik tidak berfungsi , sila cek fius dulu . Kotak bawah / tepi steering tu . Kat dalamnya ada pelbagai fius , lain lain bacaan . Boleh cabut dan tengok ada terbakar tak  ( kalau ada test pen lagi mudah ) . Aku selalu standby fius dalam kereta. Jangan beli di aksesori atau workshop sebaliknya beli saja di sparepart. RM0.50 sebiji . Lagi kecil amp .. harganya mahal skit , RM1.00 seketul.

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails