Yang Menarik Kali ini...

Followers

Thursday, July 11, 2013

Berapa Belanja Makan , Berapa Nak Jimat .

Kali ni nak share satu cerita daripada teman saya . Saya quote dari FB beliau . Kisahnya dari hidup beliau sendiri .
Satu waktu dahulu...
Teringat kata- kata Mak :)
Pernah waktu dulu2 Mak bertanya pada saya, berapa belanja untuk makan harian saya, Saya ckp kat mak belanja makan harian saya rm 15.00 satu hari n kalau sebulan jumlahnya rm 450.00 sebulan. Mak bg nasihat kat saya cuba jimatkan rm 5.00 sehari iaitu jadikan rm 10.00 sahaja, saya tanya mak kenapa? Mak ckp kalau saya belanja rm 10.00 sehari dan rm 300.00 sebulan, maka baki belanja bulanan saya sebanyak rm 150.00 sebulan itu dapat di sedekahkan kepada orang miskin yang tak cukup makan. Waktu tu saya terdiam dan mak mencelah, andai saya cukup dan tak kebulur dgn berbelanja rm 300.00 sebulan, maka boleh di teruskan, baru saya sedar, mak terlalu byk mengajar saya menjadi anak yg baik, pada mulanya saya sendiri tidak terfikir begitu, walaupun mak tak bersekolah tinggi tapi dia mampu menjadi guru yg terbaik utk saya, byk mengajar saya tentang pentingnya kita membantu org susah meski pun kita bukan golongan yang kaya raya, dgn baki belanja makan harian dan bulanan kita mampu berkongi sebahagian dengan warga yang susah, kata2 ini saya tetap ingat sehingga sekarang, tq Mak krn menjadi insan yg istimewa di hati saya, byk mengajar saya tentang sebuah kehidupan.
memandangkan sekarang bulan puasa , maka ada baiknya kita beringat ingat dengan duit yang kita ada tu atau lebih tepat rezeki yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada kita , ingat kepada orang lain .

No comments:

continue reading

Related Posts with Thumbnails