Yang Menarik Kali ini...

Followers

Tuesday, August 3, 2010

Awas Bahaya Dalam Bekas Plastik

Dengan harga semurah RM1.00 kita sudah mampu membeli sebotol air mineral/ minuman. Setelah habis iarinya diminum, sayang pula rasanya nak buang. Lantas, simpan saja di rumah, boleh juga isi air sejuk dlm peti ais nanti. Paling tidak pun, boleh dibuat bekas air ke tempat kerja, sekolah atau dlm kereta. Ternyata inilah cara termudah dan murah untuk bekalan air minum masa ke semasa. Namun Tahukah anda bahawa tindakan ini boleh merosakkan kesihatan diri?

Kenali Jenis jenis Plastik. Berikut adalah kod sejagat dlm setiap plastik dihasilkan.
  1. PETE - Polyethylene Terephtalate
  2. HDPE - High Density Polyethylene
  3. V - Polyvinyl chloride
  4. LDPE - Low Density Polyetheylene
  5. PP - Polypropelene
  6. PS - Polystrene
  7. Others - Styrene acrylonitrile (SAN), Acrylonitrile butadiene styrene(ABS) , Polycarbonate (PC) , nylon.
tip Penggunaan
  1. Elakkan penggunaan botol susu dan cawan minuman bayi daripada bahan polycarbonate. Pilih dan guna botol susu bayi berbahan kaca, PP, atau stainless steel.
  2. Jika penggunaan plastik polycarbonate tidak dpt dielakkan, jgn simpan air minuman /makanan panas di dlmnya.
  3. Hindari penggunaan botol plastik utk siimpan air minuman. Jika sukar utk elakkan bekas daripada PET dan HDPE, gunakan hanya seklai pakai dan segera habiskan minuman kerana antimoni trioksida akan dikeluarkan dgn bnyk dari masa ke semasa. Bahan alternatif yg boleh digunakan adalah botol stainless steel atau kaca.
  4. Elakkan drpd panaskan makanan yg disimpan dlm bekas plastik menggunakan microwave keranan ia boleh sebabkan pembebasan bahan kimai plastik tersebut dan bertindak balas pula dgn makanan itu pd kadar lebih cepat.
  5. Lapik makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum bungkus dgn pstik ketika ingini dipanaskan dlm microwave.
  6. Elakkan gunan piring/ bekas plastik semasa memasak. Gunakan sudip, spatula, senduk stainless steel , kaca, seramik dan kayu.
  7. Elakkan buang sampah plastik di merat tempat kerana ia oleh cemarkan air dlm tanah dan seterusnya sumber air minuman kita.

Tuesday, May 11, 2010

Now Available @ Facebook

Hi, greeting to all readers.

Sungaisedim.blogspot.com now can be connected through Facebook.  If you are facebook member please add Sungai Sedim as one of you friend. Do share this profile with your pals. 

If you would like to share your activities at Sungai Sedim, do not hesitate to do so. Your photos entitled to be published.

Please give your support to Sungai Sedim by

  1. Take home trash and leftover - do not litter
  2. Don't plug any leaves or branches
  3. Do not remove any stones / rocks
  4. Do not take home any fish , leaves , tree , flora . only trash allowed .


Monday, April 26, 2010

Tutor Wanted Shah Alam


job offer : updated on updated April 26, 2010
  1. subject : Chemistry SPM
    location : shah alam
    Duration : 1 @ 2 hour per class
    Frequency : once
    Time : TBA
    Rate : expected RM50/hour
  2. subject : Physic SPM
    location : shah alam
    Duration : 1 @ 2 hour per class
    Frequency : once
    Time : TBA
    Rate : expected RM50/hour
  3. subject : bahasa Malaysia
    location : TTDI JAYA shah alam
    Duration : 1.5 hour
    Frequency : once a week
    Time : 8pm weekdays
    Rate :RM30/hour

updated April 26, 2010

Tuesday, November 10, 2009

Home tuition wanted


aku nak ajak kawan-kawan, kenalan jauh dan dekat yang mana berminat nak join jadi tutor utk home tuition di sekitar shah alam sila hubungi aku dengan segera memandangkan ada permintaan dari para ibubapa di luar sana. Ibu Bapa juga boleh request tutor di sini.

UPSR semua subjek
PMR semua Subjek
SPM - science, physic, chemistry , biology , sejarah , bahasa melayu , english , Math modern , Add Math

hari ni aku perlukan guru utk science for SPM .. any one ?

kindly Email me ur simple Resume
state your
name
address
contact no.
recommendation by (if any)
subject to teach
experience (if any)
expected rate per hour
availability time?

Monday, August 17, 2009

UiTM intake disember 2009

UiTM intake for disember 09 is now open.
kindly check out uitm.edu.my
or directly google for uitm intake

http://www.uitmonline.edu.my/

Good Luck

Wednesday, August 5, 2009

HAJAT

Lapang benar dada Pak Uwei bila
pegawai yang bertugas di kaunter Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.

Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah… oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

" Ada berita baik ni Pah,nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii… saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat- lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang?
Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri.Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah… Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak bolehlagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang?… "

"Dahlah… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm… abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?…," balas Pak Uwei. Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu.Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu Nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.

"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi… aku dah tak larat nak larang.Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka,
aku tak nak ambil tahu lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak
memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.

Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak,dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi… pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab
Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?.,Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei melindungi
kekecewaannya. "Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar,masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan
masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu
nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah… ni tak lama lagi nak
bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei.
Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi… dah tak ada rezeki kita nak buat macam
mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selamaini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya. "Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke Bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari Bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baungsalai, mak masak lemak cili api."

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab PakUwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah… Intan ada hal sikit nak cakap ni… ," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei
menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal… kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan.

Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

"Abah ni… ke situ pulak…."

"Habis tu?"

"Ini… Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan
abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah.

Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,"

tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu… dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terimapemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan… ,"ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

"Hah… tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni… ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intanmmemerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.

"Semua dah siap kemmak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisimbarang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya… ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu… kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah
dan Pak Uwei berpandangan.

Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
……………………………….
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni,bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak… abah… ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan ayahnya.
"Intan pun tak datang juga ke?" Tanya Pak Uwei terasa hampa.

"Awak ni… kan Man dah katamereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut terasa bagai ada yang tak kena. "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.

Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"

"Err… tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman menukar tajuk perbualan.

"Tak payah, dah dekat ni.Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya…,"suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak
di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az… mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

"Sabar abah… ," Muaz menggosok belakang abahnya.

" Kenapa Az …kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah
laju ke bilik Intan.

"Mak… Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak…tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

Saturday, July 25, 2009

Jin, Hantu, Keranda dan ... ?

(Untuk mereka yang berani sahaja)
Oleh saudara HAMKA

Aku tak rasa pelik sangat bila lihat ramai orang pergi berkunjung ke Pameran hantu di Shah Alam berduyun-duyun sesak beratur panjang mahu berjumpa jin dan syaitan. Tapi, Bila dijemput ke masjid menghadap Tuhan lengang pula…
Ini adalah kerana:
Perkara yang nak kena buat hari-hari adalah sangat mujahadah (susah), di bandingkan dengan perkara yang di buat jarang-jarang sekali!!!
Tengok masjid yang penuh sesak pada hari raya, awal ramadhan, malam nisfu sya’ban atau waktu tsunami… penuh!!!
Sebab perkara tu berlaku jarang-jarang sekali, sebab tu ramai yang pergi tunjuk perasaan atau keluar mengundi…kerana "jarrang-jarrang"… (gaya musang berjanggut)
Oleh yang demikian, amalan yang tertinggi dalam ugama adalah ikhlas, dan tanda amalan iklas adalah istiqamah.. maka beruntunglah mereka2 yang istiqamah solat kat masjid hari-hari!!!

Bercerita mengenai hantu...
Cuba korang bayangkan, jika jiran korang pergi kerja dengan terbang macam superman… tentu korang akan terkejut berok!, tapi jika hari-hari korang lihat jiran korang terbang pergi kerja maka ianya dah jadi perkara biasa.. bila member rapat dari jauh datang ziarah rumah korang pasti dia pulak yang terkejut berok tengok jiran korang terbang, tapi korang akan cakap.. :

Alahai..dah ‘fesyen’ dia begitu..

Begitu jugak dengan hantu..
Jika hantu selalu muncul dalam rumah korang.. mula- mula, tentu korang akan terkejut berok!, tapi jika hari-hari korang lihat tu maka ianya dah jadi perkara biasa.. bila member jauh korang datang ziarah rumah korang pasti terkejut pulak bila lihat hantu terbang dalam rumah korang, dengan selamba korang akan cakap.. :

Alahai..dan 'fesyen' dia begitu..

Dan.. Begitu jugaklah dengan kehebatan Allah..
Hari ni bila hari-hari lihat matahari terbit dari timur dan tenggelam ke arah barat..
Tiada orang yang terpegun pun…sebab dah hari-hari..

Bila turunnya hujan?
Korang tak pedulipun..

Bila berlaku gerhana?
Korang pun masih sibuk menonton TV…

Bila berlaku angin kencang..?
Masih makan keropok macam biasa.. tak ada apa apa yang pelik pun..
Malah korang akan cakap: ..dah 'fesyen' dia begitu..oh..

Tapi jika korang baca cerita Nabi SAW apabila berlaku peristiwa yang aku sebutkan di atas, barulah korang tahu bahawa betapa teruk nya aku!!!
Nabi akan bersolat bila berlaku gerhana, Nabi akan lari ke masjid bila angin kencang atau datangnya awan hitam, kerana nabi takut azab Allah…!!!

Tapi korang semua (aku dah start nak membebel) bila ada benda misteri sikit, maka apa reaksi korang?
"Oh peliknya.. ini misteri nusantara!!! "
"Mari semua di sini ada hantu bla bla bla bla..."
"Saya lihat hantu tu makan karipap"
"jangan, kawasan tu keras!!!"
"bla bla blah"!!

he he he, Cuba korang tengok belakang korang ada apa?.. ha ha ha..

(bayangkan seorang wanita sedang mengosok gigi dengan misai cukur kat belakang korang..darah membasahi dadanya..ha ha ha!!!)

---------

Ok, aku tak nak membebel hari ni,, aku nak cerita pasal hantu, jin dan keranda.. aku percaya dengan kewujudan keranda, aku selalu melihat keranda, pernah menangkat keranda..

Ok, makluk kedua adalah jin,.. jin pun memang aku percaya sebab ada tulis dalam Al-Quran,
Untuk jin, ada larangan dari Nabi SAW yg dah larang dia menjelma suka hati kat depan manusia, dan ada hadith yg benarkan dan halalkan kita bunuh jin kalau dia menjelma ke alam kita, ada antara Jin ni yang suka manusia cerita yg bukan2 pasal dia, suka mintak dan suruh korang buat benda2 pelik, supaya korang percaya dan buat kerja-kerja bodoh, jin memang suka tengok manusia buat perkara yg bodoh2. ingat manusia ni adalah sebaik2 kejadian…maka ada jin yg cemburu, setan lagilah jeles, tu yg tak nak sujud kat Nabi Adam tu…

Ada pulak yang mana bila nak buang air kecil mintak izin kat jin.., tok..tok.. cucu mintak izin.. tak payah. Ikut sajer cara Nabi istinjak… bila masa korang punya nenek kahwin dengan jin yang korang dapat pangkat cucu tu?…!!

Sihir?.. sihir pun aku percaya.. sebab pernah berlaku kat Nabi SAW sendiri.., ok, apa-apapun, aku bukan nak cerita pasal sihir, dan jangan sihir aku yang suka cakap besar ni.. kasihan aku, aku belum pergi haji lagi..isk.isk.... jangan santau aku... aku insan biasa...

OK, Malam ni aku nak cerita pasal hantu.. sebab aku langsung tak percaya dengan hantu!!! dan aku tak suka baca cerita hantu, aku juga tak suka orang cerita hantu depan aku... kat opis aku, mamat suka sangat cerita hantu!!
Aku kata:
Kalau hantu ada, silalah jumpa aku..ha ha ha!
Nampak macam berlagak aku ni, mamat cukup bengang dengan aku jika cakap pasal hantu, sebenarnya aku nak nafikan bahawa hantu tu takde kuasa dan hantu tu memang takde… yang ada hanya jin!!
Jadi jika korang percaya bahawa hantu ni adalah makhluk yang terjadi dari orang yang mati dan hidup balik seperti puntianak misalnya,, aku memang tak nak berdebat dengan korang, jangan email aku dan jangan santau aku!!!, orang yang dah mati atau dah jadi mayat ni pergi dua tempat sajer, iaitu lembah neraka atau taman shurga.. terbang terbang balas dendan sambil ketawa mengilai-ngilai.. he he he...lantak engkauler..

Walaubagaimanapun, aku pernah mengalami beberapa pengalaman misteri di nusantara ini... dan aku nak jadi mat bosan dengan cerita pengalaman hidup yang mungkin akan memboringkan korang... kalau dulu aku pernah cerita pasal 'jejak Rasul' (rujuk: Kiamat sudah dekat), malam ni aku nak cerita pasal 'jejak hantu' pula he he he.. semua adalah kisah benar!!!

HANTU TINDIH

Aku dulu cukup berlagak dan memperli orang yang bercerita di tindih hantu dengan menuduh bahawa mereka mengada-adakan cerita.. hinggalah pada umur aku 19 tahun.. aku telah di tindih hantu ni..sesak nafas aku di buatnya..aku rujuk ustaz.. menurut ustaz itu adalah jin,
ok, aku percaya dengan kewujudan jin, maka la ni jika aku kena tindih, aku akan bukak mata dan cakap dengan susah payah kat jin tu..”tunjukkan muka engkau..aku nak tengok”… lepas tu terus jin tu blah.., !!!!

kepada jin: aku maafkan dosa kau kat aku...

PUNTIANAK

Kejadian ni berlaku waktu aku berumur 20 tahun..aku dah sahabat (sekarang kerja JVC shah Alam..mr, Hanafi) sedang naik motorsikal secara membonceng..baru balik minum ait teh’ tarik dan roti canai..jam masa tu satu pagi, tiba tiba ternamapak satu objek terbang bersaiz manusia dan berwarna putih menuju ke arahku..
Aku tak panic.. Hanafi juga tak panic.. kami tak panic orangnya... tiba-tiba benda tu singgah kat lampu jalan.. nampak macam puntianak jika di rujuk dengan filem puntianak..

Tapi oleh sebab lampu jalan itu terang menyebabkan retina mataku tak dapat menerima beban cahaya yang lebih..maka kami perlu lebih banyak berkelip untuk menyelaraskan cahaya yang masuk kedalam mata..hingga satu tahap anak mata jadi berpinar sebab lama sangat tengok lampu jalan yang terang itu... hingga bila di alih pandangan kat tempat lain masih kabur dan waktu tu lah puntianak itu mengambil peluang untuk blah..bila kami tengok balik dah takde..

Kami mencari-cari dekat belukar berdekatan sambil menjerit: puntianak di mana engkau keluar!! Aku nak cabut paku kat tengkuk engkau!! Keluar..!!! (orang muda memang gila!!!)
Sampai sekarang dan dah hampir 8 tahun peristiwa itu berlalu..puntianak itu tak muncul-muncul..
Aku rasa mungkin itu adalah burung besar warna putih.. kepala hitam, dan bersaiz manusia..bisik hatiku yang mencari logic sains..
Apa apapun jika itu adalah puntianak silalah jumpa aku sebab nak tolong cabut paku kat tengkuk engkau ha ha ha ha!!!! ( lawak seram keh keh keh)

PELESIT

Kejadian ini berlaku waktu aku berumur 22 tahun iaitu ketika aku memandu seorang diri dalam perjalan dari KL ke terengganu, sampai di Paka aku berhenti untuk solat jamak takhir bagi magrib dan isyak.. lepas solat rasa nak berak..jam lebih kurang 3 pagi.. masa aku nak masuk tandas, tiba-tiba dengar suara orang panggil nama aku, cis! Ini bukan kampong aku, mana ada orang kenal aku... agaknya hantu tu tengok IC aku kot.. aku buat tak peduli, dan aku anggap ni ujian dari Allah untuk tingkatkan iman aku.. Kalau betul engkau hantu, tunjuklah diri engkau, tak payahlah nak sembunyi-sembunyi.. bila aku cakap macam tu suara itu hilang dan nafsu berakku makin kuat.. dalam jamban aku pun berak, tiba2 dari luar aku dengar air paip di bukak..

(bayankan bunyi air paip mengalir)

Aku berasa lega kerana mungkin ada orang lain yang singgah solat, tapi ada perkara yang lebih dahsyat lagi berlaku dalam jamban.. ada bunyi pelik dari lubang tandas, aku tengok bawah..oh! banyaknya darah!!! Aku raba punggungku dengan tangan kiri ku.. darah pekat mengalir dari punggungku..yang peliknya aku tak rasa sakit, aku pun cuci punggungku bersih bersih dan keluar..dan kat luar memang takde orang!!

Aku yang masih panic dengan darah di punggungku terus balik drive.. Dalam perjalan pulang takde pulak hantu cantik tumpang kereta aku, sampai di kampong aku berak lagi, tapi tahik normal yang keluar..

Dan sampai sekarang, kejadian berak berdarah tidak pernah berlaku, jadi jika ada antara korang yang kerja doctor boleh tak jelaskan kenapa kejadian berak berdarah itu berlaku?,
Adakah ada kaitan dengan hantu atau jin?yang mana pihak jin itu telah buat kesan khas kat mata aku, Atau itu adalah gejala buasir? Atau itu tandanya aku nak jadi mayat?..tapi itu dah berlaku 6 tahun yang lau, sampai sekarang tahik aku normal..coklat/kuning.. aku malulah nak pergi klinik..nak kena tunjuk punggung, I malu lah,, tolong ye mana-mana doctor silah email aku…he he terima kasih.

TOYOL

Masa aku duduk asrama dalam form 5 dulu- dulu , ada satu lawak khas untuk junior iaitu lawak toyol.. iaitu satu orang senior akan panggil seorang pelajar baru yang nak pergi mandi dengan bertanya:
Pernah tengok toyol tak kat asrama ni? Sebab kat sini ada banyak toyol..lalu menarik tuala junior tu …lawakkah?(zalim aku rasa…)

Lawak toyol ni menjadi lawak bagi aku bila buat kat isteri aku yang baru lepas mandi he he he…

Nota: salah satu tujuan blog ini di tubuhkan adalah menggalakkan muda-mudi berkahwin..tak percaya cuba korang rujuk mana-mana post yang terdahulu..
Bagus tak aku? yg selalu ajak korang buat masjid, pergi masjid, bina masjid he he he..tapi pada isteriku, abang tak berniat nak tambah masjid lagi …oh..

Berbalik pasal toyol… satu hari kat opis aku ada derma tergempar dalam meeting.. maka masing2 keluarkan dompet untuk menderma secara terang-terang..
Tiba-tiba ada bebarapa kakak-kakak dan makcik-makcik gelak tengok dompet aku..
Sebab duit aku tak letak dalam dompet tapi dalam uncang.. nak ikut sunnah Nabi.

Nota untuk mu’alaf:
Sunnah Nabi adalah simpan duit dalam uncang-alahai, yang selalu pendekar zaman dulu isi duit emas yang ada jerut tali tu…

Maka aku di gelaknya sebab macam orang tua katanya aku ni..
Aku kata:
Tahukkah korang? Bahawa di johor pernah satu kampong tu duit semua penduduknya hilang kena curi dek toyol..walaupun letak dalam peti besi..tapi ada satu orang makcik tu duit dia tak hilang sebab simpan wang dalam uncang.. bila di tanya pada ustaz, ustaz kata..kerana itu adalah sunnah nabi... dan setiap sunnah nabi ada Nur tersendiri yang mana setan dan makhluk halus sangat takut…

He he he..lepas tu semua akak-akak dan makcik2 tu order dengan aku suruh beli jugak uncang sebab takut duit hilang toyol ambik.. begitulah nampaknya orang melayu ni.. kalau ada perkara ghaib dan misteri terus ambik peduli.. patutlah bila buat pameran hantu, jin dan keranda berduyun-duyun datang.. !

Nota: cerita yang berlaku kat johor tu aku ambik dari ustaz A(rujuk post: kiamat sudah dekat)

LANGSUIR

Ni pulak masa aku form 3, sedang ikut geng-geng pengakap berkhemah di dalam hutan di kaki bukit Chendering..10 km dari kawasan penduduk manusia.. macam biasa berkhemah yang tak mengikut ugama islam suka buat perkara yang merepek-repek…
Malam itu aktiviti kitaorang adalah duduk keliling api sambil setiap orang kena bercerita atau menyanyi..sampai turn aku..aku bercerita..cerita LANGSUIR hisap darah manusia.. menjerit2 jerit diorang suruh aku berhenti..ha ha ha.. katanya sat lagi langsuir akan datang, mereka percaya jika cakap langsuir malam-malam maka langsuir akan datang, cakap harimau, harimau akan datang, ada pulak satu orang samseng nak pukul aku kalau tak hentikan cerita tu..aku cakap: kalau kau pukul aku, aku suruh langsuir tu datang gigit tengkuk engkau..ha ha ha terus tak jadi pukul.. penakut betullah samseng ni..

Lepas tu aku jelaskan pada diorang..bahawa, jika korang yakin dengan sebut langsuir, maka langsuir akan datang dan memudaratkan korang, aku kata itu salah sebab ada unsur shirik dan khurafat.. dahyat masa tu dah tahu apa itu shirik dan khurafat.. tapi bapak aku yang ajar sebenarnya.. jangan yakin dengan makhluk.. jika diorang suruh aku terangkan ap itu khurafat.. jenuh jugak aku nak kelentong masa tu.. seperti biasa, langsuir tak datangpun.. aku bukan nak cakap besar, aku nak belajar yakin bahawa kata-kata tak boleh bagi mudarat..dan Langsuir memang tak boleh bagi mudarat!!!!

Cuba korang tengok dekat langsir rumah korang..ada nampak tak Langsuir…he he heeee! Mana Langsuir mari tolong korang pasang langsir ha ha ha!

HANTU AIR

Kejadian ini berlaku semasa lepas SPM dulu-dulu.. Aku dan rakan-rakan pergi mandi air sungai kat jeram Manir … jauh dari tempat orang ramai, aku ni mandi memang suka pakai kain pelekat atau kain batik.. sedang asyik mandi tiba-tiba ada macam jari-jemari menarik kakiku..ok, mungkin ranting pokok… tapi yang lebih haru, kain pelekat aku di lucutnya… dan lebih haru lagi kain itu membelit di kakiku… kaki ku tak boleh bergerak.. dan aku lemas, air masuk kedalam paru-paru..aku mengelumpur.. jahanam punya kawan, di gelaknya aku.. diorang fikir aku main-main, aku mula tenggelam dan hilang dari mata mereka…

Aku pun jadi mayat..he he he, mana boleh hero mati lagi..dalam air aku bergelut dengan maut..wah..wah..wah, cantiknya bahasa aku.. sebenarnya dalam air itu aku membuat keputusan, antara kain pelekat dan nyawaku.. oleh sebab aku seorang yang waras..dan masih waras .. di dasar sungai itu aku meleraikan kain pelekat yang membelit kakiku.. selamat tingal kain pelekat ..oh.. lalu aku timbul dan bersyukur kerana dapat menarik nafas dan mengisi paru-paruku dengan oksigen yang bersih yang di ambil dari atmosphera bumi ini..

Apa aku merepek ni, mana hantu air tu hamka!!
Hantu air itu adalah aku yang bangkit dari air dalam keadan berbogel lalu menyepak punggung kawanku yang membiarkan aku hampir menjadi mayat tadi..
Err, siapa yang duduk jeram manir terengganu, jika jumpa kain pelekat yag berwarna biru, itu aku punya..kembalikan kain pelekat ku!!! KEMBALIKAN!!!

JEMBALANG
(Hantu Berok)

Pada suatu malam yang sunyi, jam 12 malam, sedang aku bawak keretaku dengan lajunya.. tiba tiba seekor berok besar betul betul berdiri depan kereta aku.. kami bertentang mata seketika sebelum..

GRAASSSS!!!! (bayankan bunyi letupan bom!!!)

Sahabatku yang tumpang aku (sekarang mengajar di kemaman, mr. Samsul) ketika itu terkejut berok dan akupun juga terkejut berok bila melanggar berok kerana berok itu luar biasa besarnya…berok betul!!!
Aku brekkk… perkara pertama aku lihat adalah bumper keretaku.. habis pesah..lampu jugak pecah..oh.. duit-duit.. Allah yang bagi duit.. Allah juga yang ambik duit..

Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api nereka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Pujuk aku.. pada bumper keretaku..sebanarnya pada hatiku.. oh..

Tapi yang peliknya..berok itu takde.. satu titik darah pun takde… puas aku dan kawan aku carik tapi tak jumpa.. kawan aku buat kesimpulan yang aku telah melanggar jin..

Lalu terbitlah cerita akan pernah isteri sahabat membunuh seekor ular, tiba2 ular itu hilang..tak lama kemudian datang jin untuk balas dendam, tapi Nabi Muhammad SAW, larang jin itu kerana itu adalah salah jin itu sendiri yang menjelma depan manusia.. panjang nak cerita, baik rujuk ustaz..

Lepas hantar member aku balik, baru aku ingat malam tu aku kena tidor sorang kat rumah kerana waktu tu bini aku berpantang kat kampong.. penakut jugak aku ni, sebab malam tu aku tidur sambil pegang parang.. kekekkeke , takut-takut member berok tu datang atau jin yang datang.. oh..

Pada keesokkan harinya… tiada berok yang datang membalas dendam, (aku bukannya sengaja) tapi aku kena bayar duit kat pomen kereta.. OH.. indahnya ujian ini.. pujuk aku pada diri sendiri, patutnya berok tu yang kena bayar kos !!!!

ZOMBIE

Ha ha ha, inilah kenangan yang paling dahsyat di asramaku… pada malam hujung minggu di waktu jam hamper 10 malam, kebanyakkan penghuni asrama sibuk dengan urusan masing-masing, ada yang study, ada yang menonton TV ada yang tidur dan pelbagai aktiviti lagi..aku yang baru lepas solat duduk baring atas katil dan aku nampak seorang samseng sedang duduk memotong kuku di atas kolah…

Di asrama kami ada kolah yang besar, yang di gunakan untuk penghuninya mencuci baju, mandi atau sebarang aktiviti yang melibatkan air. Dua orang samseng lagi sedang bergurau-gurau di tepi kolah itu…tiba-tiba mereka terlanggar si samseng no 1 dan si samseng no 1 itu jatuh ke dalam air bersama-sama pemotong kuku.. si samseng no2 dan si samseng no 3 tergamam, menjelang kemurkaan si samseng no 1, bangkit dari air lalu cuba mengcampakkan si samseng no2 ke dalam air, si samseng no 2 memberontak, maka dengan bantuan si samseng no 3, mereka berjaya mencampakakn si samseng no 2 ke dalam air..si samseng no 1 dan si samseng no 2 ketawa di tepi kolah, tiba-tiba si samseng no 1 menolak pula si samseng no 2 yg sedang ashik ketawa ke adalam kolah.. tiba tiba mereka bertiga semacam di rasuk hantu air..siapa sahaja yang berdekatan dengan kolah akan di campakan ke dalam kolah.. dan bilangan mereka semakin ramai.. habis semua penghuni asrama di serangnya..ditangkap dan di campakkan ke dalam kolah..

Penyakit itu merebak dengan cepat..bilangan 'hantu kolah' ini terus meninggkat hingga mencecah seratus orang, bermakna ada hamper 400 orang lagi yang belum di jangkiti 'virus' ini.. yang belum di campak mula panic dan lari untuk menyelamatkan diri.. aku yang sedang berbaring dan menyaksikan kejadian tadi dari dorm ku mula gelabah, aku yang berbaju melayu dan berkain pelekat cuba lari dari mereka, tapi mereka terlalu ramai, tangan dan kakiku dipegang, lalu aku juga di campakkan ke dalam kolah..jahanam!!! mereke ketawa beramai ramai..

Aku juga mulai gila seperti mereka..lalu kami berpecah dan menyerang semua penghuni asrama, ha ha ha, yag sedang tengok TV semuanya di campakkan ke dalam kolah, yang baru balik study dari kelas dan tak tahu apa-apa bertanya..kenapa ni?..ada pesta air ke..?
Aarghhh, dia juga di campakkan ke dalam air, yang baru balik dating dengan baju kemas.. ha ha ha !!! pun kena campak gak..ada yang bijak dengan terus menukar baju mandi, maka kuranglah sikit penderitaan bila di campakkan ke dalam air..
Bilangan 'hantu air' ni makin ramai, dan yang paling haru..yang sedang tidur.. tak tahu apa-apa, tiba2 tangan dan kaki ditanggkap dan di campakkan ke dalam kolah..oh..apa dosa aku, fikirnya sambil termenung di pinggir kolah..

Begitulah yang berlaku pada malam yang dahsyat itu..semua penghuni asrama kena campak dalam kolah…ha ha ha!
Kerana itulah aku namakan cerita ini cerita ZOMBIE,,hihihi
Walaupun aku tak suka dengar cerita hantu, tapi aku suka tengok movie zombie!!!
Yes! Mayat hidup makan org, lepas to org yg dimakan jadi pulak mayat
hidup…
Aku lebih suka zombie yg boleh speed..macam ‘Dawn of the Dead’..cuak betul..
Aku suka tengok adegan yg brutal..lapah org..darah sana sini..oh..
Aku suka tengok manusia hilang akal, menangis, mengelabah..tak tahu nak
buat apa bile di kepong zombie…hmmm baru nak mintak tolong kat tuhan…

Antara sebab Aku suka tengok movie zombie style sebab:
Hantu tu real..maksud aku tak lah boleh ghaib, terbang dan ketawa
mengilai2…pergi curi baby org..serta takut pada azimat…bla bla bla..ni biasanya hantu melayulah nie..oh..
Begitu jugak dengan ugama, aku tak suka dengan kenyataan hanya ustaz atau ulamak yang boleh berdakwah… huh samalah macam hantu melayu, hanya ustaz dan tok bomoh sahaja yang boleh bunuh hantu, mana best tengok cerita macam tu.. harap makhluk!!
Cerita zombie bezt, Zombie ni boleh di bunuh…so ada peluang nak bunuh zombie ni..pecahkan
kepala otak dia…
Sape2 pun boleh…
Tapi awas, Satu gigitan cukup untuk buat korang jadi zombie…ini hakikat
hidup..iaitu kita semua akan jadi mayat…

Cerita terbaru zombie yang aku tengok adalah "Land of the Dead:. banyak betul mayat dalam cerita ni..(umat menderita habiskan masa lapang).
Aku nak buat ulasan filem sikit..(Orang sibuk nak buat ulasan, aku pun nak buat ulasan filem gak…)
Cerita ni mengisahkan tentang satu penyakit dah serang manusia yang mana manusia ni jadi mayat hidup @ zombile…lepas tu bila zombie ni gigit org pulak maka jadilah org tu mayat hidup, dan cara nak bunuh mayat hidup ini adalah dengan pecahkan kepala otak dia, ikut koranglah nak guna pistol ke, pisau ke, lembing ke, cangkulke, spatula ke.....bila mayat hidup ni dah pecah kepala maka jadilah mereka mayat kekal, macam kita biasa tengok tu…jadi hero cerita ni dan awek dia selamat coz diorang terer.

Tapi yg bagus ;pengajaran cerita ni semua org berpeluang jadi mayat hidup walaupun kaya duduk dalam tempat bagus yag mana akhir sekali para zombie ni ceroboh tempat diorang dan makan diorang.kekeke
Akhir sekali yang selamat pergi cari tanah baru naik lori tapi akhirnya jadi mayat jugak, pelakon, pengarah, kru2 semua akhirnya jadi mayat. penjual tiket wayang, tukang koyak tiket dan para penonton semua jadi mayat...
Lepas tu korang yang baca blog ni pun jadi mayat gak (aku pun), yang tak baca blog ni pun jadi mayat.
Kesimpulan cerita ni: semua orang akan menjadi mayat.

Moral: Manusia (dlm cerita ni lah) berusaha untuk tidak menjadi mayat hidup akhirnya manjadi mayat kekal....menjadi mayat kekal tak de masaalah tapi kekal dalam neraka tu masalah besar...!(apabila panggung wayang runtuh maka ramailah penonton menjadi mayat)
Sekian: BELIA BENCI MAYAT HIDUP!

MAK LAMPIR

Cerita ini akan memaparkan bagaimana sebuah cerita hantu itu wujud, aku sendiri hampir menjadi salah seorang yang mempunyai kenangan hitam dengan makhluk hantu itu, masa aku darjah enam, jam satu atau 2 pagi lebih kurang aku bangun dari tidur kerana rasa nak kencing… masa aku kencing dalam jamban (tandas)..aku terdengar bunyi bising binatang ternakkan di luar jamban..

Nota: dulu, rumah aku ada tandas yang di buat dari zink dan berhampiran dengan reban ayam dan itik… sekarang dan naik taraf jadi simen dan berjubin..

Oleh kerana ada lubang-lubang kecil dari celah zink maka aku mengintai ikut salah satu lubang dan alangkah terkejutnya aku… darah menyirap… jantung berdegup kencang!!!
Aku telah lihat dengan mata kepala ku akan wajah lembaga yang sangat hodoh… matanya bulat gelap, dan pipinya berkedut kedut dengan lemak yang tebal dan menggerutu..apatah lagi warna nya merah dan berbintik-bintik…

Tak lama aku pandang dan aku terus tutup mata.. perlukah aku keluar dan bersekemuka dengan makluk itu…? Kenapa dia juga mengintaiku?
Tapi aku beranikan diri untuk melihat sekali lagi… alang alang dah jumpa biar aku tengok bentuk badanya yang lain.. sebab tadi aku hanya nampak separuh dari mukanya..

Bila aku mengintai sekali lagi.. aku tengok balik matanya yang berklip kelip itu.. aku tengok lagi betul-betul, ada muncung!!!, cis!! barulah aku tahu bahawa itu adalah ayam… tadi aku nampak separuh jer sebab screen yang kecik kat lubang zink tu..cis, ! dan cis!!

Andaikanlah aku tidak melihat sekali lagi dan terus lari, maka tentu sampai sekarang aku akan cerita kisah hantu bodoh tu dengan korang…oh!

Jadi moralnya, jika korang nampak hantu atau benda aneh, jangan terus lari, selidik dulu, kalau betul hantu, tanya dia buat apa kat sini,, kalau boleh dakwah sikit kehebatan Allah, kalau dia kapir, ajak masuk islam..arggh..lantak koranglah nak buat apa-apapun, aku kalau orang cerita hantu yang dia nampak terus lari, aku tak percaya, malahan aku cakap, suruh hantu yang kau jumpa tu jumpa aku, ha ha ha!!!!!!!

HANTU KUBUR

Kalau korang ada anak, dan bila dia menangis malam-malam, orang tua kata itu adalah sebab terlalu banyak bermain dan ketawa pada waktu siang... kesoronokkan yang keterlaluan dalam permainan menjadi mimpi ngeri dalam tidurnya... aku jika anak aku menangis pelik pada malam2 macam ada ganguan jin, aku akan ambilkan anak aku air wudhu.. alhamdulillah terus senyap.. ada Nur agaknya..

Untuk kitaorang pula dikatakan dalam kubur nanti kita akan berjumpa dengan segala 'keseronokkan hidup' yang melampau dalam bentuk hantu kubur..
Seperti dalam satu sajak..

Copy/paste sajak sakaratul maut...aku ambik part dalam kubur..
(sebuah sajak al -alrqam yang popolar sekitar 80-an dulu)

"....Lalu datang kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya,
buruk pakaiannya,
busuk baunya.........

siapakah engkau?
Akulah amalanmu yang keji.............................."
Kini aku diazab dan diseksa di dalam kubur, menunggu-nunggu doa dari anak- anak yang soleh.

Mana doa dari anakku seorang doktor?

Mana doa dari anakku seorang jurutera?

Mana doa dari anakku seorang peguam?

Mana doa dari anakku seorang akitek?

Mana doa dari anakku seorang profesor?

Mana doa dari anakku seorang bomoh?

Mana doa dari anakku seorang blogger?........................................."

MANA?..........................................

MANA? ........................................

MANA?...................................???

SEKIAN....

Jadi secara kesimpulannya, bila dengar cerita hantu ada kat sebuah rumah kita dah takut dah nak dekat dengan rumah tu, tapi dalam kubur kelak.. duduk sorang sorang selama 40 ribu tahun paling minimum... lepas tu ada 'hantu' pulak yang bukan setakat menakut-nakutkan korang..tapi di seksanya korang!!! ..

semoga aku dan korang semua bila jadi mayat kelak, selamat dari azab kubur!! AMIN!!!

ps: (Orang yang bertanya mana?mana?mana? tu adalah seorang mayat)
ok, selamat malam...

Saturday, July 18, 2009

Aku ke Trans Titiwangsa

Aku nak cerita pasal aku p Trans Titiwangsa baru baru ni.
24 jun-1 julaai 2009

Gambar dr bawah..masa ni baru di kaki gunung korbu.
lubang idung sapa lagi besaq..aku atau Cima kat belakang tu ?masa ni aku baru bertolak. pic ni diambil masa dok atas 4WD. Ceria jer tapi tak tau yg perjalananan di depan sana penuh cabaran!
1st sightseeing yg aku jumpa. kawasan ini aku berkhemah buat malam pertama. Sejuk ooo ayaq dia..kalah sejuk sungai sedim aku.
Kenalan yg menangis sebab takutkan pacat.. hehe masa ni memang penakut betoi..lama2 dia pun dah tak larat nak melayan karenah pacat sampai jadi berani terhadap pacat. Fear factor dapat diatasi. tahniah !
Cik Ila yg penuh semangat waja.. kegigihan beliau terserlah dlm pic ni walaupun tak nmpk muka dia.. Chayo Chayo!Binatang pertama yg aku snap pic dia. Unik oooo
In the middle of nowhere in the dark forest.. sempat bergmbar sementara nak refill ayaq.
The hidden waterfall..Amazing OooOOO
Aku yg kesejukan masa nak tido.. tido pun bawah fly jer.. kawan2 lain tido dlm khemah !
cuba tengok bontot aku tu... darah pacat..baru kena tu..tapi tak sedar !!!
Mang ...manusia yg penuh konfiden di kem spender
Ain yg masih blurr akan perjalanan menanti di hadapan.
My the only gear yg aku pakai sepanjang Trans TT..stokin ? tak pe..aku pun waras lagi
masa ni kat Bukit Botak No. 1..hujan baru nak renyai2..masih gembira
Lokasi : Bukit Botak no.2
situasi : Hujan lebat lagi colddddddddddd
kondisi : tersangat sejuk tapi hati masih membara nak menuju puncak korbu
Finally... aku tiba jua di puncak Korbu.. Alhamdulillah syukur pada Allah tiada bencana buat kami walaupun dalam kesejukkan menggigil dek ujan ditambah pula dengan suhu di puncak yg sememangnya suhu rendah..dok dlm aircond tak sesejuk ni tau..muka jer berseri tu tapi badan dah gigil maut ....gzzz
Heheh..kami di puncak korbu.. si apek Fatt ni tak reti sejuk ka ? aku sampai ke sumsum sejuk hingga menutup mata.. al kisah malam tu.. tido bwh fly lagi !
Sebelum tido.. mesti bergmbr dulu.. pape pun muka mesti ceria..hati membara .
pandangan dr puncak korbu. Pagi yg indah SubhanaAllah !
saat dah jauh meninggalkan Korbu..dari jauh jer kelihatan korbu tu
cantik kan..pemandangan ciptaan Allah !
Aku mahu kembali !
SubhanaAllah
MasyaAllah.. letih benar turun dari korbu terus shoot ke Junction point.sapa pernah buat trans tt ni tau ler betapa jauhnya korbu ke Junction point ! ingatkan nak camp site di sini...hampeh..pak kassim kata kita mesti p H20 Point...huhu..kena jalan lagi sejam lebih !
Dari Junction Point aku shoot ke H20 camp site pula..tido sini best.. panas .. ayaq pun kayooo..tapi cam hari2 lain..masih tido bawah fly ! tangan tu dok buang duri ...iyelah jalan malam mesti tangan tergagau duri punyer.Fatt manusia berlemak, Mang manusia konfiden sedang set masa, dan Belakang sana... Pak Kassim bz pasang ubat nyamuk...malu2 pula bergambar konon !
Puncak Yong Belar bersama mereka yg sporting..Oit..DBKL tak mau ukur tanah kat sini ka
Kami di Cameroon Highland..selama ini aku berangan nak p cameroon dengan bas@ kereta tapi tak sangka impian aku tercapai gak tapi...tapi...dengan cara paling susah....huhu....150km berjalan kaki...mcm org dulu kala berkelana pula ... Bye Bye.. pak kassim yg suka wat lawak tak abis2 gelak..


Kesimpulan...manusia hati paling kering dlm trans TT ni ialah....Ain dan Aku !
Aku mati mati pikir akan mati dalam hutan tu !

continue reading

Related Posts with Thumbnails